Monday 15 July 2013

Hebatnya insan bergelar IBU

Ibu, Mak, Mama, Mami etc..
Pelbagai panggilan tapi maksud nya sama...
Tidak dapat dinafikan hebat nya IBU...
Namun di bulan Ramadhan yang mulia ni..
Kehebatan IBU makin terserlah...
WHY???

Di saat ahli keluarga sedang nyenyak tido, IBU sudah berada di dapur seawal jam 4 pagi untuk menyiapkan juadah sahur.

Bagi IBU yang bekerjaya, semasa di office lagi duk pikir nak masak apa untuk juadah berbuka.

Sekembali dari office, ambik anak (mana yang sekolah or duk nursery)... solat Asar, then terus masuk dapur untuk masak. Tak kira la masak simple ker.. IBU tetap masuk ke dapur.

Di saat berbuka, IBU sibuk hidangkan makanan... yang ada anak kecil, nak kena layan karenah anak-anak plak...

Selesai berbuka, masih sibuk di dapur. Basuh pinggan, kemas meja makan etc.

Bila berterawih di masjid/surau, nak fokus pada ibadat lagi... at the same time, anak kat tepi tetap kena tengok dan pantau...

After terawih, ada plak yang request moreh. Maka IBU masuk ke dapur sekali lagi walaupun hanya menyediakan hidangan yang simple.

Di saat ahli keluarga masuk tido, IBU dah standby apa2 yang patut untuk bersahur nanti. Dan di saat jam 4 pagi, IBU mengulangi rutin harian nya...

Dihujung minggu, rutin harian tetap dijalankan seperti biasa... kemas rumah, ke pasar.. tu blom masak bab shopping raya lagi...

Hebat kan!!
Kehebatan itu lagi terserlah bila sang suami ada disisi untuk membantu...
Ada anak untuk menolong apa-apa yang patut...
Tapi, bagaimana untuk
IBU yang tidak mempunyai suami yang memahami??
IBU yang ada anak yang berat tulang untuk membantu??
IBU TUNGGAL??

Bagi yang masih ada IBU,
Hargai lah IBU... curahkan kasih sayang tanpa sempadan...
Bagi yang sudah tiada IBU...
Semoga Roh IBU tenang di sana....

I My MAMI

~ E . N . D ~

No comments:

Post a Comment