Thursday 31 May 2012

Kembara Ke Tanah Suci (Genap setahun)

Assalamualaikum w.b.t!!

Cepat betul masa berlalu kan? Tau-tau jer dah nak masuk pertengahan tahun 2012 (penggal ke-2). Lagi 2 bulan.. Ramadhan pulak menjelma. Bestkan!! Hari ni aku nak share sket.. walaupun dah berlalu setahun yang lepas (masa tu aku blom aktif blog lagi).. just nak bagi tau on this date 31 MEI 2011, me & my parents (dengan keizinan dari-Nya) dapat menjejak kan kaki ke Tanah Suci (pertama kali bagi aku) untuk menunaikan ibadat Umrah. 

Bukan tujuan aku nak bermegah-megah (coz ada yang berpandangan macam tu bila aku cerita)... tapi aku nak share pengalaman bila berada di sana.. bukan semua orang terbuka hati nak ke sana... alasannya belum bersedia.. malah ada juga yang rasa takot nak ke sana.. Tapi tahukan kawan2..once we are there.. Masyallah!! satu kedamaian yang tak dapat digambarkan dengan kata2. So, apa tunggu lagi.. cepat2 daftar haji... while waiting for our turn (my turn is on 2020).. let's go for Umrah!! Korea ker... Beijing ker.. CAN WAIT OK!!!

Seingat aku, penerbangan bersama Saudi Arabian bertolak dalam kol 3 petang (aku pergi bersama Cantumas Travel & Tours). Berdebar-debar juga dalam hati ni... but excited at the same time. Duk terpikir cam no ler rupa Kaabah tu kan.. asyik tgk dlm TV and poster jer kan... Penerbangan mengambil masa 8 jam dengan perbezaan waktu 6 jam lewat dari waktu Malaysia, aku sampai ke International Jeddah Airport pada jam 5 petang. Kuar jer dari flight, terasa bahang panas... suhu masa tu lebih kurang 40°C. 

Abah & Me (muka serabai giler)

Dari Airport Jeddah, kami menaiki bas terus ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 8 jam jugak. so total perjalanan aku adalah 16 jam!! Tegang segala urat tau... tapi dah tak kisah semua tuu.. muka tetap teruja!! sepanjang perjalanan ke Kota Madinah.. gelap jer kat luar tu sebab dah malam kan. Tapi mata tetap x leh nak lelap... See!! teruja kan... hehehe... Rombongan kami sampai di sana dalam jam 12 tgh malam. Check-in hotel, dan trus ke Masjid Nabawi. Pertama kali jejak kaki.. I'm Speechless.. syukur sangat2 sbb dapat sampai ke Masjid Nabi ni.. Pada mulanya nak stay sampai subuh, tapi mata dah x larat.. so balik dulu ke hotel. Jam 3.30 pagi bangun untuk pi solat Subuh.

Istimewanya Masjid Nabawi ni, bersemadi nya makan Rasulullah s.a.w, makam para2 sahabat Rasulullah & keluarga dan ada nya Taman Raudhah. Dan aku paling seronok bila tengok payung gergasi tuu... cantik sangat dan begitu kreatif!!

Cantik kaann...
Depan pintu Masid Nabawi (women entrance)

After Solat Asar


Abah & Mami
Sepanjang di Kota Madinah, kami sempat di bawa melawat ke Ladang Tamar, Masjid Al-Quba, Pasar Tamar dan paling aku suka bila melawat ke Bukit Uhud. Here's some pictures to share with uols ok!!
Di Masjid Quba.. Sempat solat sunat & solat hajat di sini
Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. 

Ladang Tamar.. Yang kelakor nya, Indon bersepah duk kerja kat situ...
Bukti Uhud (dalam pagar tu bersemadinya para sahabat Nabi yang mati syahid semasa Perang Badar)
Segak dgn pakaian Ihram!!

Aku berada di Kota Madinah selama 4 hari. Dan buat pertama kali dalam hidup, aku menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi. Hari ke-4 itu juga rombongan kami aku bergerak ke Kota Mekah dan pertama kali jugak kami akan menunaikan ibadat Umrah. Masa nak check out hotel, jemaah lelaki dah siap berihram termasuk abah. Kami miqat di Bir Ali (untuk niat umrah seta solat sunat). 15 minit dari Kota Madinah dan lebih kurang 450km ke Kota Mekah. Sepanjang perjalanan ke Kota Mekah, aku tak tido. Mungkin takot terlanggar syarat2 di dalam ihram kot...hehehe...


Mula masuk ke Kota Mekah seawal jam 12tgh malam. Kami check in hotel dulu. Ada satu cerita aku nak share. Orang kata sepanjang di Kota Mekah, kena jaga tutur kata, tingkah laku...sebab kat situ, apa yang buruk keluar dari mulut mahu pun hati kite, Allah BAYAR CASH!! benda terjadi kat aku, walaupun x seberapa.. tetap tersentap di hati. Selepas makan, Abah, Mami & aku duk sebilik, So we all nak masuk ke bilik untuk segarkan diri sebelum menyempurnakan umrah kami. Mungkin di sebabkan kepenatan, Mami cuba buka pintu tapi agak terkial-kial bila gunakan kunci bilik tu. Aku terus cakap " Meh sini ore bukok!! lambat la Mami ni!!"... and u know what, lepas jer aku cakap cam tuu.. langsung x boleh buka.. banyak kali aku cuba. Mami & Abah diam jer belakang aku. pas tu Abah cakap, "biar abah bukok laa".. sekali pusing jer kunci tuu.. pintu trus terbuka. Mami tengok jer aku... dan aku paham maksudnya. Trus aku beristghifar.. so BE CAREFUL OK!!


Setelah selesai segala hal di hotel, kami bergegas ke Masjidil Haram. Laluan aku ke masjid adalah melalui pintu di Bukit Marwah. sepanjang perjalan kat dalam tu, mata aku duk cari Kaabah. Mana?? Mana?? And for the first bila melihat Kaabah..airmata aku terus kuar.. Masyallah!! aku x dapat gambarkan bagaimana perasaan aku waktu tuu.. semua bercampur aduk. Masa tawaf tuu.. tangan aku nak jer pegang Kaabah, tapi Mami cakap tunggu jer selesai Umrah.. so aku tahan jer perasaan tu. Aku selesai ibadat Umrah yang pertama dalam jam 2.30pagi. Mami & Abah x nak balik hotel. Kami berehat di dalam masjid sambil2 baca Al-Quran. Tapi Aku x boleh baca. mata aku terpaku kat Kaabah tuu. kebetulan plak dapat duduk di ruangan solat wanita depan Kaabah. Masyallah!! Syukur!! Solat Subuh pertama aku di Mekah adalah depan Kaabah!!


Sepanjang di Kota Mekah, Aku sempat buat umrah sebanyak 3 atau 4 kali (dah x ingat plak aku ni..) Insyallah!! next time aku nak buat more than 5. Sepanjang di sana, rombongan kami di bawa untuk melawat ke Jabal Rahmah, tempat Jemaah Haji Wukuf di Arafah, masjid terapung di bandar Jeddah.. banyak lagi laa..


Depan hotel penginapan di Kota Mekah ( time ni nak gi solat Zohor )

Laluan harian kami (Jemaah tgh Sa'i)

Jam Besar di sebelah Masjidil Haram

Jemaah berpusu-pusu utk kucup Hajarul Aswad


Di Jabal Rahman (tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa)

Masjid Terapung di bandar Jeddah

Selesai Tawaf Wida' (untuk ucap selamat tinggal)
 10 hari di sana.. meninggalkan 1001 kenangan manis yang tak dapat aku lupakan.. Insyallah!! dengan izin Allah... aku akan kembali lagi ke sini untuk Ibadat Haji.. Mana yang ada niat nak pergi... Insyallah akan dipermudahkan jalan nya.. Amin!!



No comments:

Post a Comment