Thursday 18 July 2013

Novel : Kampung Girl


Tittle : Kampung Girl
Author : Umi Kalsom
Distribute by : Karya Seni
Pages : 547

Synopsis: 
PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummy nya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu... mummy jangan paksa Ash!"- Ashraf Khairi

"Ain akan kahwin dengan Abang Ash!" - Ainnur
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur berada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?" - Ashraf Khairi

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa... Kerana mulut?? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan'diri Ashraf.

"Ash nak ajak dia beli cincin tunag."- Ashraf Khairi

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan  yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada "rahsia"yang disimpan kemas daripada pengentahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

"And what have you been thinking, doing such thing to me? nak bagi aku nampak macam orang bodoh?"- Ashraf Khairi

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab . Terkantoi Ainnur dalam helahnya.

Kesudahannya... Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkan satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci? 


My review:

Cite ni ok...
X der la menggambarkan Ashraf tu hensem giler ke apa kann...
Banyak moment yang membuatkan aku tersenyum sorang2...
Tapi memang EGO tahap gaban la Ashraf tuu...
Aku mengambil masa 2 minggu baru abes baca buku ni...
Nak wat cam ner kan... malam jer ada masa nak membaca...
Cuma yang x best nya...
Minggu lepas kuar episode 1 Kampung Girl kat TV3.
Bila continue baca novel ni, aku dah terbayang Akim AF tuu...
Bagi aku Akim tak sesuai ler bawa watak Ashraf..
Sebab Akim x sesuai jadi budak bandar..
Dan dia x pandai berlakon la dalam cite tuu...
Apa2 pun...
Selamat membaca ya uols!!

~ E . N . D ~

2 comments:

  1. rekemen ke x? nak pinjammm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayah... lebih kurang cite Cik Blur & Encik Ikhlas... ada moment membuatkan kite tenyum torang2!! hehehe... pinjam?? tersangat la BOLEH!!

      Delete