Tuesday, 9 October 2012

Mr. Os & A.R Badul

Assalamualaikum w.b.t!

Sekarang ni kan banyak betul pelawak-pelawak di Malaysia.. tambahan plak dah ada platform Raja Lawak yang dapt mencungkil lawak terpendam rakyat Malaysia. Tak di nafikan ada yang yang bagus.. dan selebihnya suam2 kuku sahaja... Aku memang peminat filem komedi... currently Zizan memonopoli genre filem komedi di Malaysia. Tapi ingat, sebelum mereka... ada "Orang lama" yang lebih berpengalaman dalam genre komedi ini.

Bagi aku yang membesar di era 90-an.. sudah sinonim dengan lawak-lawak Mr.Os dan Badul.. in fact, masa aku kecik2 dulu.. Filem mereka menjadi pilihan aku.Tengok banyak kali pun x per.. janji boleh gelak sakan... Mohd. Yusof B. Abdul Hamid atau lebih glamer dengan nama Mr.Os memang hebat di era 90-an. Banyak filem2 dia yang lakonkan.. and of coz la cite lawak kaaannn... antaranya :

◘ Keluarga 99 (1987)
Walaupun OS hanya sebagai pelakon pembantu.. aku suka tengok gelagat dia sebagai orang kaya yang cuba usha Puteri Salbiah... huhuhu... Ada satu babak dalam cite ni yang melekat dalam kepala otak aku.. time si Salleh Yaacob ajar Puteri Salbiah nyanyi:

"1 and 2.. 2 and 3... 3 and 1, I Love you"

◘ Kembar Siam (1989)
Masa aku kecik2 dulu.. selalu kagum bila tengok cite yang ada kembar ni.. selalu aku tanya Abah aku kenapa Mr.Os ada 2 orang.. macam mana dia boleh jadi 2.. dan macam2 soalan lagi laa.. So setiap kali aku tgk cite Kembar Siam ni.. sure terlopong kat depan TV.. (mesti cuteaku  masa tuu kann... hehehe)


◘ Adik (1990)
Dalam filem ni aku kenal apa itu Hospital Tanjung Rambutan... masa ni jugak aku kenal Tam (budak kecik yang comel.. skrg pun masih kecik cam tu jugak ler)... Cite ni memang kelakar laa... Tapi sayang nya, cite ni copy Filem China. Kalo kat China Jakie Chan jadi abang.. adik yang retard tu di bawa oleh Sammo Hung. Jalan cite lebih kurang ler kan...


◘ O.K (Orang Kampung Otak Kimia) (1990)
Eh?? Kambing boleh bercakap?? Hahaha... minda budak2 kan.. harus la aku kagum masa tengok cite ni...Padahal mulut kambing tu bukan bercakap.. tapi duk kunyah rumput... 

Buat seketika Mr.Os struggle for survived sebab x der job kan... so dia bawa teksi di sekitar KL sehingga dia di tawarkan untuk bergabung dengan Abon sebagai OSBON dalam Maharaja Lawak Mega.. dan trus menjadi juara... Tahniah OS!!


Lagi otai dari Mr.Os, sapa lagi kalau bukan Armaya Aman Ramlie.. Eh?? sapa ni?? Haaa... itu la nama A.R Badul yang sebenar-benarnya... Dia mula memonopoli filem komedi di akhir 70-an dan makin bermaharajalela di era 80-an.

Antara filem Badul yang menjadi favorite aku:

◘ Panglima Badul (1978)
Scene paling best bila dia kena kejar oleh mak dia, Mak Enon. Keliling satu rumah kena kejar gara2 Badul nak mengembara menuntut ilmu...

◘ Da Di Du (1981)
Cite almost like Pendekar Bujang Lapok, cari Pak Tua sebab nak berguru silat. Kena pulak Pak Tua ada anak dara kan...hehehe..


◘ Jejaka Perasan
Walaupun bukannya watak utama.. tapi cite ni memang best. Masa ni la nak tengok N.D Lala di zaman mudanya.. di samping Salleh Yaacob... Paling best bila si Badul kononnya nak casting seorang gadis ni untuk di jadikan pelakon.. siap gi jumpa bapak gadis tuu.. tapi last2 dia kena belasah. Abang aku selalu usik aku sebab dalam cite ni ada budak gemok nama Tati.. abang aku cakap.. budak tu aku laa.. meraung-raung aku nangis masa tuu.. hahaha... harus lah marah kan!!!



◘ Oh Fatimah (1989)
Aku suka tengok filem ni sebab ada budak kecik tuu... Watak Jita sangat comel.. dalam filem ni dia jadi anak Badul.. muka comel.. suara pun comel...



Sesungguhnya semua filem evergreen memang best... dan yang paling best bila tengok fesyen they all tuu.. macam-macam ada!!

~ Peace out ~

2 comments: