Monday 17 June 2013

I ♥ Brocollis

Assalamualaikum w.b.t!!

Dulu aku x suka makan brokoli...
In fact, my mom pun jarang masak sayur berorientasikan brokoli ni... hehehe..
Tapi, ada sekali tu MIL abang aku masak sayur campur (include broccoli)
Sedap la pulak...
Since that day, I can eat it!!
Tapi brokoli ni harga dia x seperti harga sayur lain...
So, x der la hari2 aku ngadap brokoli..
Sekali sekala jer... hehehe...
Semalam (16/06/2013) aku baru balik dar Cameron (nnt aku buat entry lain ok),
So of coz la aku cari brokolli kann...
4 ketul RM10... boleh ler kan...
So apa lagi, berpesta brokoli la aku!!


Actually, banyak khasiat brokoli ni...
Antaranya :

  1. Khasiat brokoli dapat membantu sistem pencernaan. Ini kerana brokoli mengandungi serat yang dapat membantu sistem pencernaan.
  2. Meningkatkan kesihatan kulit (vitamin C, B kompleks, E, beta-karoten)
  3. Anti-kanser. Ini kerana brokoli mengandungi fitokimia sebagai anti-kanser. Diet yang kaya dengan khasiat brokoli dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser usus dan kanser paru-paru.
  4. Dapat mengurangkan kolestrol dan tekanan darah tinggi.
  5. Bagus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
  6. Membantu dalam mengawal diabetes
  7. Menguatkan tulang
Banyak lagi khasiat nya..
Kalo nak banyak info, sila google yer...
Cara terbaik untuk masak brokoli adalah KUKUS..
Baru la khasiatnya x hilang kannn...

~ E N D ~

No comments:

Post a Comment