Thursday 28 August 2014

Dinner at Fuel Shack

Assalamualaikum w.b.t

Makan lagi?? Hahaha.. Lately ni "diet" dah makin meninggalkan aku. Hancuss!! Abaikan jer laa.. Janji hati bahagia. Tak gitu kengkawan?? Ok, ni semalam punya citer la. Aku, Mira, Mary & Ana gi dinner kat Ayers@8. Kelas ko jah.. Nama tempat tu la.. Sebut betul-betul yer.. Jangan ler uols sebut cam AYER HITAM tuu..^_^

This my 2nd visit kat situ. Bunyi cam jauh kan.. Padahal 3 km jer dari rumah aku. Normal la, bila ada yang dekat, jiwa sanubari tetap nak gi makan yang jauh-jauh jer kan. This is Mira selection la coz dia memang suka makan kat situ. Tempat nya agak kecik sedangkan yang datang tu agak ramai (or may be sebab gomen baru gaji kot). Dekat 20 minit baru dapat meja. Kat sini konsep nya order kat kaunter, bayar,then kena bagi nama kite so bila makanan siap, pekerja (behind the bar) akan jerit nama kite.. Ok la kalo customer duk meja kat dalam kan. Tapi kalo yang duk meja kat luar? 2,3 kali ko kerit pun belom tentu dengar kaann.. So, last2 staff dia akan bawa tray keluar then jerit nama empunya orders.. So sila bagi nama glamer yer.. hehehe..

Aku dah lama tak makan burger. So malam tu aku order original shack (RM11) then tambah RM2 untuk soft drink & fries. Kalo nak bubble tea, korang kena add on RM5 with fries. Burger dia agak sedap, juicy gitu.. bubble tea pun sedap. So kalo korang dah bosan dengan masakan melayu or jiwa masih kental boikot Mc'D, boleh ler try makan kat FUEL SHACK. Tempat pun cantik. Lokasi nya di Presint 8, Putrajaya. Nearby jambatan Seri Wawasan.



 Menu selection. Burger ada.. hot dog ada.. pasta pun ada.
 Sila order di sini yer...

 Original Shack (RM11)

 Mini Tower (RM15)

Us


♥♥♥ The End ♥♥♥

Monday 25 August 2014

Jom main WAU!!

Assalamualaikum w.b.t!!

Jumaat hari tu aku balik kampung. Bukan balik suka2 jer tau..
For business purpose kata nya.. hikhikhik..
Tak ambik cuti pun.. just back for weekend.
Abang & kakak ipar aku pun balik gak sebab nak jenguk anak2
(mereka skrg dah bersekolah di kampung)
Bila aku sampai ker kat rumah, terpampang Wau bentuk cam burung kat tangga rumah.
Rupa-rupa nya anak buah aku sekarang tengah giler main wau..
Ye laa.. kat Putrajaya dulu mana ada layan wau ni..
Asyik main futsal and rip-stick jer..
So petang Sabtu tu, aku & my S.I.L gi la tengok tempat bebudak tu main wau..
Lokasi, tanah sawah di hujung lorong rumah aku.
Sib baik aku pakai elok sket..
Very nice to photo gediks hokay!!

 Perghh. pemain wau tegar nampaknya aku.. siap pakai sunglasses.. hehehe


 Melompat lebih tinggi!!

 I'm Free!!

 Freestyle by adik Ammar

Anak buah main wau, mak cik dia duk kawad kat tengah bendang


♥♥♥ The End ♥♥♥

♥ f r i e n d s h i p ♥

Biasa la bila balik kampung time raya, everybody sibuk nak reunion kan.
So are we!! 
Walaupun pada hakikatnya aku selalu balik kampung.
Selalu jumpa / hang out dengan geng "Mak Jemah",
Tapi tetap nak ber reunion kann..
After a long discussion on our group chat, kata putus telah diambil..

Date : 31 July 2014 (Thursday)
Venue : Kelantan Diners 
(own by Lien & hubby)
Time : 8.30 pm

As usual, kalo kuar cam ni, aku akan pick up Joe (the one in black hijab)
Memang kami antara yang awal sampai..
Even tuan kedai, Lien pun x sampai lagi..
Sib baik hubby dia ada kat kedai...
Dalam 9 lebih baru semua ahli jemaah sampai..
Actually mereka semua berada di Kelantan kecuali aku & Mc Sue jer..
Diner malam tu sponsored by LIEN... tokey kann.. hehehe
Makanan dia sedap.. hingga menjilat jari..
So uols yang duk kelantan boleh try ler.. 
(nearby Taman Uda Murni, kalo dari KB traffic light Tanjung Mas, kena U-turn)

 Lien & Joe

 Joe & Me

 Juwita Jelita kata nya

 Yummy!!



 From left: Mc Sue, aku, Joe, Pidah, Lien & Ima

We make so many FRIENDS,
Some become Dearest,
Some become Special,
Some change their Cities,
Some left Us,
We left Some,
Some are in contact,
Some are not in contact,
Some don't contact because of their EGO,
We don't contact because of OUR EGO,
Whatever they were,
We still REMEMBER,
LOVE, MISS, CARE for THEM,
Because of the part
They played to make MEMORIES.
Its FRIENDSHIP!!




Promote sket!!

♥♥♥ The End ♥♥♥

Lebaran 1435H [ p a r t t w o ]

continued...

29 Julai 2014 (Selasa) : Raya ke-2
This is what we did every 2nd day of raya. Seawal pagi menziarahi kubur saudara mara. Dekat jer dengan rumah kami semua. Dalam kol 8 kami berkumpul di sana. Baca yasin ramai2.. tahlil.. Rindu kat Ayoh (atuk aku). Ahli keluarga terdekat yang telah kembali ke rahmatullah pun berada di kawasan yang sama termasuk arwah pakcik aku (adik Mami). Walaupun dia bukan dari kampung aku, but we all families.. 

Selesai majlis di tanah perkuburan, kami semua pulang ke rumah. Bersiap-siap untuk beraya di rumah saudara mara di sekitar daerah Tumpat (kire dalam kawasan laa). Kami berkonvoi 5 kereta. Semua adik beradik abah. Seronok uols. Tapi kali ni Mami x leh join sebab dia kena ikot adik dia, Pak Ngah Mi ke Bachok atas urusan merisik untuk sepupu aku. 1st stop, rumah Ayah Su (adik nenek). Suka gi rumah dia sebab environment mmg pure kampung. Yang penting ada pokok buluh.. hehehe..Apa lagi, posing la kan. Selepas tu gi rumah Pok Cik Mat (sedara belah nenek). Kat rumah dia kejap jer (kejap sebab bersebab.. hehehe). Then kami terus ke rumah Doktor Nor (sedara-mara jugak ni). Every year dia akan buat open house pada raya ke-2. and every year jugak aku tak pernah miss untuk bertandang. Selesai isi perot, last pit stop untuk sesi pagi, kami singgah rumah Pok Cik Man (adik arwah atok). After that terus balik umah. Masa tu dah kol 1.30 tengahari. Perghh.. dah rasa cam penat la jugak. Tapi belah petang tu aku ada majlis yang perlu di hadir di Pengkalan Chepa. So balik solat, rehat kejap, dalam kol 3 aku kuar balik....

Pergi sorang2 jer. Ini lah nasib orang bujang kan.. Aku siap standby air kosong & biskut raya wat bekal dalam keta. Bukan sebab jauh, tapi musim raya uols. Confirm semua jalan jammed. Kalo biasa 10 minit jer perjalanan, akan jadi 40 minit. Bayangkan ler.. huhuhu.. Tempat dituju, rumah Ayu (ex-shcoolmate, ex-uitm & ex-housemate) Kira friend for life la ni. Adik dia buat majlis akikah merangkap open house family. Aku ni dah biasa dengan ahli keluarga dia. So x der la rasa kekok sangat kan. Aku kol Ayu, saje nak bagi tau yang aku mungkin lambat sampai sebab jammed. But who knows kann.. Keta memang banyak tapi x jammed. 20 minit aku dah sampai rumah dia di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa. Suka nya...hehehe.. Lepas majlis di rumah Ayu, aku singgah rumah bff aku, Yayah kat Kampung Huda. Dekat jer dengan rumah Ayu tu. Dalam 10 minit aku dah sampai. Rumah Yayah ni antara rumah yang aku selalu gi bila time raya. Suka suasana rumah dia. Privacy! Aku solat Asar siap2 kat rumah dia sebab takot lambat sampai. And you know what, jalan x jammed. Yeay!! Kol 6.30 petang aku dah sampai rumah. Alhamdulillah!!

30 Julai 2014 (Rabu) : Raya ke-3
Pagi tak ke mana. Having breakfast with families. Kol 11 pagi kami bersiap untuk attend majlis perkahwinan anak Atuk sedara aku (adik arwah Atok). Simple majlis tapi meriah dengan kehadiran sanak saudara. Masakan pun sedap, yang penting aku duk angkut air sirap. Sedap uols.. hahaha.. Agak lama duk kat majlis tu. Borak-borak dengan family members yang hadir. Kol 1.30 tengahari terus balik ke rumah. Petang tu aku gi rumah Acik (belakang rumah aku jer). Dia pun wat open house gak. Hidangan orang Johor uols. Ada soto, ada mee bandung Muar.. perghh!! Sedap..

31 Julai 2014 (Khamis) : Raya ke-4
Siang hari aku tak buat apa2. Cuma belah malam ada dinner dengan my ex-schoolmate. Nanti aku buat entry lain yer...

1 Ogos 2014 (Jumaat) : Raya ke-5
Pagi ni kami satu family akan ke Tanah Merah. Ada wedding belah family Mami. Sort of balik kampung Mami la jugak ni. Kami gerak awal sebab nak balik sebelum solat Jumaat. Sampai di sana dalam kol 11 pagi. Singgah kubur arwah atok dulu. Then baru ke rumah kenduri. Untung gi awal sebab orang tak ramai sangat. Time balik, we all split kete. Lelaki naik keta Abe Yo (abang sulung aku), and all the ladies naik keta Buja (2nd bro). Aku la yang drive coz the other car singgah untuk solat Jumaat. Sampai rumah kol 2 petang.
Malam tu plak aku kuar dengan Emi & kawan2. Sajer lepak2.. Kol berapa aku balik tu x perlu tau laa.. hehehe...

2 Ogos 2014 (Sabtu) : Raya ke-6
Raya dah abes kot.. hehehe.. bermalasan kat rumah. Boring la jugak. And my frez, Ima cam tau2 jer aku tengah boring. Dia ajak kuar lunch. Yeay!! Dalam kol 1 lebih aku dah sampai rumah dia. Anak2 dia semua duk rumah in-law.. so dapat ler dia membujang dengan aku hari tu. hehehe.. Ima ngidam nak makan western. Ada satu kedai favorite dia, tapi tutup laks. So jalan punya jalan, tercampak kat depan HUSM Kubang Kerian. Kat situ banyak kedai makan. So Ima ajak aku makan kat kopitiam (dah x ingat apa nama kedai tu). Dalam 6 petang aku balik.

3 Ogos 2014 (Ahad) : Raya ke-7
Masa untuk pulang ke Putrajaya. Lemau rasa nya setelah lebih seminggu duk kampung kan. What to do.. Kami gerak dalam 8 pagi. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar. Walaupun keta banyak, jalan x der la jammed sangat.

Tahlil di tanah perkuburan

Me & my cuz

Di depan pokok buluh yang sama, Abah aku pernah ambik gambar masa dia umur 5 tahun.

All the ladies..

Di rumah Pak Cik Man

Me & Wazeer (anak Ayu)-Majlis Aqiqah di Pengkalan Chepa

 Bagi can kat bebudak write something for pengantin..

with the kids..

♥♥♥ The End ♥♥♥


Friday 22 August 2014

Lunch at Cafe Puffy Buffy


CAFE PUFFY BUFFY
  • Suite G-32-4809, CBD Perdana 2
  • 62050 Cyberjaya


I'm not sure bila kedai ni mula beroperasi. Tapi masih baru lagi la. Before this pernah la nampak kedai ni. Bukan apa, sebab board dia color light blue & pink, so easy to spot la. Nearby Restaurant Saba. Tapi bukan satu bangunan yer.. cafe ni CBD2, bangunan sebelah Saba. My frenz la suggest suh try makan kat sini dan dia dah pun menjadi regular customer kat situ. Kena selera kata nya.. tak gitu Subki? hehehe.. 

Aku gi time lunch dan di temankan oleh Ruby Macam-macam menu ada. Nasi campur & ikan bakar pun ada jugak.  Tapi aku tak nak makan nasi campur. Yang tu makan kat cafe office pun boleh kan. Harus aku order makanan yang aku x pandai nak buat kann..






Untuk order, korang kena tulis sendiri dalam order form tu. Sib baik tulisan Ruby cantik.. hehehe

 Watermelon Juice [RM4.90]
Rasa nya boleh tahan...

 Grill Chicken Chop (premium) [RM13.90]
Premium means large portion. Rasa biasa-biasa jer but I do love the mash potatoes.
Dressing dia sedap giler..Yang ni aku punya! ^_^

 Fish & Chips (premium) [RM13.90]
1st time nampak menu ni depan mata, terbeliak mata aku dgn Ruby. Mak aih!! banyak nya..
Yang aku pun premium gak tapi kena Ruby punya lagi banyak..
Kesian ibu mengandung (Ruby), lately ni dia x der selera nak makan..
Tapi dia boleh abiskan portion ni..
Nampak???
Maknanya... sedap la tuu... aku yang x suka ikan pun boleh makan..
Next aku nak order menu ni laa...

 Puffy Lava Cake with Ice Cream [RM8.90]
This is signature dish kat Puffy Buffy.
Aku order satu jer sebab perot dah kenyang. Share dengan Ruby.
Perghhh!! memang sedap uols...

 Meleleh lava...

 Bie, thanks for the lunch..

So total RM46.50. 
No government tax or service charge. 
May be dia dah masukkan sekali dalam harga makanan kot. 
Still worth it laa..
Selera masing-masing. Mungkin yang sedap bagi aku, tapi tak sedap bagi orang lain.
So better cuba sendiri yer..
Selamat menjamu selera!!

♥♥♥ The End ♥♥♥


23rd : Lucy (18)



Language : English
Genre : Action/thriller
Running time :90 minutes
Cast : Scarlett Johansson, Morgan Freeman
Release date :21st August 2014
Showtime : 21st August 2014 (9.30pm)
Venue : GSC Alamanda
Date : Farra

Synopsis:
Lucy is set in a world that is run by the mob, street gangs, drug addicts and corrupt cops. Lucy (Scarlett Johansson), a woman living in Taipei, Taiwan, is forced to work as a drug mule for the mob. The drug implanted in her body inadvertently leaks into her system, changing her into a superhuman. She can absorb knowledge instantaneously, is able to move objects with her mind and can't feel pain and other discomforts.

My Komen:
Lebih kurang cite LIMITLESS, cuma cite ni lagi hebat ler kesan dadah tu. More about human brain capacity. Normal people hanya guna paling max pun 10% jer. Tapi Lucy berjaya mengunakkan ke tahap maksimum. Cite ni ok. Tapi tak perlu la selit2 kan pasal haiwan, nature.. dah macam tengok dokumentari plaks. Lakonan Scarlett memang best. Apa yang yang tak best adalah ending citer ni. Dah cam mengarut pun ada sebab dia hilang begitu sahaja (bila mencapai tahap 100% brain capacity) tapi boleh connected via technology or gadget. 

Score :

♥♥♥ The End ♥♥♥

Thursday 21 August 2014

Lebaran 1435H [ p a r t o n e ]

Assalamualaikum w.b.t

25 Syawal baru sempat nak buat entry pasal raya. Nampak sangat busy kan? huh!! nampak sangat propa. Hahaha.. Actually x der mood sangat nak upload pic from camera. Malas nak bukak lap top.. malas nak cucuk pen drive. Giler banyak malas dalam lemak aku ni.. Ok, let's cut the crap!!

Raya tahun ni, setelah sekian lama duk kerja di Putrajaya, ni kali pertama aku dapat cuti panjang for raya. Sebelum ni aku selalu ambik cuti sebelum raya. Means that raya ke-3 or ke.4 aku dah kerja. Tapi kali ni aku ambik cuti selepas plak. Dengan tambahan 3 hari cuti rehat, aku dapat berada di kampung selama 9 hari (25 Julai - 3 Ogos). Ok, let's go through day by day ok.. (hishh!! ingat lagi ke tak ni... hehehe)

25 Julai 2014 (Jumaat)
Last day kerja. Mood ntah ke mana dah hari tu. Kepala otak duk teringat kat kampung jer. Walaupun aku dah balik masa cuti Nuzul Quran, tapi kalo bab balik for raya ni, teruja sokmo. Hari tu aku ambik halfday. Setelah bincang dengan Buja (2nd bro), kami terus gerak dari Putrajaya exactly 12.45pm. Kali ni, my cousin JR balik sama. Janji dengan Pak Su Li (my uncle) kat last station Putra LRT at Gombak kol 1.30pm. So, officially masuk karak at 1.45 pm. Musafir berkelana uols, so the guy skip the Friday prayer.. tapi we all tak skip puasa hokay. Kereta banyak but it's moving. Tak der la sangkut2 gitu. Buja bawa keta cam drive F1. Aku kat sebelah ni asyik duk tekan imaginary break. Kata nya, "biar cepat asal selamat".. hahaha.. Sepanjang perjalanan, 3,4 kali aku terserempak dengan pemandu yang berstatus musafir berkelana. Selamba dek jer duk minum kan. Ayo!! penat sangat ker?? Jangan lupa ganti la yer. Kami berbuka dalam kereta jer. Buja x berhenti pun. Just minom, makan kurma & roti. Masa berbuka tu kami dah masuk daerah Kuala Krai. Sampai rumah kol 8.20 malam. Terus masuk dapur. Mami dah siapkan juadah berbuka. Beg semua duk diam2 dulu dalam bonet keta. hehehe..



26 Julai 2014 (Sabtu)
Seawal pagi dah ke bandar Kota Bharu. Singgah rumah my cikgu di Panji jap. Ambik barang yang aku order dengan dia. Then terus ke KB Mall. Nak beli baju raya untuk JR. Orang ramai giler tapi sib baik gi awal kan. Petang tu main masak-masak dengan Mami. Seronok sangat. Malam plak, gi terawih di Masjid Muhamadi. Sebelum tido malam tu, aku dah kemas ruang tamu rumah. Buat secara berperingkat sebab x nak penat.. hehehe

Beg raya yang aku order dengan Cikgu Shamsiah. Last2 dapat kat Mami..

Rare hokay.. Gulai ayam kampung tuu..

27 Julai 2014 (Ahad)
Last day or Ramadhan. Hari yang paling sibuk. Selepas sahur & subuh, aku dah tak tido. Terus sambung kemas rumah. Al-maklum laa.. I'm the only daughter so bab kemas mengemas ni memang tugas aku. Yang kat dapur mami settle kan. Lega bila tengok ruang tamu dah kemas.. langsir dah tukar.. baru la ada mood raya kan. Rehat sekejap. Dalam kol 11 pagi aku kuar ke KB lagi. Nak cari jubah batik. Pergi kedai member aku, tak der size plak. Last2 menapak kaki ke Bazar Buluh Kubu. Harus la jumpa apa yang di cari, cantik sangat.. harga sangat2 aku suka.. hehehe.. terus aku ambik 2 helai. As usual, bila malam raya memang tak sah ler kalo x main bunga api & mercun kan. Gegak gempita suasana. Memang best la. And for the 1st time ever, line telefon ok. Aku pakai UMobile. Selalunya, bila malam raya line terok giler. Nak online pun x dapat kan. Tapi malam tu.. line clear. So, kat telefon pun gegak gempita jugak la sebab banyak mesej masuk. Wasap laa.. FB laa.. We Chat laa.. ada yang send pic.. ada yang send voice chat.. tapi yang kol direct x der plak.. huhuhu...

Seawal pagi. Malap sebab aku malas nak on lampu..

Yang tengah tu Mami punya
Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa baju raya saya ada
9 PASANG!!
(melampau sangat aku nih..)

Tahun ni, aku berjaya buat 6 jenis biskut raya. Gigih tau..

Ucapan hari raya aku.


28 Julai 2014 (Isnin)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Yeay.. yeay.. Hari ni Hari Raya!! Selamat hari raya aidilfitri uols!! Seawal pagi aku dah kalut di dapur. Buat pertama kali, family kami buat hidangan yang banyak untuk tetamu. Family cik yam (adik mami) sponsor nasi arab, Laksa Penang & Sate. So bayangkan ler cam ner nak arrange segala makan tu semua. Mami plak serah kat aku bulat2 untuk cari segala mangkuk hayun. Sib baik set chafing dish ada.. and for the 1st time ever, aku dapat lihat LAUTAN BIRU or to be exact, ROYAL BLUE. Ya ampun.. sana sini orang pakai kaler tuu.. Even dalam FB pun, ramai yang choose color ni. Sehati sejiwa nampak...

Raya kali ni anak buah aku (anak Buja) x balik, Don't ask me why. Agak sedih laa. So macam x cukup korum plak. X per la, nanti balik Putrajaya boleh la jumpa. Oh ya, Family Cik Yam sakan beraya. Sponsor pelbagai juadah raya and her husband, Ayah Cik Man jemput semua adik beradik dia datang beraya kat rumah kami. Best giler.. segenap ruang tamu penuh dengan tetamu. Meriah uols. Tapi aku x sempat nak snap pic sebab sibuk di dapur.. 



 kau abang, aku adik.. harus ler dapat duit raya kan.. hehehe..


 Family Ayah Long (anak pertama)

Family aku (Abah anak ke-2) 
Atok dgn cucu sama jer.. masing2 nak vogue with sunglasses

 Family Acik (anak ke-3)

 Family SU (anak bongsu ler.. hehehe)

Antara adik beradik mami yang hadir

~ End of part one ~