Monday 30 June 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum w.b.t!!

Untuk sahabat semua:

Marhaban ya Ramadhan...
Pucuk selasih bertunas menjulang
Dahanya patah tolong betulkan
Puasa Ramadhan kembali menjelang
Salah dan khilaf mohon dimaafkan


Hari ni 2 Ramadhan 1435H.
So far semua ok kan... berbuka la ala kadar..
Solat terawih jangan buat2 lupa pulak yer..
Oh ya.. speaking of terawih, mak nak share sket..
My experience on the 1st night of Ramadhan.
Berkobar nak gi solat terawih malam pertama di Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi, Putrajaya.
Selalunya, minggu pertama puasa aku tak gi.. selalunya solat terawih di surau depan rumah jer.
Masuk minggu ke-2 baru gi masjid Besi tu..
This year, berkobar-kobar plak nak gi solat di sana utk malam pertama terawih.
Kol 8.10 malam aku gerak dari rumah..
Tak jauh pun.. dalam 5 minit sampai ler..
Tu diaaa.. Jalan nak masuk ke masjid dah jammed!!
Bangga plak sebab semua bersemangat cam aku..
Cam biasa aku parking kat dalam masjid..
Since Ground floor dah penuh, aku naik ke 1st floor.
Alhamdulillah.. parking space masih ada (mungkin ramai yang park kat luar)
Bila masuk dalam masjid..
Masyallah!!
Ramainya orang... selalunya aku gi minggu ke-2 puasa.. org tak ler seramai cam ni..
Aku tunggu my cousins (Cik Ngoh & Elin).
Bila they all sampai, kami naik ke aras 3..
Kat aras 3 pun ramai jugak, tapi masih banyak lagi space..
Bagus betul pihak pengurusan masjid. 2,3 buat announcement.
Bagi ibu2 yang membawa anak2 kecik, di sediakan ruangan khas untuk solat terawih..
In fact, baby cot jugak disediakan kan..





Disebabkan lokasi aku strategik malam tu, boleh plak snap the pic.
I'm not sure who's the Imam but he's from Makkah..
Bacaan dia sangat merdu.. teringat plak masa umrah duluu...
A few moment, suara Imam tersedak2 sebab sedih...
Syahdu rasa nya...
Aku buat 8 rakaat jer.. then solat sunat witir sendirian di belakang.
Masa nak balik, stuck kat parking lot almost 15 minutes.
Yang blocking keta pun ada gak..
So next time gi, better park kat luar masjid jer...
Tak kira di mana kita solat...
Janji kite pakat2 buat noo...

♥♥♥ The End ♥♥♥

Friday 27 June 2014

Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy

Assalamualaikum w.b.t!!

Sempena Jumaat terakhir sebelum berjumpa Ramadhan, aku nak share sket...
Antara qari yang aku suka bacaan dan alunannya...
Antaranya adalah Sheikh Mishari bin Rashid Al-Afasy.
Dulu...
Aku x kenal pun siapa dia...
In fact, jarang la aku nak dengar bacaan Al-Quran kat youtube ni..
Alhamdulillah, pengaruh kawan2 semasa di Kementerian Pelajaran,
Especially kak Hasni
Memang sedap bacaan Sheikh Mishary ni...
Sedikit info tentang beliau:


Name : Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy
D.O.B : 5 September 1976 (38 tahun)
Place of birth ; Kuwait
Nationality : Arab
Beliau merupakan Imam Masjid Al-Kabir di Kuwait City dan mengetuai solat terawih
pada bulan Ramadhan setiap tahun.
Beliau menuntut di Kolej Al-Quran dan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah
dan mahir khusus dalam sepuluh stail bacaan dan terjemahan Al-Quran.

Antara bacaan beliau di YouTube:




♥♥♥ The End ♥♥♥

Thursday 26 June 2014

19th : Pengantin Malam




Language : Malay
Genre : Horror
Running time :86 minutes
Cast : Nora Danish / Farid Kamil
Release date : 19th June 2014
Showtime : 25th June 2014 /9.10pm
Venue : GSC Alamanda
Date : Cik Ngoh & Acik


Synopsis:
Maya (Nora Danish) mengalami amnesia selepas kemalangan jalan raya. Sejak hari itu, Maya sering diganggu oleh lembaga misteri sehingga suaminya, Razif (Farid Kamil) terpaksa membawa Maya berehat di Villa keluarga Razif. Namum gangguan itu semakin teruk sehingga hubugan mereka semakin renggang.

My Komen:
Hahahaha... the whole time aku duk gelak2 dengan my cousin. Bukan nak ngutuk ke apa.. 
Bab seram tu ada.. but then again, aku rasa lawak pun ada gak.. Bagi aku cite ni biasa2 jer..
Seram suam2 kuku.. Stereotype sangat watak si suami.. mesti x caya bab2 hantu..
Bini dah meroyan pun susah nak percaya.. 
Watak Mak Anum.. ayoo.. hawat masam semacam... nak bagi nampak scary la tuu..
Hahaha.. sepanjang cite.. dari pagi sampai ke malam duk pakai serkup tu jer la kat kepala.
Hebat gak dia sebab dah tua2 cam tu duk jaga villa dalam hutan... sensorang pulak tuu..
Watak Elly Suriati as doktor pun cam kelakor.. pakai baju ropol2...
So far, filem seram melayu still KHURAFAT paling best...
Sorry David Teoh!!

Score :  2 * sudah...

♥♥♥ The End ♥♥♥


Tuesday 24 June 2014

Kerana Mulut...

Assalamualaikum w.b.t!!!

Syukur ya Allah!!
Dalam kemelut hidup ni aku di beri jalan rezeki yang aku sendiri tak sangka..
Syukur di atas sokongan kawan2..
Dengan ada Megnalicious hidup aku lebih ceria..
Dapat memenuhi kehendak dan selera rakan dalam mencari Hijab yang sempurna
Menjadi satu kepuasan bagi aku...
Syukur ya Allah!! 
Tapi...
Dalam masa yang sama...
hati ni di terjah dengan karenah manusia yang sedikit sebanyak membuatkan aku TERKILAN!!
Ia nya tiada kaitan dengan Megnalicious...
But, it's still my life..

Hanya kerana MULUT...
It's ruin my life..
Apa motif nya aku pun tak tahu...
menjaja cerita pada yang tak sepatutnya
Kerana MULUT,
hubungan semakin rengang..
Kerana MULUT,
sudah dipandangan -ve
Hey MULUT..
apa2 yang ditutur dari bibir mu...
dan sampai ke TELINGA si pendengar
dengan jalan cerita yang ntah2 apa..
dan aku...
Tidak mampu untuk mengubah persepsi orang

Never waste your time
trying to explain who you are
to people who are committed to
MISUNDERSTANDING YOU.

Apa jua motif MULUT itu,
aku ucapkan terima kasih..
kerana ianya dapat membuka mata aku..
dapat kenal siapa kawan siapa lawan.
SALAH itu tetap datang dari AKU..
Salah aku kerana mudah percaya dengan manusia sekeliling

Dengan Ramadhan yang bakal tiba,
Aku tak nak simpan apa2 dalam hati..
Kalau aku yang salah, maafkan lah..
Kalau kau yang salah, aku maafkan.

Life is too short to spend on negativity
Life is too short to worry about stupid thing
Have fun...
Falling in ♥...
Regret nothing...
and don't let people bring you down!!


18th : Suatu Malam Kubur Berasap 2


Language : Malay
Genre : Horror
Running time : 103 minutes
Cast : Ajak Shiro / Shahrul Shiro
Release date : 12th June 2014
Showtime : 18th June 2014 /9.30pm
Venue : GSC Alamanda
Date : Shida & Rara

Synopsis:
Amir and Nayan are reality TV starts who are offered to act in a horror film. However they find that they are only capable to act in comedy films as they do not believe in ghosts. However, the duo then head back to their hometown to gain some spine-chilling experiences from Tok Mat, a  medicine man who has a daughter named Julia.

My komen:
Actually, me and my buddies dah lama nak tengok citer ni. Kenapa?
Sebab movie trailer dia memang kelakar.
Unfortunately, aku hanya fokus 30 minit pertama sahaja.
Paling tak suka tengah2 tengok wayang, ada orang kol..
Then kol tu plak, penting..
I almost nak kuar jer dari panggung.
Apa2 pun.. 30 minit pertama tu agak kelakar laa..
Ending dia, entah ler.. kalo nak tengok gak.. better tengok hari RABU jer..


♥♥♥ The End ♥♥♥

Monday 23 June 2014

Apa yang penting...

Jarak UMUR tak penting
Jarak TEMPAT tinggal tak penting
Jarak TARIKH LAHIR tak penting
Jarak KEINGGIAN tak penting
Jarak BERAT BADAN tak penting
Jarak KEKAYAAN/KEMISKINAN tak penting
Yang penting adalah...
KESETIAAN, KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN


Bila aku post kat wechat..
Ramai ler lelaki bertanya "iye ker?" (wechaters aku majoritinya lelaki)
Then aku plak macam terbayang soalan "iye ker?" tu dalam nada sinis...
Ada gak yang cakap, bukan ker manusia sekarang pandang DUIT...
Come on laa.. 
Not everybody pandang duit...
Aku x cakap duit tu tak penting..
Kalo x der duit, cam ner nak sara anak bini kann...
Cuma, ianya bukan menjadi keutamaan yang paling penting...
Tepuk dada tanya selera..
Atas kita nak menilai orang sekeliling cam mana..
Jangan terlalu prejudis dengan orang...
Kalo yer pun MAJORITI yang pandang kekayaan...
Bagaimana yang MINORITI??
Masing2 punya pandangan..
Semoga kite semua dapat mencari apa yang diri kite rasa penting..
Bagi aku.. apa yang penting, 
Sama-sama SUKA... Sama-sama NAK... 
Dan niat tu penting.. biar ikhlas.. 
Bila ikhlas.. insyAllah.. akan dipermudahkan oleh-Nya..
AMINNNN!!!

Tuesday 17 June 2014

Busy Bee with MeGnaLiCious Design

Assalamualaikum w.b.t!!

Hai korang!! Lama betul aku x update kat sini (beside entry movies yang aku tgk laa)
lama x membebel.. luahan jiwa.. or sharing tots..
Nak buat cam ner.. Mak BZ sekarang ni...
Sejak mendapat gelaran "Usahawan Desa".. hehehe..
Actually tu gelaran kengkawan aku yg bagi..
sekarang ni masa aku sangat terhad..
Dah ada passion baru.. I'm starting my own business. Alhamdulillah!!
Benda nya terjadi secara tak langsung..
Banyak pencetus kata nya...
Mungkin sebab bosan dengan my current job..
Mungkin sebab duit aku asyik x cukup jer... hehehe
Mungkin aku mencari sesuatu yang sesuai dengan aku tapi x der yang memenuhi kehendak di pasaran..
Atau pun.. trend sekarang kot.. semua nak buat business... hehehe...
Apa2 pun... thanks to my mom sbb bagi modal... hehehe..
And now, alhamdulillah!!

Apa yang aku jual??
Haaa.. sapa2 nak beli or tempah halfmoon boleh ler tempah dgn mak hokay..
I'm a plus size model (hahahaha).. nak cari tudung yang betul2 menutupi badan aku agak susah.
Kalo gi jalan TAR, semuanya kecik or pendek..
Kalo ada pun, harga plak mahal noo..
Aku pun nak gak bergaya pakai tudung belit2 ni..
Dulu aku suka pakai long shawl.. tapi ambik masa gak depan cermin untuk belit2..
Nak setting bagi nampak cantik...
Tapi sejak pakai halfmoon ni, senang sangat2.. x perlu nak belit2 sampai 2,3 kali..
Sekali pakai, terus nampak cantik. Tak perlu nak ejas lebih2...
Dan yang penting, x nipis...

 2 layers

 Plain

 Printed Halfmoon









Panjang 1.5m, labuh 0.75m..
Korang nak labuh ker.. singkat ker.. bergantung pada si pemakai laa..
For me, of coz i suka labuh...
So, for those yang berminat, sila like MeGnaLiCious Design at FB ok..
Uols boleh tempah size besar.. size kecik... even warna jahitan tepi pun boleh request nak kaler apa.
Range harga dalam RM25 - RM40 (bergantung pada design):

♥ Plain Halfmoon : RM25
♥ 2 layers Halfmoon (plain) : RM35 - RM40
♥ Printed Halfmoon : RM30 - RM35
♥ Dual Tones Halfmoon : RM25

Coming soon aku cuba buat:
♦ 2 layers Halfmoon (printed)
♦ Curved Shawl

Insyallah!! Aku cuba memenuhi kehendak pelanggan...


♥♥♥ The End ♥♥♥

17th : How To Train Your Dragon 2 (PG13)


Language : English
Genre : Adventure/Animation
Running time : 102 minutes
Cast : Jay Baruchel / Gerard Butler
Release date : 12th June 2014
Showtime : 14th June 2014 /12 pm
Venue : GSC Alamanda
Date : Mama & Nephews


Synopsis :
The thrilling second chapter of the epic HOW TO TRAIN YOUR DRAGON trilogy returns to the fantastical world of the heroic Viking Hiccup and his faithful dragon Toothless. The inseparable duo must protect the peace - and save the future of men and dragons from the power-hungry Dragon.

My Komen:
Sambungan How To Train Your Dragon. So better tengok yang 1st dulu laa..
Aku memang suka cite ni.. sequel lebih complicated...
Buat seketika, my nephews nampak sangat boring dalam cinema tuu...
dan.. buat seketika jugak aku rasa cam nak jer pelihara seekor..
Banyak tul naga dalam movie ni.. coeml2 plak tuu.. hehehe...

My Score :
4*

♥♥♥ The End ♥♥♥

Wednesday 4 June 2014

16th : Maleficient

Language : English
Genre : Adventure/fantasy 
Running time : 97 minutes
Cast : Angelina Jolie
Release date : 29th May 2014
Showtime : 29th May 2014 /10.30pm
Venue : GSC Alamanda
Date : Amar


Synopsis:
"Maleficent" explores the untold story of Disney's most iconic villain from classic "Sleeping Beauty" and the elements of her betrayal that ultimately turn her pure heart to stone. Driven by revenge and fierce desire to protect the moors over which she presides, Maleficent cruelly places an irrevocable curse upon human king's newborn infant Aurora. As the child grows, Aurora is caught in the middle of the seething conflict between the forest kingdom she has grown to love and the human kingdom that holds her legacy. Maleficent realizes that Aurora may hold the key to peace in the land and is forced to take drastic actions that will change both worlds forever.

My Komen:
Dalam banyak2 filem animasi klasik Princes's Disney, aku memang suka cite Sleeping Beauty.
Suka sangat.. so bila Disney kuarkan cite ni (walaupun dah twisted sket), aku tetap nak tengok.
Tapi memang twisted giler laa.. yang jahat, asalnya baik hati...
Yang benci rupanya sayang..
Suka lakonan Angelina Jolie as Maleficent. Sedih bila sayap dia kena potong...
Cuma aku x puas hati sebab watak lelaki dalam cite ni memang TAK HENSEM langsung...
Yang bawa watak Stefan, yang bawa watak Prince Philips... Adush!!
Dah nama fairy tales story.. so bagi la hero yang ala2 segak bergaya disukai ramai..
Kaaannn...

Score :
4*

♥♥♥ The End ♥♥♥