Friday 7 September 2012

Ingat best ker menipu tuu???

 20 Syawal 1433H
Assalamualaikum w.b.t!!

Salah satu dari DOSA BESAR tapi kecil jer dari pandangan mata kita... selalu di pandangan ringan.. Kenapa ianya sebegitu mudah untuk menipu?? Senang jer.. sebab modal nya hanyalah MULUT & AIR LIUR!!.. and of coz with a lil' bit guts laaa...Menipu, dusta, cakap bohong... sama jer maksud tuu... senang citer, TAK JUJUR lerr.. hishh!!!

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 
"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat".

(Riwayat Bukhari dan Muslim). 
"Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti."

Aku faham bila ada orang nak menipu hanya semata-mata nak menjaga hati orang di sekelilingnya (w/pon tak boleh kannn)... Tapi yang aku tak faham bila ada sesetengah manusia ni, menipu semata-mata nak orang disekeliling dia nampak dia sebagai manusia yang hebat.. manusia yang punyai segala-galanya.. w/pon pada hakikatnya dia hanyalah insan biasa yang tak punya apa (mungkin kurang kasih sayang kot!!)


 Tapi yang paling best... and for me it's a lil' bit funny, bila dia menipu tapi orang sekeliling tahu dia menipu... tapi buat2 tak tahu.. semata-mata nak tengok sejauh mana kehebatan dia dalam bidang PENIPUAN ni... huhuhu... kadang2 nak tergelak pun ada... rasa cam tengok slot Maharaja Lawak jer.. Hello!! kalo yer pun nak menipu.. agak2 ler.. jangan sampai berdo'oh (melampau) laaa... jangan ingat semua orang bodoh.. 

Gunting jer lidah orang yang suka menipu ni...
◘ Pesanan untuk golongan ini ◘

Berusahalah untuk bertaubat daripada pekerjaan menipu ini :
1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat dengan taubat nasuha.
2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan keutamaan-Nya.
3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa silam akan diampunkan-Nya.

* actually, nasihat ni, aku pun boleh guna pakai jugak... kira saling mengingati la kan....sebab aku pun insan biasa yang tak punya apa jugak... hehehe... tapi kasih sayang... insyallah CUKUP!!! (^_^)


No comments:

Post a Comment