Tuesday 24 September 2013

28th : Grown Ups 2


Title : Grown Ups 2
Duration : 101 minutes
Director : Dennis Dugan
Distributed by : Columbia Pictures
Cast : 
Adam Sandler as Lenny Fader
Kevin James as Eric Lamonsoff
Chris Rock as Kurt Mckenzie
David Spade as Marcus Higgins

It's about :
After moving his family back to his hometown to be with his friends and their kids, Lenny (Adam Sandler) finds out that between old bullies, new bullies, schizo bus drivers, drunk cops on skis and 400 costumed party crashers sometimes crazy follows you.


My review :
Cite ni sequel dari filem sebelumnya, Grown Ups. Tapi aku x follow pun. Cite ni aku gi tengok dengan Yayah. Since x tau nak tengok cite apa kaann (paranoid dgn cite Paranoia smlm), I choose movie that played by familiar faces such as Adam Sandler & Chris Rock. AKu x tahu apa yan berlaku dalam the 1st sequel.. Tapi cite ni memang penuh dgn gelak ketawa... memang lawak walaupun jalan citer nya sangat simple. Tapi banyak lawak yang berunsur 18sx.. cam x sesuai pulak bila diberi PG13 tu kannn...

My score : 3*

~ e.n.d ~


27th : Paranoia


Title : Paranoia
Duration : 115 minutes
Director : Robert Luketic
Cast : 
Liam Hemsworth as Adam Cassidy
Garry Oldman as Nicholas Wyatt
Harrison Ford as Jock Goddark

It's about :
An entry-level employee at a powerful corporation find himself occupying a corner office, but a dangerous price : he must spy on his boss's old mentor to secure for him a multi-billion dollar advantage

My review:
Omaigosh!!! sangat membosan kan.... Sib baik ada Liam Hemsworth jer... other than that.. BORING!! Jalan cite ntah apa2... aku siap berwechat dalam cinema... nak blah terus pun x sampai hati sebab orang belanja kan.. Asalnya nak tengok Riddick... tapi full house. So tengok la mana-mana available show kann... so ini lah hasil nya!!

My score : 2* jer...

~ e.n.d~

Thursday 19 September 2013

It's Makassar... not Madagascar (Part 2)

....jom sambung cite

8 September 2013 (Ahad)
Hari ke-3 di Makassar. Peristiwa naik "roller coaster" masih segar dalam ingatan. So, untuk aktiviti hari ni, awal2 lagi kami tanya kat supir tu, kalo jalan x elok, kami x nak pi la kat Bantimurung tuu.. Sib baik perjalanan ke sana smooth gitew dan mengambil masa 1jam 30 minit dari bandar Makassar. 



Like i said in part 1. Makassar ni besar.. tempat menariknya semua jauh-jauh. Yang dekat2 ni lebih kepada tempat rekreasi. So, redah jer... Taman Nasional Bantimurung ni lebih kepada tempat riadah. Ada waterfall, ada taman rama-rama, ada gua, tempat hiking... Sebelum masuk ke tempat tu, kami di sambut oleh kongkang besau... hahaha... king kong laaa!!

Tq Ema for this paparazi capture... hahaha..


Tu dia.. semua dah jadi spesis yang sama. Hahaha.. Aku memang suka pic ni.. Kelakau abis. Tengah panas terik pun jadi la kannn.... Lepas snap shot di bawah kangkang kingkong tu, kami trus masuk ke kawasan parking. Time sampai tu, orang agak ramai. Maklum jer laa.. Sunday!! Ramai yang berhujung minggu kan. Macam2 jenis manusia yang ada... And yes... outfit mereka menjadi perhatian kami...


Sebelum masuk ke dalam tu, beli sedikit bekalan laa.. Jagung bakar ni bukan setakat manis, boleh request nak pedas tau.. 3 tongkol Rp10,000. Murah giler!! Sekitar parking pula, bersepah gerai2 menjual souvenir. Hot item, rama-rama yang di awet. Pelbagai jenis, pelbagai size. Harga pun pelbagai jugak laa... Aku beli yang dah siap dalam frame. Rp20,000 untuk seekor rama-rama. Udah2 ler cuci mata tuu.. Jom masuk ke dalam. Masuk kena bayar tau. Untuk tourist cam kami ni di kenakan bayaran Rp50,000 (Rm15), local people Rp20,000 (Rm6). Sib baik supir tolong belikan kan tiket. So kami dapat harga local people laa.. lagi pun muka Malaysia lebih kurang sama dengan muka Indon kann.. hahahaha... kecuali Shida!! Sah2 muka Pakistan. So masa nak masuk tu, dia duk tengah2 agar penjaga tiket x nampak. Sapa yang pegang tiket? of coz la Ema.. sebab tahap keserasian dgn Indon sangat tinggi berbanding dgn kami... ANGLE kaaannn... 







Cer uols tengok pic di atas... aduh!! aku rasa cam nak tarik jer sluo dia.. pocket kat peha tuu... dah la kaki tu kecik. Lengan aku kat kaki dia ok (sama size). Memang agak kelakar tengok cara orang di sini ber fesyen.. mungkin trend kat sana kot.. who am i to judge kan... hanya mampu tergelak sakan dengan shida laa.. hehehe...

Dalam kol 11.30 pagi, kami kuar dari kawasan Bantimurung. Dah x mo singgah mana2. Nak balik terus ke bandar. Masa sampai ke bandar, kami singgah di Fort Rotterdam (pinggir town). Actually tempat ni asalnya kubu/benteng. Dekat dengan laut... Tapi kami x masuk pun. Kena bayar uols. Berapa tu kami x tau sebab x masuk dekat pun. Just Taking pictures outside jer. Walapun pun panas terik... tetap possing. Cukup lighting ok!!




Selepas penat berposing sakan di tengah panas mentari, mula la perot terasa lapar. Hishh!! perlu diisi. Jap lagi nak gi Trans Studio plak (jap agi aku citer). Berhadapan dengan tempat ni, ada tempat sempoi  jer... ala2 cam club house.. got the best view ever. Apa lagi.. jom cross jalan...


Jangan tanya apa itu Sup Buntut... sebab aku tak tahu. Apa yang aku tau, nak makan bakso jer kan.. hehehe.. Kat sini ala2 food court. Banyak selection from local to western food. Tapi harga agak mahal laa.. cam bakso yangg aku order tu Rp25,000. Kalo kat kedai biasa dalam Rp15,000 - Rp20,000 jer. Tapi x per.. sebab view nya sangat gojes ok!!


Dari meja kami, we can see the port.. ada jugak jetty yang menghubungkan penduduk di pulau yang berhampiran. Agak sempoi la lepak kat sini (dah cam rupa Kelab Tasik Putrajaya). Even local people yg duk makan kat sini pun, leh nampak ler macam org ada duit. Lepas jer makan, kami terus ke Trans Studio. Trans Studio ni product Indonesia dan hanya terdapat di Bandung dan Makassar sahaja. Alaaa.. cam Universal studio tu laaa.. Alang2 dah sampai, baik masuk kann... Dari hotel ke Trans Studio mengambil masa 20 minit. Tak jauh pun...


Dah Sampai!! Rupa-rupanya Trans Studio ni terletak dalam shopping mall.. Aku tak tau nama shopping mall ni. Yang aku nampak hanya tulisan Carrefour jer... Kalo kat Malaysia ni, cam ala2 Pavillion but much bigger. Tempat yang di tuju agak ke belakang sket.. at ground floor. Harga tiket untuk hari minggu Rp175,000 (RM54) Agak mahal kan.. tapi dah sampai, so masuk jer laa.. Kalo weekdays harah murah sket. Kalo tak silap dalam Rp150,000 (RM45).



Mungkin disebabkan harga nya agak mahal... memang hambar rasa nya bila masuk kat main entrance tuu... Cam kosong jer kan... Tapi bagus gak kalo orang tak ramai.. x der la nak bersesak dengan local people kann.... here's some pictures to share...




Pic kat atas tu, masa kami masuk rumah cermin. Ada cerita menarik di sini. Untuk masuk ke dalam rumah cermin ni, tips dia jalan kena pegang dinding (cemin). Kenapa? sebab semua nampak sama kat dalam tuu... so kami suh Aidil duk depan. Masa masuk ke dalam, ada la anak ikan indon (staff) follow kami... Borak punya borak, si Aidil sempat menipu kata kami ni anak Menteri dari Malaysia. Kebetulan pada masa tu ada kumpulan VVIP dari Malaysia datang ke Makassar. Aku siap cakap "Bapak nya ke kantor.. berdiskusi bersama Gabenor. Anak2 bersuka ria di sini"... Haaaa.. hambik ko, staff tu escort kami sampai ler kami berjaya kuar dari rumah kaca tuu... Eh!! terasa VVIP plak... hahahaha...


Game yang kat belakang tu, aku & shida tak naik. Takot basah baju la uols.. Aidil, Wan, Ayu & Ema gigih beratur. Kalo aku naik, sure big splash la weh... muatan berat kan... hehehe...



Cantik tak pic ni? Captured by cowok walkie talkie yang hensem.. hehehe..

Ada banyak games dalam tempat ni.. tapi aku x naik semua la.. Mak dah tuo noks!! yang pusing2 ni.. confirm muntah kalo naik. Aku hanya naik roller coaster & merry go-round jer. Selebihnya posing sana sini.. Tapi sempat gak masuk rumah kace, rumah hantu & layan 4D movie. Ok la kaann... Setelah penat, kami lepak kat ruang legar paling besar kat Trans Studio tuu.. Tetiba cam nampak cam ramai orang berkumpul. Ingatkan pengunjung yang datang... rupa-rupanya staff Trans Studio wat persembahan percuma kat tengah tuu.. apa lagi.menari la depa.. kiri kanan depan belakang... Hishh!! banyak plak cowok hensem kaann.. Tapi paling hensem adalah mamat yang bawa walkie talkie tuu... (kan Shida...) Lebih 3 jam kami kat dalam Trans Studio. Oh ya.. lupa nak bagi tau.. sepanjang kami duk bersuka ria kat dalam tu, supir setia menanti kat parking. Dalam kol 7 malam sampai ke hotel. Naik letak barang jap.. then trus cari makan...

9 September 2013 (Isnin)
Last day at Makassar. Dan aku... seawal pagi dah x sporting. Aachummm!! Selsema la pulak. Sampaikan aku terpaksa beli tisu sebagai bekalan nak balik ke Malaysia nanti (perghh.. terasa seperti di perantauan plak). Misi selepas bekpes pagi tu adalah menghabiskan sisa-sisa rupiah dan cari kotak. Aku & Shida check in beg for 20kg. Tapi masing2 bawa bagpack jer... Rugi la kan. Sebelum kuar, jumpa Ida kejap. Since check out kol 1pm, aku request di panjangkan ke kol 2pm. And she said yes.. terbaik laaa...

Haa... yang baju merah tu adalah "kepala bapak" kumpulan kami.. terasa selamat di bawah seliaan dia (laris bangat!!... hahaha)

Dalam kol 2 petang kami berkumpul di lobi hotel. Janji dgn supir kol 3 petang. Saja nak lepak kat lobi sambil kire hutang piutang dengan kengkawan. Untuk sewa Toyota Innova dari hotel ke airport, bayaran dikenakan sebanyak Rp150,000 (RM45). Flight kami kol 5.40 petang. Tapi kol 3.15 petang kami dah sampai kat airport. Baik gi awal sebab nak check in bag lagi kan... Masa nak masuk ke aiport, aku tengok orang ramai x leh masuk sampai ke dalam. Hanya boleh berada di luar kaki lima jer.. no wonder la bila masuk kat dalam tu.. orang x ramai sangat. Oh ya, tax yang perlu dibayar Rp100,000 seorang. Pembayaran dibuat semasa check in di kaunter airasia. So, kalo korang x check in luggage pun, tetap kena gi kaunter flight masing2 ok..


Setelah selesai semua urusan di kaunter, tengok jam.. masih awal. Baru kol 4 petang. Apa nak buat ni.. Kat situ nampak cam boring kan. Last2 Aidil ajak naik ke atas (Departure Hall). Bila naik jer kat atas... Tu diaaa... Menarik rupanya hall kat atas tuu... Aku ingatkan sunyi sepi jer.. hehehe.. Bagi aku, airport ni sangat menarik.. dan nampak bersih compare to airport di Bandung. Bila tengok tempat cantik, mula la tangan gatai nak kuarkan kamera. Tapi bila teringat peristiwa kena sergah oleh staff airport masa mula2 sampai dulu, terus terbantut selera. Fobia uols... Tapi bila tengok org sekeliling selamba badak jer ambik gambar.. kami pun nak join jugak laa.. hehehe...



Flight petang tu penuh. Penerbangan mengambil masa selama 3 jam 15 minit. Masa masuk dalam flight tu, masing sibuk nak order makanan kan.. kebuluq weh.. Dan yang sedihnya, makanan sampai ke tempat kami setelah 2 jam berada diudara. GILER!! dan yang tinggal hanya maggi in cup and vegetarian Beriani.. Aduh laa.. tu pun tinggal the last one. So kongsi ler 3 orang makan (aku, Shida & Ema). sedih kan!! So, moral of the story, kalo flight more than 2 hours, please pre-order meal ok.. Dalam kol 9 malam, kami selamat sampai di LCCT. Masing2 kepenatan dan kelaparan. Sebelum balik, aku tapau Mc'D.. hambek ko!!!

Kesimpulannya 
  • Next time kalo nak gi, sila bermalam di Tanjung Bira. Nanti nyesal x sudah cam kami ni.. 
  • Universal adaptor, sila bawa yang 2 pin yer..
  • Duit shopping x yah bawa banyak sangat sebab x banyak benda menarik. Setakat t-shirt, freezer magnet tu ada laaa.. 


Perbelanjaan untuk 4D3N (setelah di bahagi 6 orang)
Flight ticket :RM190
Hotel : RM180
Transport : RM70
Bayaran masuk (Trans Studio, Bantimurung, Takapala) : RM60
Airport tax : RM30
Total : RM530
(Duit makan, shopping tu... rahsia ok!! hahahaha)

So, sapa2 nak gi Makassar, silakann.... feel it by your own sense gitew!!

~ E . N . D ~

Thursday 12 September 2013

It's Makassar... not Madagascar (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t!!

Perghhh!!...
Lama aku tak menjengah kat sini. Busy dengan kehidupan seharian... (bz la sangat!!). Ok, entry kali ni aku nak update about my recently visit to Makassar. Still jet-leg katanya... hahaha... Actually, tiket ni aku beli bulan Disember tahun lepas with AirAsia. Rasa nya laluan ke Makassar hanya disediakan oleh AirAsia (MAS blom ada flight ke sana) dan ianya baru beroperasi dalam 2 tahun. Dengan tiket RM195, aku ke sana bersama 8 lagi fellowship...

Sebelum ke sana, aku ditugaskan untuk mencari hotel, Aidil ditugaskan untuk mencari transport dan place of interest di sana dan Shida jadi budak ticketing. Aku search via AGODA. Since ianya terletak di kepulauan Sulawesi, so of course la aku nak hotel yang berhampiran dengan laut kan... Pilih punya pilih, our choice --> Losari Beach Hotel ( click sini for more info http://www.losarihotels.co.id/lb.html ) Kalo melalui AGODA, rate for 1 night RM150. But, when I email directly to hotel management, they give us rate Rp440,000 (RM130) per night. So, aku terus book. And yes, staff hotel kat sana sangat peramah. 



6 September 2013 (Jumaat)
Hampir 10 bulan menanti... akhirnya hari yang di tunggu tiba jua. Tapi malang nya, dari 9 fellowship tinggal 6 jer yang available for this trip. And Shida almost cannot make it on this trip due to stomach problem. Fellowship kami terdiri dari Aidil, Wan, Ayu, Ema, Shida and me. Kol 10 kami berkumpul di ERL Putrajaya to catch up the train on 10.20 am. Kami ambik pakej (ERL & Bus) ke Salak Tinggi then by bus to LCCT dengan harga RM5.20 (murah kan). Dalam jam 11.30 pagi kami dah sampai ke sana. Sambil tunggu Ayu, perot perlu diisi memandangkan flight ke sana akan mengambil masa selama 3 jam. Agk kecewa bila seat aku tercampak jauh ke belakang (24D). Yang lain2 tu semua kat depan... Sib baik aku bawa novel. Kalo tak, memang bosan giler.. dah la flight 3 jam 15 minit, kat sebelah plak couple Arab..

Touch down dalam 5.30 petang. A lil'bit excited sebab this is my 1st trip with buddies kaann... Oh ya, kat sini time zone sama dengan Malaysia. Cuma kol 6 petang tu dah sunset laaaa.. (macam kat Kota Kinabalu gitew). Aku nak share pengalaman sket kat Balai Ketibaan di Sultan Hasanuddin Airport. Biasa la kan. Bila sampai kat tempat baru ni, Turun jer flight terus nak capture the moment kan... So, sambil2 tunggu que yang panjang untuk cop passport dgn imigresen Indon ni, maka aku dgn Shida mula la duk snap sana.. snap sini... Mula2 tu ada sorang ni tegur kata x leh ambik gambar. Heran gak aku... kenapa x leh plak.. Kami abaikan jer. Ok sambung ambik gambar...


Haaa.. lepas jer snap pic di atas, maka secara tetiba bergegau hall yang kecik tu... Tu dia!! Punya la kuat sorang mamat ni jerit kat kami.. Hoi!! (terkejut mak tau).. Pas tu dia membebel dalam bahasa ibunda dia... GILER!! punya la tak peramah.. garang giler!! Lepas tu kami cam fobia seketika untuk ambik gambar. Awal2 lagi dah bagi bad impression masyarakat kat sini.. Aidil kata sini ramai orang Bugis. That's why level kegarangan mereka agak tinggi (maslah keturunan kot). Tapi bila kami passing thru kastam, eh.. elok plak peramah...hhmmm... entah ler...

Bila kuar dari arriving hall tu, tu dia... ramai nya manusia duk tunggu kat luar... sederet kaunter tiket teksi kat luar.. semua duk terjerit-jerit suh guna perkhidmatan mereka. Yang ulat tiket pun ramai gak duk panggil dari luar pagar.. To play safe, kami ambik khidmat teksi yang berdaftar. Don''t worry!! They have standardized price.. Siap ada resit lagi. So x leh nak bargain laa.. Untuk Avanza, kami dikenakan bayaran Rp125,000 (RM38) untuk ke hotel. Boleh laaa... Kami check in dalam kol 7 malam... Dan di sambut oleh Ida (she's the one yang duk berbalas emel dgn aku). And yes, she's so friendly... Siap list down kat kami tempat2 yang menarik, sharing some pictures from her phone.. and she willing to help us to get khidmat supir. Actually, pihak hotel ada sediakan khidmat supir gak. Tapi harga sudah ditetapkan oleh managemant. Kalo boleh, kami nak yang lagi murah. So Ida akan mintak kawan dia datang jumpa kami esok pagi. Great!! Dah... jom masuk bilik.. berat weh bag-pack ni!! hehehe.. Mandi dulu... then trus gi makan kat kedai sebelah hotel. Malas nak look around sebab badan penat (macam ler lama sangat dalam flight tu kannn).. 

This Ida. Strongly recommended to stay here.. Bagus bangat!!

Minuman wajib bila ke Indonesia, Teh Botol

Cam biasa, aku suka makan bakso... tapi cam ciput giler dia bagi.. and yes, harga dia agak mahal.. ye laa.. kedai pun dah cam ala2 club house (katanya). Tapi yang best, orang sakit (shida) siap order Nasi ayam lalapan, tapi makan ciput jer.. Aku jugak yang kena tolong abes kann... hahaha.. Kesian dia, sakit perut menyerang balik. In fact dia naik dulu ke bilik, while we all duk lepak2 kat kedai tuu... 

7 September 2013 (Sabtu)
Seawal jam 5 pagi aku dah bangun. Ye laa.. kol 6 dah terang kat sini kan. As always, aku orang pertama yang akan mandi dulu.. Alhamdulillah!! pagi ni, Shida dah ok..sakit perot, sila pergi jauh2 yer... hehehe.. Hotel include breakfast, maka laju jer kami gi makan.. hehehe.. tu dia... menu dah cam makan tengahari.. siap ada nasi lagi... Lepas jer breakfast, lepak kat lobby jap.. ada free wi-fi... apa lagi.. online ler... hehehe


Sambil2 online, sambil2 tunggu supir. Ida maklumkan yang supir akan sampai dalam jam 9 pagi. Tengok jam...hhmm baru kol 8.15 pagi. Apa lagi.. let's cross the road...Apa ada di depan hotel tuu??


Kaann.. dah nama kepulauan sulawesi.. harus la ada pantai... much better dari pantai di Padang. Nak kata 100% bersih tu tak ler.. tapi boleh ler nak duk lepak2 kat tepi tuu... In fact, local people bersepah duk lepak tepi pantai ni.. Dalam kol 9 pagi, supir sampai... ingatkan boleh trus jalan jer.. Rupa-rupanya miss communication plak.. Yang datang bukan supir, tapi bapak supir (Pak Manan). Dia igt kami nak diskus dulu... ayoo!! kami dah ready ni pak... So sambil2 tunggu the real supir sampai, kami diskus harga nya. Plan nak ke Malino hari ni. Katanya tempat itu "dingin, bagus sekali udara nya... pemandangan indah" ... Perghh!! harus la nak pergi walaupun perjalan mengambil masa 2 jam kann... 

There's a few thing that uols need to know about Makassar. Kalo google, x banyak info sangat pasal tempat ni. Paling2 tak, korang akan baca blog dari orang Indon jer.. Untuk bercuti di sini, korang perlu bermalam satu hari jer di bandar Makassar ni. Selebihnya, uols boleh explore pulau or pantai nya yang cantik, kena bermalam di Tanjung Bira.. tapi nak ke sana kena drive dalam 4-5 jam. Sangat sesuai untuk snorkeling.. Perghh!! memang rasa menyesal la kaannn....

Menangis aku tengok pic ni...huhuhu...

So, kalo uols nak gi.. sila bermalam di Tanjung Bira yer.. nanti nyesal cam kami ni... huhuhu... Kalo nak best lagi.. Kena gi ke Taroja. Tapi yang ni memang jauh ler.. 8 jam perjalanan.. Sort of historical place, with local people.. kat tempat ni, mat salleh ramai yang gi.. Kalo aku, memang x minat sangat laaa.. Ok, kite sambung perjalanan ke Malino yer. Oh ya.. lupa pulak. Hasil perbincangan dengan Pak Manan, kami perlu bayar Rp550,000  sehari. So total untuk 2 hari, Rp1.1 milion (RM335). Kenderaan yang digunakkan ialah Toyota Inova. Kalo ambik khidmat supir hotel, kena bayar Rp600,000 dan hanya menggunakan Avanza jer.. So agak murah la kan...


Dalam kol 10.30 pagi, supir sampai. So kami terus ke Malino. Pada awal perjalanan, semua teruja la kan...Tapi, bila dah start masuk separuh perjalanan.. mula terasa seperti menaiki roller coaster. Mak aih!! Jalan sangat teruk.. lubang sana.. lubang sini.. dah la dalam keadaan mendaki bukit. Otw ke puncak, kami melalui satu tasik/danau yang besar. Di hujung tasik tu ada kilang proses batu yang digunakan untuk membuat jalan... No wonder la jalan teruk giler. Lori duk kuar masuk. Then supir yang bawa kami tu pulak, seems like x pernah ke Malino. Kejap2 dia kol Pak Manan.. seems like he also confuse and lost..tapi bawa keta cam driver F1.. Yang duk belakang skali dah mula kuarkan minyak angin. Apabila sudah melepasi kawasan kilang batu tu, baru la jalan ok... View di sepanjang perjalanan x menarik sangat. Lagi menarik di Bukittinggi, Padang. Tempat yang dituju ialah Air terjun Takapala. Kata nya 2 jam perjalanan.. tup tup, 3 jam kami duk tergolek dalam keta tuu.. perghh!! Rasa cam nak putus jer segala urat sendi ni kann... hehehe.. Tapi, bila sampai, segala sakit2 badan tu hilang bila melihat keindahan ciptaan Allah....




Memang sakan bergambar kat sini.. Oh ya, nak masuk kena bayar dalam Rp3000 seorang. Kawasan persekitaran nya agak confuse sebab air terjun ni di belakang rumah penduduk di sini.. so apa lagi, mula la penduduk sekitar tu buat duit. Jadi travel guide x bertauliah walaupun kami x minta pun.. last2 Ayu kesian. dia bagi Rp20,000 (Rm6) kat pakcik tuu...

Kuar jer dari tempat tu, perot mula berbunyi... laaa dah kol 2 petang rupa nya. Si wan pantang nampak kedai makan..Nak berhenti... lapar katanya!! Last2 kami berhenti di Rumah Makan Pondok Indah. Selection food cam biasa jer.. redah jer laa.. yang penting ada ayam.. hehehe.. 


Aku makan nasi + ayam goreng + sup. Harga Rp25,000. Mintak 3 set tapi nasi tu boleh makan sampai 5 orang. Banyak betul... . Lepas makan kenyang2, tanya la pak supir tu, mana lagi tempat yang menarik. Dia cam blur.. Nak ke kebun teh, baik x yah.. kat Cameron pun ado kann.. Kat Malino ni, femes dengan buah markisar. In fact Ida yg kerja kat hotel tu pun siap kirim dengan aku kannn... So singgah la kejap beli kan.. Beside, aku sendiri x pernah makan buah markisar. Kalo makan pun, yang dah jadi air.. hehehe...


Satu plastik Rp20,000. Tapi kalo beli 3, dia bagi Rp50,000 (Rm15). So aku share dgn Shida. Buah nya cam buah delima tapi agak lembik sket isi di dalam. dan perlu makan bersama biji nya... wahh!!! Agak manis dan sedap.. Kakak yang jual buah tu baik sangat. Siap bagi extra satu plastik untuk di makan dalam keta with some kerepek. Murah rezeki kami... hehehe... Lepas beli buah markisar, kami trus balik. Rasa cam x larat lak.. lagi pun dah dekat kol 4 petang kan. Plan nak tgk sunset kat depan hotel.

Dalam kol 5.30 petang kami sampai di hotel. Actually, aku agak teruja bila masuk kawasan hotel... kenapa?? Sbb bila masuk jer lobi hotel, handphone aku akan bertalu-talu masuk notification FB, message from WhatsApp & WeChat... Naik ke bilik jap.. simpan buah markisar dulu, then trus lepak kat bawah.
Di sebabkan laut tu dekat jer dengan hotel, maka kami still boleh online ler... 


See... dekat kan!! Sambil2 tengok sunset... sambil2 online.. heaven!! Waktu tu memang ramai local people kat situ.. tapi satu pun yang menarik perhatian.. hehehe... 



Bersama cowok laris...

Lepas lepak2 kat depan hotel, kami mula mencari juadah untuk makan malam. Dah x mo la makan kat kedai tepi hotel tuu.. mahal.. ada tax pulak tu. Maka kami menyurusi Jalan Penghibur, sambil2 cuci mata.. sambil2 cari rumah makan. Tup2 si Aidil nampak satu kedai yang agak terpesorok... keadaan nampak bersih jer.. ok jom!!


Warong Ponorogo... aduh! cam pelik plak bunyi nya kaann... F.Y.I, kat sini kalo makan kat rumah makan, keno tulis sendiri yer.. ala2 cam kat Old Town White Coffee.. Masing2 punya selera.. tak sangka plak kat sini ada nasi lalapan. Harus la mak order kann....  Harga jauh lebih murah dari kedai semalam...

And u know what, not bad la masakan dia.. sambal dalam ayam lalapan memang sedap. Perghhh!!! Harga hanya Rp22,000 (Rm7).. Kenyang sunggoh katanya... lepas makan, kami terus nak balik ke hotel. Badan penat, perot kenyang... mula la rasa nak zzzzz... Sebelum sampai ke hotel, aku ternampak pisang epe. Actually semalam aku dah makan kat kedai mahal tu. Rp15,000 (RM4.50). Pisang bakar dan di tabur dgn cheese yang telah di sagat. Memang sedap. Bila tanya kat warung tepi jalan tu, harga hanya Rp8000 (Rm2.50), laju jer aku order... Walaupun perot dah kenyang, aku nak jugak!! hahahaha...


Reminder: orang kat sini tahap gula agak tinggi... semua manis.. dah macam balik kampung aku pulak (Kelantan). So kalo x mahu manis sangat, kena pesan kat mbak yang bungkus pisang epe tu, suh kurangkan air gula yer... kalo tak.. perghh!!! memang manis giler...

~ End part 1 ~