Thursday 21 August 2014

Lebaran 1435H [ p a r t o n e ]

Assalamualaikum w.b.t

25 Syawal baru sempat nak buat entry pasal raya. Nampak sangat busy kan? huh!! nampak sangat propa. Hahaha.. Actually x der mood sangat nak upload pic from camera. Malas nak bukak lap top.. malas nak cucuk pen drive. Giler banyak malas dalam lemak aku ni.. Ok, let's cut the crap!!

Raya tahun ni, setelah sekian lama duk kerja di Putrajaya, ni kali pertama aku dapat cuti panjang for raya. Sebelum ni aku selalu ambik cuti sebelum raya. Means that raya ke-3 or ke.4 aku dah kerja. Tapi kali ni aku ambik cuti selepas plak. Dengan tambahan 3 hari cuti rehat, aku dapat berada di kampung selama 9 hari (25 Julai - 3 Ogos). Ok, let's go through day by day ok.. (hishh!! ingat lagi ke tak ni... hehehe)

25 Julai 2014 (Jumaat)
Last day kerja. Mood ntah ke mana dah hari tu. Kepala otak duk teringat kat kampung jer. Walaupun aku dah balik masa cuti Nuzul Quran, tapi kalo bab balik for raya ni, teruja sokmo. Hari tu aku ambik halfday. Setelah bincang dengan Buja (2nd bro), kami terus gerak dari Putrajaya exactly 12.45pm. Kali ni, my cousin JR balik sama. Janji dengan Pak Su Li (my uncle) kat last station Putra LRT at Gombak kol 1.30pm. So, officially masuk karak at 1.45 pm. Musafir berkelana uols, so the guy skip the Friday prayer.. tapi we all tak skip puasa hokay. Kereta banyak but it's moving. Tak der la sangkut2 gitu. Buja bawa keta cam drive F1. Aku kat sebelah ni asyik duk tekan imaginary break. Kata nya, "biar cepat asal selamat".. hahaha.. Sepanjang perjalanan, 3,4 kali aku terserempak dengan pemandu yang berstatus musafir berkelana. Selamba dek jer duk minum kan. Ayo!! penat sangat ker?? Jangan lupa ganti la yer. Kami berbuka dalam kereta jer. Buja x berhenti pun. Just minom, makan kurma & roti. Masa berbuka tu kami dah masuk daerah Kuala Krai. Sampai rumah kol 8.20 malam. Terus masuk dapur. Mami dah siapkan juadah berbuka. Beg semua duk diam2 dulu dalam bonet keta. hehehe..



26 Julai 2014 (Sabtu)
Seawal pagi dah ke bandar Kota Bharu. Singgah rumah my cikgu di Panji jap. Ambik barang yang aku order dengan dia. Then terus ke KB Mall. Nak beli baju raya untuk JR. Orang ramai giler tapi sib baik gi awal kan. Petang tu main masak-masak dengan Mami. Seronok sangat. Malam plak, gi terawih di Masjid Muhamadi. Sebelum tido malam tu, aku dah kemas ruang tamu rumah. Buat secara berperingkat sebab x nak penat.. hehehe

Beg raya yang aku order dengan Cikgu Shamsiah. Last2 dapat kat Mami..

Rare hokay.. Gulai ayam kampung tuu..

27 Julai 2014 (Ahad)
Last day or Ramadhan. Hari yang paling sibuk. Selepas sahur & subuh, aku dah tak tido. Terus sambung kemas rumah. Al-maklum laa.. I'm the only daughter so bab kemas mengemas ni memang tugas aku. Yang kat dapur mami settle kan. Lega bila tengok ruang tamu dah kemas.. langsir dah tukar.. baru la ada mood raya kan. Rehat sekejap. Dalam kol 11 pagi aku kuar ke KB lagi. Nak cari jubah batik. Pergi kedai member aku, tak der size plak. Last2 menapak kaki ke Bazar Buluh Kubu. Harus la jumpa apa yang di cari, cantik sangat.. harga sangat2 aku suka.. hehehe.. terus aku ambik 2 helai. As usual, bila malam raya memang tak sah ler kalo x main bunga api & mercun kan. Gegak gempita suasana. Memang best la. And for the 1st time ever, line telefon ok. Aku pakai UMobile. Selalunya, bila malam raya line terok giler. Nak online pun x dapat kan. Tapi malam tu.. line clear. So, kat telefon pun gegak gempita jugak la sebab banyak mesej masuk. Wasap laa.. FB laa.. We Chat laa.. ada yang send pic.. ada yang send voice chat.. tapi yang kol direct x der plak.. huhuhu...

Seawal pagi. Malap sebab aku malas nak on lampu..

Yang tengah tu Mami punya
Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa baju raya saya ada
9 PASANG!!
(melampau sangat aku nih..)

Tahun ni, aku berjaya buat 6 jenis biskut raya. Gigih tau..

Ucapan hari raya aku.


28 Julai 2014 (Isnin)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Yeay.. yeay.. Hari ni Hari Raya!! Selamat hari raya aidilfitri uols!! Seawal pagi aku dah kalut di dapur. Buat pertama kali, family kami buat hidangan yang banyak untuk tetamu. Family cik yam (adik mami) sponsor nasi arab, Laksa Penang & Sate. So bayangkan ler cam ner nak arrange segala makan tu semua. Mami plak serah kat aku bulat2 untuk cari segala mangkuk hayun. Sib baik set chafing dish ada.. and for the 1st time ever, aku dapat lihat LAUTAN BIRU or to be exact, ROYAL BLUE. Ya ampun.. sana sini orang pakai kaler tuu.. Even dalam FB pun, ramai yang choose color ni. Sehati sejiwa nampak...

Raya kali ni anak buah aku (anak Buja) x balik, Don't ask me why. Agak sedih laa. So macam x cukup korum plak. X per la, nanti balik Putrajaya boleh la jumpa. Oh ya, Family Cik Yam sakan beraya. Sponsor pelbagai juadah raya and her husband, Ayah Cik Man jemput semua adik beradik dia datang beraya kat rumah kami. Best giler.. segenap ruang tamu penuh dengan tetamu. Meriah uols. Tapi aku x sempat nak snap pic sebab sibuk di dapur.. 



 kau abang, aku adik.. harus ler dapat duit raya kan.. hehehe..


 Family Ayah Long (anak pertama)

Family aku (Abah anak ke-2) 
Atok dgn cucu sama jer.. masing2 nak vogue with sunglasses

 Family Acik (anak ke-3)

 Family SU (anak bongsu ler.. hehehe)

Antara adik beradik mami yang hadir

~ End of part one ~

No comments:

Post a Comment