Tuesday 7 August 2012

1001 Fiqh Wanita by Ustazah Asni

Assalamualaikum w.b.t!!

Alhamdulillah, pagi ni aku berkesempatan menghadiri satu ceramah yang dianjurkan oleh salah satu bahagian di KPM. Aku x kenal siapa Ustazah Asni binti Abdul Mansor Al-Hafizah ni... tapi bila tengok muka dia, dengar suara dia.. baru la aku "Ooooo... dia ni ker"... pernah tengok muka dia di TV9. Topik ceramah agak menarik tapi biasa la aku kan.. awal2 lagi mata dah lelap.. rugi betul!! Tapi bila ustazah tu siap sebaris dua ayat dalam Al-Quran... masyallah!! Suaranya lantang.. jelas.. dan lunak sekali.. Terus terang bijik mata aku...


She's just coming back from Umrah. Alhamdulillah! seronok dengar cerita beliau berpuasa di Tanah Suci. Bagaimana oarang di sana berlumba-lumba mengejar pahala di bulan Ramadhan dengan mengamalkan amal ibadat dan jugak bersedekah. Salah satu cerita menarik beliau apabila dekat2 waktu nak berbuka di masjid Nabawi, orang Arab ni siap main baling2 kurma suh makan wat berbuka.. hehehe.. Orang Arab kan kasar sket.. so baling2 tu kira dah tahap baik la tuu... Beliau berkesempatan juga bercerita tentang wanita dan solat terawih. Betapa ruginya seseorang wanita itu jika tidak mengerjakan solat terawih dan tidak semestinya solat terawih itu di lakukan di masjid atau surau sahaja. Boleh jer wat sendiri kat umah.. So tak perlu nak risau pasal anak kan... Yang kelakar nya, siap boleh wat 4 rakaat.. then stop jap... gi makan.. tgk tv.. pas tu sambung balik 4 rakaat & witir. Janji selesai solat sunat terawih tuu.. 

Beliau jugak menceritakan pasal tanggungjawab seorang isteri. Bagaimana seorang isteri tidak boleh cemburu bila si suami mengambil berat terhadap si ibu kerana tanggungjawab itu akan dipikul oleh si suami sampai mati. Malah besar pahala bagi seorang isteri apabila mengingatkan tanggungjawab suami terhadap ibu. So, sayangilah IBU MERTUA anda!! (^_^)

Banyak juga la ilmu yang dapat... dan ilmu yang paling aku ingat bila Beliau cakap bahawa wanita perlu ke masjid untuk tunaikan solat Hari Raya. Sunnah nabi. kalo uzur, duduk jer kat tangga masjid, janji dapat dengar khutbah Aidilfitri. Semoga masjid di kampung aku akan melimpah ruah dengan jemaah yang datang untuk solat hari raya nanti...

No comments:

Post a Comment