Friday 14 June 2013

What?? Aku ada Gastrik??

Assalamualaikum w.b.t!!

It's true...
Aku ada penyakit baru... GASTRIK!!
Telah di sahkan oleh Doktor Farhana semalam (13/06/2013)
Actually petanda2 tu dah ada dari awal...
Cuma aku jer yang tak tau sebab sakit perot bagi aku normal!!
Normal sebab perot aku ni sensitip...
Salah makan mesti cirit birit (sedangkan mereka yg makan skali dgn aku ok jer)..
Last 2 weeks (01/06/2013),
Pagi2 buta aku sakit perot..
Ya Allah!! Sakit yang teramat sangat...
Sampaikan aku terfikir hari tu mesti admitted kat spital..
Tak pernah sakit macam tuu...
Bila pergi klinik, Doc Farhana bagi ubat cirit birit..
Dan..
Semalam, sakit yang sama menerjah lagi...
Kali ni kena kat office...
Panic jugak ler sebab kalo kat rumah dah boleh baring2, makan ubat, tidoo...
Asalnya aku puasa sunat semalam...
Di sebabkan perot yang sakit, aku ke pantry untuk ambik air (harus la kena berbuka kann)..
Kat situ aku dah rasa cam nak collapse...
Berpeluh dingin.. abes basah baju batik aku...
Di sebabkan sakit yang amat sangat,
Cepat2 aku blah dari office....
Balik rumah, telan ubat yang Doc Farhana bagi tuu (sib baik ada balance lagi)
Makan apple then tidoo..
Tak lama pun... dalam setengah jam aku bangun, sakit tu mulai hilang...
Then aku trus call Klinik Lita Alis, looking for Doc Farhana..
Sib baik dia on duty...
After berdiskusi dengan yang pakar...
She said, "Cik Lynn, You have Gastric"....
Ayoooo....
My diagnosis :

Empty Stomach + STRESS = Gastric

What a good equation...
Cam ner dengan diet aku??
Cam ner nak puasa??
Macam-macam benda berlegar dalam kepala otak aku ni...
Doc Farhana ada bagi suggestion...
Kalau puasa, jangan tak sahur... jangan plak sahur dengan air kosong...
Cuba minum susu or cereal...
Tak semestinya aku kena sentiasa makan / makan banyak...
Cuma makan tu kena teratur...
Don't skip meals..
HHmm... harus la aku rujuk kepada yang pakar --> my cousin, Amal or pakcik Google..
So masuk kerja hari ni, terus digging maklumat dalam internet...

Definisi :
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinidng / pengalas / mukosa perot yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bacteria helicobacter pylori (H.pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Punca-Punca :
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pemgambilan kokain
  • Merokok
  • STRESS <-- penyebab utama aku
  • Ganguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan tau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit terutamanya dikalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badan

Makanan yang perlu dielakkan :
  • Arak
  • Minuman berkafein
  • Minuman berkarbonat
  • Cokelat
  • Buah-buahan sitrus
  • Perasa Pudina
  • Makanan berlemak dan bergoreng
  • Makanan pedas terutamanya berperisa bawang putih dan bawang merah
  • Makanan berasaskan tomato seperti pizza atau sos spagetti

Hhmmm... banyak ler plak pantang larang kann...
X per laa.. untuk kesihatan diri jugak kaann...
So for the time being, aku kena berdisiplin ler dengan pemakanan seharian...
Nak buat cam no..
Nasib badan....


2 comments:

  1. kesian kak lynn....dapat penyakit bile datang sini..isk isk

    ReplyDelete