Thursday 31 December 2015

Sum of 2015

Assalamualaikum w.b.t!!

Year 2015 almost ended. Gosh!! cepat tol masa berlalu ni.. meh nak list sket apa yang aku dah buat sepanjang 2015. Kalo x semua pun, mana yang penting la kan..

JANUARI
1 : Happy New Year
2 - 4  : Balik kampung
5 : Start Diet Atkins
12 - 16 : Bantuan Pasca Banjir ke Perak
18 : Into The Woods at GSC Sunway Pyramid 
19 : Restart Diet (gi Perak aku rest seminggu from diet)
21 : Night At Museum at  GSC Alamanda
23 - 25 : KUL-KBR-KUL
28 : The Boy Next Door at GSC Alamanda


FEBRUARY
1 : IKEA
2 : Tracer at Premium-X
3 : Wild Card at GSC Summit USJ
7 - 8 : JB/JPO with family
17 - 23 : Cuti panjang (CNY), balik kampung, wedding my cousin, Mundok, Rantau Panjang
25 : MC
27 - 1 Mac : KUL-KBR-KUL

MARCH
2 : MC / Kingsman at GSC Alamanda
4 : Focus at GSC Alamanda
6 -8 : KUL-KBR-KUL
12 : Cinderella at GSC Alamanda
14 : Chappie at GSC Alamanda / heart broken
25 : I fine Thank You I love u at GSC Alamanda
26 - 29 : KUL-KBR-KUL

APRIL
1 : Indigenous at GSC Alamanda
3 : Fast 7 at GSC Alamanda
10 - 12 : KUL-KBR-KUL
13 : MC
17 - 19 : KUL-SGN-KUL (Ho Chi Minh)
22 : Operation gigi (MC 3 hari)
22 - 26 : KUL-KBR-KUL
29 : Avengers at GSC Alamanda
30 : Balik kampung


MAY
1 : Kesyukuran kat my house
4 : Balik Putrajaya
5 : GYM
9 : 9to5 Run
10 : Malaysian Breakfast Day 2015 (MILO)
11 : GYM
15 - 17 : KUL-KBR-KUL
17 : Mad Max at GSC IOI City Mall / ♥
23 - 25 : KUL-BDO-KUL (Bandung with SHida)
26 : GYM
28 : San Andrea at GSC IOI City Mall
31 : Fan Run Team Malaysia



JUNE
2 : Happy bday to u
3 : Spy at GSC Alamanda
5 : Insidious 3 at GSC Alamanda
7 : JPO with...
9 : GYM
10 : Jurassic at GSC Alamanda
11 - 14 : KUL-KBR-KUL
15 : Jurassic at GSC IOI City Mall
18 : 1 Ramadhan
19 - 21 : KUL-KBR-KUL
26 : Minions at GSC Alamanda
28 : Mitsui

JULY
4 - 9 : Baking biskut raya uols
8 : Iftar at Cyberview Lodge
11 : Balik kampung
17 - 18 : Aidilfitri
19 : Balik Putrajaya
22 : Antman at GSC IOI City Mall
26 : Mitsui
30 : Mission Impossible 4 at GSC Alamanda
31 : Mission Impossible 4 at GSC IOI City Mall

AUGUST
4 : GYM
7 - 9 : KUL-KBR-KUL
16 : Run with us (12km)
21 - 23 : KUL-BKI-KUL (Kota Kinabalu)
27 - 31 : KUL-KBR-KUL
29 : Bday Ima/ gathering MJs
31 : Hitman at GSC IOI City Mall

SEPTEMBER
2 : Sinister 2 at GSC Alamanda
5 : Larian Hari Malaysia (MAKSAK)
9 : Transporter at GSC IOI City Mall
11 - 13 : KUL-KBR-KUL
19 : Mitsui / Williams
20 : Appointment Akma SPA
22 : Balik kampung
24 : Aidiladha
27 : Balik Putrajaya
29 : GYM
30 : Hotel Transylvania 2 at GSC Alamanda

OCTOBER
2 : MC / SPA / Everest at GSC Alamanda
3 : Bukit Tinggi / Mitsui
4 : Williams
7 : Polis Evo at GSC Alamanda
10 : New washing machine
13 : Regression at GSC Alamanda
14 : Goosebumps at GSC Alamanda
17 : Stats Run
18 : Bukit Tabur / Bday treat at Super Heroes Cafe
19 : HAPPY BIRTHDAY TO ME / TGIFriday / Polis Evo at GSC IOI City Mall
21 : Crimson Peak at GSC Alamanda
24 : Appointment Akma SPA
25 : Genting with Shida / Witch Hunter at GSC IOI City Mall




NOVEMBER
3 : GYM
4 : The Walk at GSC Alamanda
8 : 007 at GSC IOI City Mall
10 : Deepavali / Hotel Transylvania 2 at GSC Alamanda
11 : GYM
12 : EE Run / Citta Mall
16: GYM
18: GYM
22 : 40th ANNIVERSARY MY PARENTS / Nandos/ bowling/ Mocking Jay at GSC Alamanda
23 : GYM
26 : GYM



DECEMBER
2 : The Good Dinosaur at GSC Alamanda
4 : JB
5: Universal Studio Singapore
6: Tour Singapore
9 : Krampus at GSC Alamanda  
11 : GYM / Point Break at GSC Alamanda
13 : my 1st 16km running
15 : GYM
19 : MJs Gathering (Ima, Lien, Sue & me)



23 : KUL-KBR-KUL
24 : Majlis Maulidur Rasul kat rumah my Aunt
25: Tgk Full moon at PCB
26: Restock, demam urat, gastrik
27: klinik Amaline - Gastrik uols, kena injection satu kali...
28: MC, KBR - KUL, flght delay 40 minit
30 : IP Man 3 at GSC IOI City Mall

Secara keselurahannya, aku berjaya menjana ekonomi GSC & MAS. Gigih nau aku tengok wayang... huhu.. hobi la katakan. Even closure for 2015, sempat lagi layan filem IP Man 3 dengan Rara. Other than that, aku berjaya mengamalkan gaya hidup sihat. Terjebak dengan benda baru yang tak pernah tercapai di fikiranku untuk involve, running, hiking, gym, dan yang paling penting semua tu tak kan terjadi kalau aku tak "bertemu" dengan Atkins. Ya, atkins banyak mengubah cara hidup aku. Diet yang sangat sangat sangat (sampai 3x tuu)  berkesan pada aku. Alhamdulillah. Nampaknya azam 2015 untuk kuruskan badan hampir berjaya (lagi 10kg nak buang nih). 

Semoga 2016 ni membuka lembaran baru untuk aku. Ya, setiap tahun aku berdoa untuk rezeki, jodoh & weight loss. InsyaAllah, 2016 akan lebih indah buat aku dan kita semua. Amin

BYE 2015

HELLO 2016



Tuesday 29 December 2015

Bila Balik Kampung

Assalamualaikum w.b.t

Lama weh aku tak balik kampung. Last aku balik time raya haji akhir September. Ni akhir Disember plak baru balik..Kalo tak, maunya 2x sebulan aku balik. Kali ni tak. Ekonomi gawat katanya. hehehe..
On 23rd Dec, aku balik dengan last flight 10.40 malam with MH1426. Aku sampai aiport just nice 9.40 malam. Sib baik aku dah check in online.. huhu.. Seharian aku x makan. Perot lapar giler. Siap berkeroncong tuu.. masa dalam flight siap request 2 gelas apple juice. 


Dalam 11.35 malam, aku touch down di Airport KB. Kebetulan my cousin, Amalin balik malam tu jugak, tapi dengan AirAsia dan flight dia delay. So makcik aku datang ambik sekali harung la dengan aku.. Kol 12.30 tgh malam baru sampai rumah. Tu dia, terus aku menuju ke dapur. Hambik ko, tengah malam buta aku belasah nasi.. hahaha.. memang CHEAT DAY kaw2 la ni. Bila perot dah kenyang, mula la susah nak tido. So layan astro dulu till 2 am. then... kroh.. kroh..hahaha

Seawal pagi aku dah bangun. Hari ni public holiday. Maulidur Rasul. Kebetulan, mak cik aku, Acik buat moklot (panggilan among kelantanese bila buat sambutan maulidur rasul). So lepas breakfast, aku terus ke rumah dia (belakang rumah aku jer) untuk bantu apa yang patut. Kali ni Mami jadi ketua chef. Aku and Amal in charge goreng ayam.. nyum! nyum!

h e a v e n

beria nak tiup bila aku cakap api nak padam. Fuh! Fuh!

Perghh!! sempoi giler... siap silang kaki sambil minom teh'o.. 

Majlis bermula selepas Isyak. Tapi sebelum maghrib aku kena gi airport KB, fetch my bro. Flight delay plak. So ngam2, sampai rumah, majlis baru nak bermula. Ramai gak jemputan malam tu. Makanan x yah citer la, semua pakat puji.. hehehe.. Selepas majlis, aku gi rumah mentua abang aku jap, melawat anak buah aku yang selamat di sunat kan.. hehe.. dah besau dah anak buah Cik Su...




with Ammar & Syahmi

25 Dec, Merry Christmas!! ho..ho..ho.. Pagi2 dah ke KB. Balik tu singgah jap kat pasar pagi kat Wakaf Bharu. beli macam2 makanan.. aduh laa.. dah naik kejung perot aku. Petang tu pulak ke Pantai Geting, pekena air nyor n kue teow sup. Perghh!! terbaik laa.. Malam tu pula, mami nak dinner kat PK Corner. Aku dah x larat nak makan.. Mami n Abah siap order Chicken Chop. Malam tu mmg org ramai kat kedai. Sib baik ada meja.. Lepas dinner, lepak kat PCB. Perghh!! Full moon uols. Angin sesepoi bahasa. Heaven sangat...

Air nyor sejibik.. RM4

Menu at PK Corner

Cantik nya bulan.. cam aku.. hahaha

26 Dec, Apa project hari ni? Seawal pagi dah bangun. Pagi menghala ke Rantau Panjang. Breakfast on the way.. Bila sampai kat sana, banyak kedai lom bukak. Ok la tuu.. kalo gi lewat2, confirm sesak dengan manusia kat sini. After 2 hours, aku balik rmh.  Belah petang, aku gi rumah jiran aku, dia buat majlis Aqiqah cucu dia. Makan lagi.. seriusly, sejak balik, kerja aku makan / minom air manis. Makan nasi tu x der la byk sangat tapi minom air sejuk/manis memang banyak. Dan akhirnya malam tu aku x leh tido. Cirit.. demam urat. Kesian I tau.. Memang sah la aku dah tua bila kena demam urat ni. Menyucuk-nyucuk uols.. 

Fav. spot utk possing, dinding rumah nenek aku...

The next day, seharian aku duk terperap dalam bilik. Tido, bangun, mandi, solat.. makan pun cam x selera. Sampai naik risau mami bila tengok aku. Asal nya malas nak ke klinik. Tapi cam x tahan jer. Yang kelakar, cousin aku. Amal pun demam urat cam aku jugak. So malam tu both of us gi klinik Amalin kat Chabang 4 tu. ubat bersepah, kena injection lagi.. sakit whoa.. huhuhu


Bersepah ubat

28 Dec, hari aku apply cuti rehat, tapi memandangkan semalam doktor bagi MC, so MC la aku hari ni. Gastrik still ada.. cuma dah berkurangan sket. Dan hari ni last day kat kampung, huhuhu... malas nya nak balik Putrajaya. Pagi tu sempat temankan mami n abah ke bandar KB. Beli barang sket.. Flight aku petang. so ada la masa lepak2 kat rumah kan. Tetiba dapat sms, katanya delay plak 40 minit. so dari 7.50 mlm, take off 8.45 malam. Almost 1 hour delay. 

Hari ni masuk office, lemau jer.. huhuhu.. tunggu CNY plak baru balik.. 


Monday 21 December 2015

Super Friends at Super Heroes

Assalamualaikum w.b.t!

This is our 1st time gathering at KL. Al-maklum lah, 5 jelitawan menetap di Kelantan. Hanya 2 diva sahaja yang duk tersangkut kat KL & Putrajaya. Kenapa gathering kat sini? Biasa la uols.. musim cuti sekolah. Masing2 bawa family jenjalan kat Kalalupo (ayat femes among Kelantanesse). Tapi yang paling penting, Ima ada big event. Tu yang penting.. hehe..event apa? Yang tu kena tanya Ima . Kami berempat sahaja hari tu --> Aku, Ima, Lien & Mc. Sue

So, on 19th December, we decided to meet at Sunway Putra Mall. Aku ambik Lien kat The Mines, and Sue ambik Ima. Long weekend, gomen gaji plak tu.. cuti skolah.. what a good combination. JENG uols!! Sib baik la aku ni penyabar.. hahaha.. Even nak cari parking kat basement Sunway Putra Mall tu, hampir 30 minit tau. Tapi segala kepenatan dan ke"stress"an hilang bila dapat jumpa kawan2..

We choose to lepaking at SuperHeroes Cafe. Bare ni x dok di klate weh!! hehehe.. Makanan x der la sedap sangat. Harga pun agak mahal. Tapi sekali sekala apa salahnya kan. Nak ber huha dengan besties sesambil selfie x hingat dunia kaaaaannn..



Perot kenyang suka hati.. hahaha..dah tambah kalori kan, jom kite window shopping plak sambil burn balik overload calories tuu.. Iols x der la nak shopping pun. Yang penting dapat posing x hingat dunia. hehehe...





Dengan besties jer leh wat cam ni.. kalo dgn yang lain, harus mak di katakan lesbo.. hahaha..

Aku masuk Kaison selalunya bawa bakul jer.. tapi geng ni hebat. Siap tolak troli barang. 


  sayang uols ketat2!!

Wednesday 16 December 2015

Run Megna... Run...

Assalamualaikum w.b.t!!

As you all know, tahun 2015 ni adalah tahun aku yang paling aktif. Berpunca dari penurunan berat badan 20kg, I felt more lighter, more healthier and more confident. Cam ner nak turun 20kg? Buat jer diet Atkins + exercise. Anyway, kali ni aku nak share my new addiction, my new hobby. Dulu memang tak tercapai di fikiran ku nak involve dengan benda cam ni.. Bermula as my normal routine in weight loss, now dah rasa cam x leh tinggal jer xtvt ni.. It's all about my RUNNING!! Pada asalnya, aku jogging sambil lenggang mak limah jer.. pas tu inspired dengan my friends  Nieza yang aktif dengan larian. So aku mula la terjebak dengan acara larian. Bermula dengan Fun Run 3km, and now aku join larian 12km. Insyallah, 2016 akan datang, aku aim for Half Marathon.

9 Mei 2015 : 9To5 Run (5km)

10 Mei : Malaysian Breakfast Day 2015 (5km)

31 Mei : Fan Ran Team Malaysia (10km)

16 Ogos : Run With Us (12km)

5 Sept : MAKSAK 2015 (10km)

17 Oct : Statsrun 2015 (10km)

14 Nov : EE Run 2015 (10km)

Dari 9 event, aku berjaya join 7 jer. Another 2, HRDF tu batal terus due to haze (burn duit aku RM60). Yang satu lagi Penang Bridge International Marathon aku x join sebab celebrate anniversary my parents. For 2016, aku aim 10 larian dan akan cuba for Half Marathon. Mana la tau tahun depan aku dah dapat my ideal weight kan.. kan.. kan...

Oh ya.. kalo korang nak tengok up coming larian, dan x tau nak join cam ner, korang boleh layari web ni : Hooha / myraceonline / themarathonshop
Happy Running uols. Kalo terserempak dengan iols, just say hi ok..

BYE!!

Thursday 10 December 2015

Roaring at Singapore

Assalamualaikum w.b.t!!

Last weekend, me & my familia buat ler program cuti sekolah. Al-maklum la, dalam group besar kami ni, ramai yang terlibat dalam bidang persekolahan. Ada murid-murid, ada pelajar, ada cikgu cikgi malah cikgu pencen pun ada juga. Kalo ikotkan selera aku yang ntah apa-apa ni, memang cuba dielakkan ler bercuti time cam ni. Apa-apa pun aku hanya menurut keputusaan jemaah menteri J.I.G (nama group iols). 2 keta dari Kelantan, they all road trip sampai ke Tengganu, Pahang and Johor. Another 2 cars from Putrajaya dan akan jumpa di JB. Untuk penginapan di JB, aku sewa homestay member aku, dan untuk transportation ke Singapore, aku guna khidmat my other member. Kenapa x guna keta sendiri masuk Singapore? Well.. malas nak pikir. Lagi pun ahli jemaah 19 orang. Mau nya sesat dalam Singapore.. rugi masa whoa.. hehehe...

5 Disember 2015 (Sabtu)
Hari ni trip ke Universal Studio sahaja.. dan yang join pun geng2 muda dan yang berjiwa muda. Geng otai ronda JB jer hari ni. Untuk ke USS, my cousin ambik pakej dengan Rajawali Travel. RM215 includes transportation from JB. Selain tu, dapat voucher makanan $5 dollar & shopping $5 dollar. Ok latu sebab tukar duit pun $1 = RM3. Jam 7.15 pagi iols seramai 8 orang berkumpul di depan Tune Hotel. Dalam 7.40 pagi iols bergerak ke Singapore.


Masa nak masuk tu ada isu sket. Geng2 iols kena tahan dengan kawanan yang menjaga entrance sebab dalam beg pack kami banyak makanan. Tu dia.. x leh wat bawa masuk. Actually boleh bawa as long as uols pandai sorok. Jangan bawa beg pack sekolah tu.. bawa yang cute jer.. tapi isi bagi penuh. Air boleh bawa masuk. makanan jer jadi isu sket. Then toilet kat sini mmg x der air. So standby botol kecil satu yer...






Cuaca panas terik sampai rasa melekit. Perghh!! panas ada makna tuu.. Hujan uols. Hujan!!! Tengok kat langit cam lambat nak reda tuu.. Masa hujan lebat iols stuck kat Far Far Away. Rugi.. rugi.. sebab kat situ cantik sangat untuk posing2.. Hampir 10 minit menunggu hujan reda.. tapi rasa cam hampa jer. Nak tak nak terpaksa beli rain coat bodo tu. $3 satu. Means RM12.. apa kan daya. Terpaksa cut bajet untuk beli freezer magnet. 



Maaf ler to those yang duk fenfeeling nak freezer magnet from USS. Satu jer dah RM25. Kopak mak.. kopak... hehehe... Conclusion nya aku kena repeat lagi ke USS ni sebab hujan kan. Separuh jer sempat ambik gambar. Dan di sebabkan hujan juga, parade x der petang tu.. huhuhu...

6 Disember (Ahad)
2nd trip ke Singapore. Seawal 7.45 pagi member aku dah tunggu depan homestay. Untuk ke sana, kami menggunkan 2 starex. Sharp kol 8  pagi kami gerak. Kali ni x der masalah nak bawa bekal/makanan banyak2 sebab naik kenderaan sendiri kan.. hehe.. So the whole day iols pusing2 pulau Singapura. Banyak tempat menarik tapi.. masalah yang sama datang balik. Time Zohor, hujan... Hujan lagi. Then banyak plak jalan tutup on that day sebab ada running event sekitar bandar. Huk aloh!! Nampak sangat nak suh aku datang lagi kan... hehehe






Assalamualaikum

Eh? Eh? ada rupanya Cik Bulatz. Lama nau aku tak update entry. Last rasa nya bulan April. Kenapa? banyak sangat masalah negara katanya... hehehe.. anyway, 

I'm back!!

Tapi ada yang cakap aku dah x leh guna istilah CIK BULATZ dah.. katanya aku dah makin "kecut".. Choi!!! bukan kecut laa.. mengecil jer.. hikhikhik..
Apa-apa pun, it's good to be back. Nanti aku update mana2 entry yang berpatutan yer...

Bye Uols!!

Friday 3 April 2015

My Atkins Journey

Assalamualaikum w.b.t!!

Actually segan aku nak cite. Bukan apa, rasa cam tak perlu nak share benda-benda cam ni. Since ramai kawan2 suh share tips, so aku cite ler serba sedikit. Tak der niat apa2 pun tau. Just sharing my experience with ATKINS.

Apa tu atkins? Korang google la kalo nak details. For me, it's a diet plan with NO CARBOHYDRATE. Bukan langsung x leh makan, cuma had kan 20g untuk sehari. Dan dalam atkins ni ada 4 fasa. Aku ni x der la expert sangat. So kalo korang nak maklumat tambahan boleh like page  Kelab Diet Atkins . Aku tak follow sangat fasa yg ada dalam diet program ni. Just buat DA (induction) untuk 2 minggu (step pertama dalam atkins). Tapi aku buat DA ni lebih dari sebulan. Malas nak kira karbo. So for everyday menu, aku just buat menu yang aku boleh & suka makan.

For me, sapa2 yang nak buat atkins ni kena ada 2 SYARAT UTAMA (Tak der 2 benda ni, korang memang confirm x leh follow) :
GIGIH!!! 
Haa.. kalo setakat hangat-hangat taik ayam, memang x jadi. 

FOLLOW THE MENU
Bagi siapa yang x biasa meratah lauk pauk, memang susah ler. Bagi aku, benda ni sangat mudah sebab aku suka AYAM!! Heaven kalo dapat makan ayam.. hehehe... 

Basic things like nasi, roti, gula memang TAK BOLEH MAKAN. Dan korang perlu minom air kosong 3 liter atau lebih. MESTI, HARUS, WAJIB!!! Makanan yang paling femes among atkiners:

Telur
Ayam
Cauliflower
Cheese

Heaven kan tengok makanan diet atkin.. Sebab tu la aku boleh follow diet ni. Ok, now let me share apa yang aku selalu makan sepanjang diet atkins ni:

PAGI
♥ Sebelum turun ke pejabat, aku minom segelas air kosong + apple cider vinegar (200ml)
♥ Bila sampai office, minom teh hijau atau D'lite tea (cosway) dalam 300ml
♥ Selalunya, pagi aku akan makan telur. Samada scramble egg, egg rolls. Kalo x sempat nak masak, aku buat telur rebus 2 biji. Untuk telur ni, kalo lama2 sure rasa muak kan. So aku selalu letak cheese or Kewpie Mayo (Lulus atkins).
♥ Untuk sepanjang pagi aku akan minom 1 liters (air kosong) + 500ml (yang aku minom awal pagi tadi tuu)


Make sure uols beli yang warna merah yer. Sebab yang ni sahaja paling low carbo.

LUNCH
♥ Tapau makanan kat cafe. Selalunya aku beli ayam goreng 2 ketul with some mix veggies.
♥ Air kosong 1 liter sampai ler aku balik 4.30 petang.

DINNER
Untuk dinner, aku ada banyak selection sebab ada banyak masa kan. Antara menu yang aku selalu buat:
♥ Sup Ayam (only salt & original spice. jgn guna ajinomoto or other serbuk perasa jer)
♥ Eggs Fritata. Resipi kat sini yer --> fritata
♥ Eggs Muffin --> resipi
♥ Ayam Bakar
♥ Air kosong 1.5 liters
♥ Sebelum tido, air kosong + Apple cider vinegar (200ml)
Total air : 4.2 liters

Aku suka ayam.. that's why menu aku semuanya basic ayam. Kalo korang x suka, boleh la guna ikan, udang.. sotong carbo tinggi sket. So sekali sekala boleh laa..Jangan tak tau, ayam KFC boleh makan yer.. cuma kena buangkan kulit nya tu. Hahaha.. best kan?? Untuk 2 minggu pertama, uols manage to loose 5KG or more. Tapi dalam tempoh 2 minggu tu agak azab ler. Masuk hari ke-3 induction, aku dah start mual, loya & nak muntah. Symptom macam org mengandung plak. Peringkat ni nama nya ketosis. 

TANDA - TANDA KETOSIS
  • Nafas berbau 
  • Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
  • Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari)
  • Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
  • Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
  • Selera makan berkurang
  • Mulut kering (lebihkan minum air)
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
  • Sembelit (boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh org kampung)

jika ada SALAH SATU tanda2 diatas, bermakna anda berjaya mendapat ketosis..bermaksud penurunan berat akan berlaku.

Ada orang kata diet ni x elok. Well.. masing2 punya pendapat la kan. For me, basically atkins bukan la diet yang seimbang. Dan aku buat pun, bukannya 100% focus.. Hanya untuk sebulan pertama sahaja. Bila masuk bulan ke-2, ada dah start cheat (istilah yg dugunakan among atkiners bila ambik carbo lebih dari biasa). Tapi bila dah turun 10KG, automatik korang rasa x nak makan sangat. And for me, bila cheat day, x der la melantak nasi bagai. Selalunya aku cheat bila makan popcorn, subway sandwich, or sometimes craving for mocha or latte... Aku hanya ambik nasi bila balik kampung jer. Tu pun sekali sehari jer laa..

Untuk rutin harian setelah turun 10KG, weekdays aku akan buat menu atkins. On weekend, either Saturday or Sunday, aku akan pilih satu hari untuk cheat. Tapi sekarang ni, memang jarang ler aku minom air manis. Dah terbiasa minom air kosong & teh hijau. huhuhu... Kadang-kadang officemate bw kek ker.. atau bekal yang nampak sedap. Aku akan rasa secubit sahaja. Nak hilangkan rasa terliur tuu..

Satu lagi, ada orang kata atkins ni diet orang kaya. itu aku x nafikan sebab bahan-bahan untuk buat makanan atkin agak mahal. Sos pun pakai yang Nandos jer.. yang lain x lulus katanya. Telur 30 biji bertahan untuk 2 minggu. Perghh!! terasa sado jer.. hahaha... tu tak termasuk lagi bila beli cheese.. Kalo Parmesan cheese, sepekat dalam RM13 -RM20 ringgit. So, nak jimat aku beli kepingan cheddar cheese jer laa... huhuhu..

So, dari 1 Jan 2015 till now (April), nampak ler hasil nya. Banyak baju kurung aku dah x leh pakai. Size sluar pun dari 36 dah bertukar ker size 32 (tapi cutting lelaki laa). Alhamdulillah!! bukan riak ke apa.. cuma x pernah dalam hidup aku pakai sluar size tuu.. Insyallah... aku akan cuba kurangkan lagi another 10KG.  sedikit gambar untuk di kongsi bersama. Mana la tau kot2 korang semangat jugak kann.. hehehe.. :





FYI, seumur hidup, aku x pernah ambik gambar dalam posisi straight cam ni kecuali time ambik gambar passport. Kerana ATKINS, sekarang aku mampu... 

I  Atkins

So jangan lupa join Kelab Atkins Malaysia 
Banyak info kat situ.
Don't forget to drink plain water. Kalo lapar jer, minom air tau...
And one more thing...
EXERCISE!!

Selamat mencuba yer kawan-kawan!!