Tuesday 12 August 2014

It's all about TRUST

Assalamualaikum w.b.t!!

Selamat pagi sahabat-sahabat ku. Semoga permulaan hari anda pada hari ini di penuhi dengan aura positif. Dan juga semoga hari pada hari ini lebih baik dari semalam.. Amin!!

Nampak??? Mukadimah aku pagi ni.. But I really mean it ok. Kali ni aku nak cite tentang satu isu yang sangat penting dalam hidup kita.. KEPERCAYAAN!!. It's a basic thing in our life. Tanpa nya, agak sukar untuk kita menjalani kehidupan bersama orang sekeliling. Even dalam rukun negara pun duk cite pasal kepercayaan kan. Aku mudah percaya pada orang sekeliling. Giler tak percaya sebab dah kenal lama kan. But who knows. Jangka hayat pengenalan belum tentu  boleh menjaga kepercayaan yang diberi kan. Sama ada aku yang bodoh atau orang berkenaan yang bodoh. Tapi apa yang berlaku kepada aku dalam tahun 2014, banyak memberi pengajaran.

A few times kepercayaan aku di pijak2 macam sampah. Di pijak oleh manusia yang aku percaya. Sampai hati mereka itew.. Apa yang aku luahkan pada mereka, di jaja kepada orang lain sehingga mencetuskan satu keadaan yang aku sendiri tak suka. Senang cite "mulut lembik". Sedih memang sedih, tapi aku terpaksa terima hakikat ini. I need to back off from these people. Dan dari kejadian seperti ini membuatkan aku susah nak percaya orang sekarang. Always have a precaution in my mind every time I speak to everybody around.

TRUST is like a paper
Once it's CRUMPLED,
It can't BE PERFECT!!


Tapi, aku cuba untuk BERSANGKA BAIK. Abang aku selalu pesan kat aku, suh bersangka baik dengan manusia sekeliling kerana bila kita bersangka buruk, di saat itu juga syaitan berada dekat dengan hati untuk menghasut kita. I'll try!! Semoga Allah hadirkan manusia yang berhati baik dalam hidup aku. Dan juga aku berharap dengan adanya mereka yang berhati baik dalam hidupku, akan membantu aku menjadi yang lebih baik dari semalam. InsyAllah!!

♥♥♥ The End ♥♥♥

No comments:

Post a Comment