Monday 6 August 2012

Supersized!!

Assalamualaikum w.b.t!

Haaa.. di bulan puasa ni, ramai yang duk bercerita tentang juadah berbuka kan. Di sini aku nak share sket la pasal supersized menu. Mungkin nak tarik perhatian pelanggan kot.. so supersized menu ni dicipta.. gitew!! Tapi di bulan puasa ni x elok la membazir kan.. tapi bila dah puasa tuu.. bila perot dah berkeroncong tuu.. people tend to buy anything they want.. nafsu tu!! hehehe.. here's some supersized menu yang ada di Malaysia.

○Super sized Burger



Since kuar kat jalan-jalan cari makan hari tu, makin femes plak Yazid Burger ni. Digalakkan makan secara berjemaah yer...huhuhu...

○ Super sized Mug
Haaa... yang ni aku rasa semua mampu abes kan tanpa was-was kan. Biasala kalo time berbuka tu.. kadang dah lupa sunnah Nabi untuk berbuka dengan kurma.. terus terkam air minuman kan... Nama komersial "Air Buah Gelas Besar".. tapi yang sebetulnya kena guna istilah "JUG"...(kembong perot dengan air jer laaa)

Salah satu menu buffet berbuka di Naan Cafe Ampang Jaya... tu diaa... sedap la pulak tengok tembikai laici yang kemerahan itu....

○ Super sized Karipap
Kalo di Kelantan, karipap ni x main ler untuk juadah berbuka... x sesuai katanya. Tapi di sebelah KL/Selangor ni.. Karipap menjadi salah satu juadah berbuka.. tapi aku tak sure ada  tak orang jual karipap gergasi ni. (sebab pic ni aku google jer... hehehe)



○ Murtabak Raja
Bukan murtabak Raja Azmi mahu pun Raja Ema... apa tah lagi murtabak Raja Kapoor... ini murtabak originally from Kelantan. Murtabak Raja nama diberi disebakan size nya yang agak besar dari murtabak lain dan jugak dikatakan resipinya datang dari dapur Istana Di Raja Kelantan. Housemate aku selalu beli murtabak ni. Bleh simpan 3,4 hari di ruangan sejuk beku... rasanya?? sedap!!



No comments:

Post a Comment