Monday 24 September 2012

Langit Vanilla by Wani Ardy

08 Zulkaedah 1433H
Assalamualaikum w.b.t!!

Di suatu pagi di hari Isnin (hari ni laa)

Pepagi buta aku dah mengejor Bos kecik aku, En. Kahar.. al-maklum laa.. dateline untuk Laporan Tahunan & Buletin dah melebihi tarikh sepatotnya... sib baik dia ada pagi tu.. Sambil2 aku menunggu dia mencari artikel yang kami perlukan... mula la tangan aku nak meraba... Opppss!! bukan meraba bos ok... tapi meraba atas meja En. Kahar... Kat atas meja dia berlambak buku-buku bacaan.. macam2 ada!! (His passion with writing.. so of coz laa atas meja banyak bahan bacaan kann..) Tiba-tiba aku ternampak buku ni..

Tertarik dengan perkataan TOLOL!! Mula la aku membelek buku yang hanya mempunya 173 muka surat. Walaupun bukunya tak setebal mana.. tapi bila tengok isi kandungannya... hhhmm.. macam menarik. My bos cakap.. this is a new version of poetry by new generations.. quite interesting... Aku sememangnya bukan jiwa puitis tapi tertarik dengan hasil nukilan anak muda yang bernama WANI ARDY (baru berusia 28 tahun)...Belum baca nukilan dia yang lain.. aku dah tertarik dengan monolog dia:

Dalam panggung, Gadis tidak dapat tumpu kepada wayang.
Bola mata Gadis ke tepi, merenung Jaka dari sembunyi.
Jaka menyedari tindakan Gadis lalu tersenyum.
Dia menyuruh Gadis berhenti dan sambung menonton.
"Wayang ini bagus," katanya.
Monolog Gadis:

Harga tiket RM10 terlalu murah untuk saya melihat kamu selama dua jam, tanpa kelip.
Saya tidak mahu siakan satu saat pun.
Kerana kamu lebih indah dari segala kisah yang pernah saya tonton.
Lebih indah dari segala puisi yang pernah saya baca.
Lebih indah dari segala lagu yang pernah saya dengar.

Hati Jaka milik orang lain.

Perghh!! terbaik laaa.. harus la aku pinjam ayat dia bila nak ushah JAKA dalam GSC Alamanda nanti.. hehehe.. Walaupun buku beliau setebal 173 m/s.. tapi padat ok!! Antara Puisi yang menjadi tarikan buat aku:

Ini Jodoh, Bodoh

Kau memang lucu.

Kau pasti - manusia yang bertahun-tahun kau kasihi ini akan jadi milik kau?
Kau pasti - manusia yang berbulan-bulan kau tunang ini akan jadi milik kau?
Kau pasti - manusia yang berminggu-minggu kau nikahi ini sudah jadi milik kau?

Jangan Jenaka.

Kau ikat dia - kau ingat kau siapa?
Ibu Bapa?
Tuhan?

Kau ikat dia -  kau sedar kau dan dia siapa?
Dua-duanya asal satu; tanah.

Entah-entah itu -  manusia yang kau benci itu
Yang akan kau kasih

Entah-entah itu - kawan karib kau itu
Yang akan kau tunang

Entah-entah itu - Lelaki yang beristeri (atau janda jika kau lelaki) itu
Yang akan kau nikahi

Ini jodoh bodoh.
Bukan alat kawalan.

Kau boleh mengusul sejuta rancangan
Senaraikannya berjela-jela hingga jadi tebal, sebal, bebal
Tapi yang meluluskan struktur pelan; Dia

Kau boleh cemburu membabi buta
Dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
Tapi kemudian aku tanya,
Kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?

Yang digarikan itu tangan
Yang dicincinkan itu jari

Bukan nyawa
Bukan hati

(Laju jer kan bila nampak perkataan JODOH tuu.. harus ler bagi insan single mingle cam aku ni..)

Mahu Tak Mahu

Kita takkan dapat apa yang kita mahu
Kita akan dapat apa yang kita tak mahu

Kita harus mahu apa yang kita tak mahu
Hingga kita tak mahu apa yang kita mahu

R
e
d
h
a
.

Banyak lagi nukilan beliau yang best2!! so kalo sapa berminat.. pergi ler kat MPH tuu only RM20. Yang pasti, aku pun nak beli jugak. Apa kelass main pinjam yang Bos punya kaann.. hehehe!! to Wani Ardy atau nama sebenarnya Nur Syazwani Abd. Rahim.. semoga sukses di masa akan datang dengan menghasilkan lebih banyak nukilan hati yang mencuit jiwa sanubari... and now.. i"m one of ur thousand fans... hehehehe..

Wani Ardy.. and she's adorable

│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒┌┘
└┐▒▒▒▒┌┘

~ Peace out ~

No comments:

Post a Comment