Wednesday 1 August 2012

Korang suka cite James Bond tak??


Assalamualaikum w.b.t!!

Masih ingat tak dialog dalam cite Do Re Mi?

Re: Jebon tu apa??
Do: Jebon tu nenek kau....
Re: Eh, bukanlah. Nenek aku bukan Jebon, Cik Embun
Do: Abis atok kau??
Re: Atok aku James Bond

Hahahah... memang kelakar kan.. tapi aku bukan nak cite P.Ramlee.. tapi nak cite pasal filem James Bond (JB) created by Ian Fleming . Lately ni kat HBO asyik duk tayang cite JB jer. Tapi yang old-timers punya laa.. zaman2 Roger Moore gitu.. Kalo time Abah aku turun Putrajaya, sure malam x nak kuar sebab nak layan cite tu.. hehehe...  Tarikan cite ni bukan setakat plot cerita tapi yang penting WATAK James Bond itu sendiri. Agen perisik yang bergaya dan menjadi pujaan wanita gitu. Aku follow cite ni bila Pierce Brosnan bawa watak JB ni. Tapi sebelum itu dah ada 5 jejaka kertu yang bawa watak JB ni. Jom check it out :

♠ Sean Connery
Dia dapat membawa watak JB ni selama 5 kali berturut-turut. Filem pertama JB, Dr. No (1962) dan diikuti oleh From Russia With Love (1963), Goldfinger (1964), Thunderball (1965) dan You Only Live Twice (1967). Then dia break kejap sebab next projek JB dapat kat mamat di bawah ni. Kemudian dalam tahun 1971 Sean Connery take over balik dalam filem Diamonds Are Forever. Aku suka dengar slang dia bercakap. Cam Daffy Duck pun ada jugak...hehehe

Masa ni tengah hot laa (33 tahun)
Sekarang dah tuo laa..
* Sekarang ni, dia dah berumur 82 tahun... Perghh!!

♠ George Lazenby
Yang kesian, sempat berlakon 1 jer filem JB. Mungkin x serasi dengan diri dia kot.. Filem On Her Majesty Secret Service di tayangkan pada tahun 1969.

Masa muda... 30 tahun

Sekarang dah berumur 73 tahun

♠ Roger Moore
Haaa.... dia adalah JB yang sebenar. Kenapa?? sebab he's the only actor who got the part as JB for 7 times in a row. Hebat kan!! Bermula dari filem Live And Let Die (1973), The Man With The Golden Gun (1974), The Spy Who Loved Me (1977), Moonraker (1979), For Your Eyes Only (1981), Octopussy (1983) dan akhir sekali A View To A Kill (1985)

Hands up!! or I'll shoot you!!
Pok cik doh tuo!! (85 Tahun)

♠ Timothy Dalton
Masuk era 80-an, muka Jb pun dah berubah menikut citarasa semasa. Timothy Dalton dapat mempertahankan watak 007 untuk 2 filem sahaja iaitu The Living Daylights (1987) dan License To Kill (1989).
Mahal dagu tuuu...

Saki baki kehenseman masih ada lagi tuu... (68 tahun)
♠ Pierce Brosnan
Aku memang minat dia. Boleh tahan seksinya especially bila dia kerutkan dahi dia tuu.. hehehe...  Dia berjaya membawa watak JB dalam 4 filem iaitu GoldenEye (1995), Tomorrow Never Dies (1997), The World Is Not Enough (1999) dan Die Another Day (2002)

Hensem kan!!

Tetap hensem!!! hehehe  (59 tahun... hampir sebaya dgn my dad)



♠ Danial Craig
The last 007. Muka x hensem mana pun tapi menarik untuk ditatapi gitu... hehehe... aku rasa dia sexy laa..  Mata dia cantik... alahai!! So far dia dah berlakon dalam 2 filem JB iaitu Casino Royale (2006) dan Quantum Of Solace (2008). After that, sepi jap.. dijangkakan dalam tahun ni ada filem baru JB, Skyfall lakonan Danial Craig gak ler.. sama-sama la kita tunggu yer...

Phewitt!!
Coming soon...

No comments:

Post a Comment