Thursday 30 October 2014

29th : Love Rosie (PG13)



Language : English
Genre : comedy/romance
Running time : 101 minutes
Cast : Lily Collins, Sam Claflin,
Release date :23rd Oct 2014
Showtime : 29th Oct 2014 (9.30pm)
Venue : GSC Alamanda
Date : Yayah


Synopsis:
Rosie and Alex are best friends. They are suddenly separated when Alex and his family move from Dublin to America. Can their friendship survive years and miles? will they gamble everything for true love?


My Komen:
OMG!! OMG!! dah lama x layan cite cintan cintun ni...Feeling tau bila tengok cite ni.
Kenapa?
Sebab aku pernah rasa apa yang mereka rasa dalam filem ni..
Not all.. but there's a few scene/part yang buat aku touching.. buat aku terkonang..
Terkonang apa?? 
SHHhhhh.. biarlah rahsia..
And yet, I still love this movie.. rasa nak tegok lagi.. kan YAYAH!!
Tengok wayang sambil tersenyum sorang-sorang... dah rasa cam x betul plak..
Hahaha...
Kesimpulannya, kalo jodoh memang tak ke mana.. cepat or lambat sahaja yang membezakan nya..

Mak suka nih!!!

Goods things come to those who wait...


♥♥♥ The End ♥♥♥

Wednesday 29 October 2014

Bila kami bertemu...

Assalamualaikum w.b.t...

Last kami berkumpul masa Elle kahwin..
Bila tuu?? 20 Disember 2013
Pas tu nak jumpa memang susah..
Masing-masing ada komitmen pada keluarga & negara terchenta (katanya...)
And now.. 2 of us tengah tunggu masa nak bersalin.
Ema... tunggu masa jer nak "pop"!!!
Elle.. another 1 week!!
So kami set kan masa untuk jumpa..
Walaupun ada a few yang x join.. x per.. There will be next time hokay!!

Date : 28 October 2014
Day : Tuesday
Venue : San Francisco Alamanda
Time : 5 pm

Apa yang dibualkan??

Ngumpat tempat kerja masing-masing (luahan jiwa & flash back)
Apa yang terbaru dalam life masing-masing (ada bau nasi minyak laaa)

2 topik ni pun dah drag masa sampai kol 7 malam..
Memang best giler bila:

tengok lakonan semula by Elle...
Yani yang tersipu-sipu...
Ema yang termengah-mengah dengan perot nya..
Kak Hasni yag sibuk dengan isu "lengan ke peha ni?"...
Sue yang khusyuk mendengar cite Elle...
Shida yang gelak menggoda...
Aku yg over excited sampai terjatuh kerusi..
(time tu jugak  pakat jerit sbb terkejut aku jatuh.. hahaha)
Ada gelak sampai kuar airmata...
Ada yang kuar airmata bila sentuh bab2 tertentu..
And then, gelak balik!! Hahahaha..
Seriously aku sayang korang...

Thanks to DATIN SERI YANI sebab payung minom petang tuu..
Semoga dimurahkan rezeki... dah semoga kau bahagia dunia & akhirat!!
Thanks to Kamal (hubby Ema) sebab jadi tukang snap gambaq kami..




 Perot ke bantal ni?? hehehe


Good friends are like STARS
You don't always see them....
But you know they're always there!!

♥♥♥ The End ♥♥♥

Tuesday 28 October 2014

Happy Birthday to Me [19102014]

To myself,

Umur makin bertambah...
Kedut makin nampak..
Uban mulai tumbuh...
Walau apa pun yang terjadi..
Aku tetap bersyukur...
Thank yOu Allah
for giving me another year..
I'll try to be a better person..
A good daughter...
A good sister..
A good aunt...
A good family members..
A good friend...

fore and foremost, 
Cuba menjadi yang terbaik di dunia & akhirat.

Terima kasih Abah..
Terima kasih Mami...

Aku sayang semua!!!



Birthday Treats @William's Corner Kelana Jaya

Assalamualaikum...

Biasa laa.. bulan Oktober kan bulan Kelahiran. Di sebabkan aku ni ramai yang sayang so ramai ler nak belanja... kaaannn... hahaha.. Walaupun dah seminggu berlalu my birthday (19/10), still ada orang nak belanja/celebrate. Kali ni, abang aku plak nak belanja. So dia la pilih tempat.. Kebetulan plak pak cik aku lepak rumah hari tu, tetiba plak dia ngidam nak makan western.. So, kami menghala ke William's Corner. Aku x tau tempat ni.. kire 1st time ler nak gi kan. Abang aku dah biasa makan kat situ dengan geng2 dia..

WILLIAM'S CORNER
Kelana Jaya 3-1, Ground Floor Plaza Mayang
Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya
Petaling Jaya, Selangor



Kedai nya simple sangat. Style buka meja lipat di tepi kaki lima. Sempoi.. tapi makanan perghhh!!!! Sentiasa penuh dengan manusia. Ada 2 kekurangan di tempat ni:

susah cari parking
Tiada menu (korang kena tengok kat dalam)

Bagi yang tak biasa cam aku ni, mula la rasa terkial-kial di depan kaunter. Abang aku dah order MIx Grill (dia dah biasa makan kan). Aku plak nak jugak ada ayam. So bila tengok menu di dinding yang ala-ala blackboard kat sekolah, mula la BLUR!! last-last aku tengok makanan atas meja pelanggan lain then tanya pekerja nama makanan tu.. sadis!!

 Soda Herbs a.k.a Air sampah (RM8)
Cream Soda + daun pudina + lemon + serai + laici + Asam boi
Strongly recommended for 2 person unless tangki korang besar

 Mix Grilled (RM50)
Beef + Lamb + Chicken + sausage + Beef slice + Chicken slice + mashed potato
Portion for 3 person

 Nasi Goreng Ayam 3 rasa (RM35)
Nasi goreng sangat sedap, sambal dia terbaik whoaa, ayam seekor
(rendang + kunyit + sate)
Portion for 3 person


Naik lebam nak abis kan semua tu. Memang banyak ler.. nyesal plak order nasi goreng tu. Tapi Kami bertiga gigih untuk abes kan. Last2 air sampah aku tapau wat balik. Dah x sanggup nak telan. Total makan RM105. Portion kami malam tu can fit for 5 person. Bagi aku harga dia reasonable..  yang penting SEDAP!!

Selamat Mencuba yer kawan-kawan. Kalo nak gi, jangan lupa ajak aku.. hehehe

♥♥♥ The End ♥♥♥

28th : Ouija (PG13)



Language : English
Genre : Horror
Running time : 90 minutes
Cast : Olivia Cooke, Ana Coto
Release date :23rd Oct 2014
Showtime : 26th Oct 2014 (5.20pm)
Venue : GSC Paradigm Mall
Date : Shida

Synopsis:
After the death of a friend. a group of teenage friends are forced to face the most terrifying nightmares they can hardly imagine after they accidently awaken the dark powers of ans ancient spirit board in an attempt to summon the spirit of theirs lost friend. The group soon realize that the ouija board is not just a game but is in fact real.

My Komen:
Ringkasannya, Laine x puas hati sebab BFF dia mati macam tu jer (gantung diri). So nak siasat la kenapa dan kalo boleh nak wish the last goodbye. So guna la ouija board, nak seru roh kawan dia tu. Tup-.tup yang lain datang. Tapi tu laa.. setakat roh teenager. Hahaha.. then mula la ada nampak bayang laa.. pintu terbuka sendiri laa.. Eeee.. boring tau!! Bagi aku cite ni biasa jer. Layak untuk tengok hari RABU. Seram?? boleh laa.. klise cite seram.. apa sahaja yang nak buat, mesti gi belah malam. Tak reti-reti nak buka lampu kan.. Pas tu yang pompuan berani sangat. choi!!


♥♥♥ The End ♥♥♥




Thursday 23 October 2014

♥ P a n d o r a ♥

Assalamualaikum w.bt!!

Pandora? apa ni? Bila tau apakah pandora yang sebenarnya, my 1st word.. "Mahal!!".. dan diikut kata2 carut yang x mampu aku tulis kat sini... hahaha.. Tapi tu la, orang-orang tua dah pesan kan.. cakap tu biar berpada-pada. Last-last dah kena jilat ludah sendiri. Yuck!! Padan muka aku!!
Mula-mula aku tengok my cousin pakai (Amal).. then my bff (Yayah). Ni x boleh jadi.. Nak jugak (walaupun hati ini pernah mengutuk Pandora).. Hahahaha...
And now aku dah terjebak.. Tak per laa.. Kepuasan hati katanya. Beside aku x suka sangat pakai emas. hehehe (alasan). Bagi yang 1st time nak beli, aku bagi sket tips laa.. jangan jadi cam aku, terkebil-kebil nak beli. Ada steps yang perlu korang ikot.. hahaha:

1) Bracelet
 Aku punya Moments Silver Clasp Bracelet size 20cm
Ada pelbagai pilihan. Kalo duit uols banyak, beli la yang Gold tu. Kalo nak beli, ambik la 1 size bigger than tangan  tuu.. sebab bila uols dah letak segala charms, dia akan menjadi ngam ngam sui!! hehehe

2) Safety Chains
Lepas pilih bracelet, korang kena beli safety chains ni. Ini bagi menggelakkan charms jatuh. Tapi aku sendiri tak beli lagi sebab bracelet aku x penuh sangat. Tapi memang nak beli la.. Security first katanya.

3) Clippers
Clippers ni penting sebab bracelet tu ada 3 section. Ini bagi menggelakkan charms korang bergerak ke sana sini...Yang ni uols memang kena beli sepasang.

4) Charms
Glass - Murano Charms
Decorative Charms

Charms ni ada banyak jenis. Uols pilih la ikot kesesuaian and tema yang uols nak. That's why theme Pandora "Your Story, Design By You".. Macam-maca tema ada. Festive. birthday, travel etc. 

5) Spacers

Spacers untuk diletakkan in between charms (especially glass murano). Ini bagi menggelakkan charms tercalar katanya. Tapi aku sendiri x beli spacer sebab in between 2 glass murano, aku letak decorative charms.

 ni baru lepas cuci

Uols x perlu beli in bulk. For start, beli bracelet, 2 clipper, 2 charms & 1 spacers. Nanti bila gaji or bonus or duit terpijak, boleh ler beli satu persatu. Tapi kalo poket uols memang tebal, silakan la untuk memenuhi segala ruang yang ada kat bracelet tu. Oh ya, bagi yang 1st time pakai, untuk seminggu yang pertama, memang tangan rasa berat sangat.. tapi lama kelamaan, should be ok la..

Ada a few pantang larang bila pakai Pandora. Yang ni memang aku x suka sebab pantang larang tu memang aku buat hari-hari :

TAK BOLEH KENA PARFUME
TAK BOLEH KENA LOTION

Sakit plak hati sebab 2 benda tu aku pakai hari-hari sebelum gi kerja. Sebab 2 elements ni akan membuatkan pandora uols cepat hitam or less shining. Leceh kan.. tapi minat punya pasal, hamba turutkan jua.. hehehe.. Kalo nak cuci, hantar jer ke outlet Pandora for Free!! 



♥♥♥ The End ♥♥♥

Thursday 16 October 2014

MengeTEH at Teh Tarik Place Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t!!

Dah lama aku tak jalan-jalan cari makan kan. Yesterday, after kursus (abis awal) so sempat ler aku singgah kat Ayer's@8 di Presint 8. Dekat jer dengan rumah aku. Sebab dekat ler membuatkan aku lemau nak gi.. Kebetulan aku dengan Kak Hasni (officemate), so ada geng la nak gi ke sana. Kebetulan jugak dia tak pernah lepak kat area situ.. Apa daaa.. sia-sia jadi orang Putrajaya kalo x pernah lepak kay Ayer's @8 tuuu... hehehe..

Tempat yang di tuju ---> TEH TARIK PLACE

Actually dah lama nak gi lepak kat situ, tapi x berkesempatan. Waktu kami sampai tu masih awal. So orang x ramai. Bagi yang 1st time pergi cam aku ni, rasa cam jakun laa.. cam ner nak order, harga mahai kaa... sedap kaa... Well, that's the point Jalan-Jalan Cari Makan. Kalo sedap boleh repeat visit.. kalo tak sedap, SIAP KO!! highlight dalam BLOG ler... hahaha..

Kat sini, korang kena tulis order dalam pamplet yang di bagi. Then terus hantar ke kaunter. Cashier terus calculate harga makan. Bayar then dia bagi nombor. Your orders will be sent later. Lama jugak aku mentelaah menu dengan Kak Hasni. Harga dia tu standard ler.. tempat cam tu kan.. agak mahal ler. For me, kalo mahal tapi makan SEDAP, x der masalah kan. Since lepak kat TEH TARIK PLACE, harus ler order teh tarik kan... dah memang specialty dia kan. Makan plak, Kak Hasni order popia goreng dan aku bihun goreng Singapore. 



 Kami order TEH TARIK (HOT) RM3.10



 Bila dah siap bayar, uols akan diberi number.

 Teh tarik RM3.10. Rasa? Biasa jer... 

 Terkedu aku tengok POPIA GORENG RM2.50. Memang pekerja dia cakap dapat 3 biji tapi aku duk bayangkan besar.. paling2 tak size ibu kaki kan.. tapi yang dapat size ibu jari tangan jer... 
HAMPEH!! (dah la sejuk senyet!!)
Jangan order!! Buat sendiri lagi sedap

Bihun Goreng Singapore RM7.50
Rasa dia not bad. Boleh repeat order nanti

Kesimpulannya, kalo setakat nak minom teh tarik with magnificent view (tasik Putrajaya, Masjid Besi) boleh la bawa orang kampung yang datang melawat Putrajaya untuk lepak2 kat situ. Tapi kalo Abah aku, confirm kena marah sebab mahal.. hehehe...

 ♥♥♥ Bon Apatite ♥♥♥

Monday 13 October 2014

MeGnaLiCiOus Hijab

Assalamuaalaikum w.b.t

Peminat Halfmoon, especially Glitters Lover, please like my page yer!!

To orders, please PM me at
lynn.anual@yahoo.com

or


New Arrival

GLITTERING HALFMOON
Length :160cm
Wide : 72cm
Material : High quality chiffon
Price : RM30
FREE POSTAGE

 Tomato

 Deep Salmon

 Light Yellow

 Deep Purple

 Aqua

 Dark Steel Blue

 Electric Blue

 Light Purple

 Hot Pink

 Teal

 Midnight Blue

 Mustard

Sea Green

Friday 3 October 2014

:: Salam AidilAdha ::

Assalamualaikum w.b.t!!

Rasa cam baru jer sambut raya puasa. Tup.. tup.. dah nak sambur raya haji plak. Walaupun x semeriah raya puasa, RAYA IS RAYA!!. Korang mesti dah biasa dengar "raya Haji kat Kelantan meriah".. kenapa? tempat lain tak meriah ker? tak sambut ker? takkan orang Kelantan jer yang beria nak sambut kan.. Or maybe kat Kelantan meriah sebab kat sana dapat 2 hari public holiday compares to other state. Hurm.. whatever the reasons is, bergantung pada diri sendiri la. For me raya puasa ker raya haji ker.. semua meriah. All the family members ada.. berkumpul ramai2.

Last week aku ke KDN (hantar stok tudung). Kakak yang kerja kat KDN tu ajak ler aku naik ke atas (office). Masa kat depan lift tu selisih lah dengan staff kat situ. Akak tu tanya la balik raya haji tak.. korang tahu apa orang tu cakap? "saya tak balik. tak sambut pun raya haji".. Aik?? tak sambut?? ko bangsa apa? agama apa? Tengok muka MELAYU.. pakai tudung.. Takkan pagi raya tak gi masjid untuk solat sunat raya? kalo yer pun x take part dalam acara korban, x kan ler x der orang bagi daging korban kat ko.. masa tu aku terkedu kat depan lift. Akak tu pun sama.. Aku rasa la kan, bagi dia cuti raya haji just like others public holiday. Silap2 pagi raya dia bangun cam biasa, gi jogging... tengahari gi makan kat mamak.. petang tengok wayang.. malam gi karoks. OR maybe, dia tak balik kampung. Tak balik kampung = NO RAYA!!  Jangan la macam tu!! Buat la apa yang sunat pada hari raya. Kalo bukan kita yang nak meraikannya, sapa lagi?? Takkan bangsa lain kan...

As for me, kecewa sebab cuti raya hanya lulus 1 HARI SAHAJA!! agaknya kalo aku x der hari Jumaat (hari ni laa), pincang sistem pentadbiran negara ni.. there's nothing that I can do. Minta elok2 orang x bagi cuti.. kang aku balik cam tu jer baru tau...Apa-apa pun, di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan (skema ayat weh!!) :



SALAM AIDILADHA 1435H
Semoga Jemaah HAJI mendapat haji yang mabrur..



♥♥♥ The End ♥♥♥