Monday 3 September 2012

Terapi Minda ♥

16 Syawal 1433H
Assalamualaikum w.b.t!

Semoga MELIHAT kebahagiaan orang lain yang tidak pernah kita kecapi itu, masih mampu membuat kita  TERSENYUM, REDHA dengan ketetapanNYA, SABAR dengan ketentuanNYA, dan BERSANGKA BAIK dengan aturanNYA...

Insyallah, semoga dalam KEKURANGAN dan KEPAYAHAN.. kita masih mampu MENDOAKAN kesejahteraan insan lain.. Semoga tidak timbul iri hati dan dengki,
Semoga yang lahir dari sudut hati adalah DOA yang TULUS dan BISIKAN IKHLAS,

"Saya Tumpang Bahagia"

Semoga melihat kebahagiaan orang lain itu, menjadi KEBAHAGIAAN buat kita



◘ ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati

◘ Dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN

◘ Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan; BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN & BERSAMA

◘ Dalam 4 tujuan  itu tersembunyi 5 perkataan iaitu : TEMAN BAIK SELALU DI SISI.

◘ Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu: SAYANG, KEKAL, SETIA, 
MENGERTI,MENGHARGAI & MENGINGATI.

◘ Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu : SAHABAT!!



* Taken from FB page "Seandainya Kau Catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku"


No comments:

Post a Comment