Friday 3 April 2015

My Atkins Journey

Assalamualaikum w.b.t!!

Actually segan aku nak cite. Bukan apa, rasa cam tak perlu nak share benda-benda cam ni. Since ramai kawan2 suh share tips, so aku cite ler serba sedikit. Tak der niat apa2 pun tau. Just sharing my experience with ATKINS.

Apa tu atkins? Korang google la kalo nak details. For me, it's a diet plan with NO CARBOHYDRATE. Bukan langsung x leh makan, cuma had kan 20g untuk sehari. Dan dalam atkins ni ada 4 fasa. Aku ni x der la expert sangat. So kalo korang nak maklumat tambahan boleh like page  Kelab Diet Atkins . Aku tak follow sangat fasa yg ada dalam diet program ni. Just buat DA (induction) untuk 2 minggu (step pertama dalam atkins). Tapi aku buat DA ni lebih dari sebulan. Malas nak kira karbo. So for everyday menu, aku just buat menu yang aku boleh & suka makan.

For me, sapa2 yang nak buat atkins ni kena ada 2 SYARAT UTAMA (Tak der 2 benda ni, korang memang confirm x leh follow) :
GIGIH!!! 
Haa.. kalo setakat hangat-hangat taik ayam, memang x jadi. 

FOLLOW THE MENU
Bagi siapa yang x biasa meratah lauk pauk, memang susah ler. Bagi aku, benda ni sangat mudah sebab aku suka AYAM!! Heaven kalo dapat makan ayam.. hehehe... 

Basic things like nasi, roti, gula memang TAK BOLEH MAKAN. Dan korang perlu minom air kosong 3 liter atau lebih. MESTI, HARUS, WAJIB!!! Makanan yang paling femes among atkiners:

Telur
Ayam
Cauliflower
Cheese

Heaven kan tengok makanan diet atkin.. Sebab tu la aku boleh follow diet ni. Ok, now let me share apa yang aku selalu makan sepanjang diet atkins ni:

PAGI
♥ Sebelum turun ke pejabat, aku minom segelas air kosong + apple cider vinegar (200ml)
♥ Bila sampai office, minom teh hijau atau D'lite tea (cosway) dalam 300ml
♥ Selalunya, pagi aku akan makan telur. Samada scramble egg, egg rolls. Kalo x sempat nak masak, aku buat telur rebus 2 biji. Untuk telur ni, kalo lama2 sure rasa muak kan. So aku selalu letak cheese or Kewpie Mayo (Lulus atkins).
♥ Untuk sepanjang pagi aku akan minom 1 liters (air kosong) + 500ml (yang aku minom awal pagi tadi tuu)


Make sure uols beli yang warna merah yer. Sebab yang ni sahaja paling low carbo.

LUNCH
♥ Tapau makanan kat cafe. Selalunya aku beli ayam goreng 2 ketul with some mix veggies.
♥ Air kosong 1 liter sampai ler aku balik 4.30 petang.

DINNER
Untuk dinner, aku ada banyak selection sebab ada banyak masa kan. Antara menu yang aku selalu buat:
♥ Sup Ayam (only salt & original spice. jgn guna ajinomoto or other serbuk perasa jer)
♥ Eggs Fritata. Resipi kat sini yer --> fritata
♥ Eggs Muffin --> resipi
♥ Ayam Bakar
♥ Air kosong 1.5 liters
♥ Sebelum tido, air kosong + Apple cider vinegar (200ml)
Total air : 4.2 liters

Aku suka ayam.. that's why menu aku semuanya basic ayam. Kalo korang x suka, boleh la guna ikan, udang.. sotong carbo tinggi sket. So sekali sekala boleh laa..Jangan tak tau, ayam KFC boleh makan yer.. cuma kena buangkan kulit nya tu. Hahaha.. best kan?? Untuk 2 minggu pertama, uols manage to loose 5KG or more. Tapi dalam tempoh 2 minggu tu agak azab ler. Masuk hari ke-3 induction, aku dah start mual, loya & nak muntah. Symptom macam org mengandung plak. Peringkat ni nama nya ketosis. 

TANDA - TANDA KETOSIS
  • Nafas berbau 
  • Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
  • Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari)
  • Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
  • Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
  • Selera makan berkurang
  • Mulut kering (lebihkan minum air)
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
  • Sembelit (boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh org kampung)

jika ada SALAH SATU tanda2 diatas, bermakna anda berjaya mendapat ketosis..bermaksud penurunan berat akan berlaku.

Ada orang kata diet ni x elok. Well.. masing2 punya pendapat la kan. For me, basically atkins bukan la diet yang seimbang. Dan aku buat pun, bukannya 100% focus.. Hanya untuk sebulan pertama sahaja. Bila masuk bulan ke-2, ada dah start cheat (istilah yg dugunakan among atkiners bila ambik carbo lebih dari biasa). Tapi bila dah turun 10KG, automatik korang rasa x nak makan sangat. And for me, bila cheat day, x der la melantak nasi bagai. Selalunya aku cheat bila makan popcorn, subway sandwich, or sometimes craving for mocha or latte... Aku hanya ambik nasi bila balik kampung jer. Tu pun sekali sehari jer laa..

Untuk rutin harian setelah turun 10KG, weekdays aku akan buat menu atkins. On weekend, either Saturday or Sunday, aku akan pilih satu hari untuk cheat. Tapi sekarang ni, memang jarang ler aku minom air manis. Dah terbiasa minom air kosong & teh hijau. huhuhu... Kadang-kadang officemate bw kek ker.. atau bekal yang nampak sedap. Aku akan rasa secubit sahaja. Nak hilangkan rasa terliur tuu..

Satu lagi, ada orang kata atkins ni diet orang kaya. itu aku x nafikan sebab bahan-bahan untuk buat makanan atkin agak mahal. Sos pun pakai yang Nandos jer.. yang lain x lulus katanya. Telur 30 biji bertahan untuk 2 minggu. Perghh!! terasa sado jer.. hahaha... tu tak termasuk lagi bila beli cheese.. Kalo Parmesan cheese, sepekat dalam RM13 -RM20 ringgit. So, nak jimat aku beli kepingan cheddar cheese jer laa... huhuhu..

So, dari 1 Jan 2015 till now (April), nampak ler hasil nya. Banyak baju kurung aku dah x leh pakai. Size sluar pun dari 36 dah bertukar ker size 32 (tapi cutting lelaki laa). Alhamdulillah!! bukan riak ke apa.. cuma x pernah dalam hidup aku pakai sluar size tuu.. Insyallah... aku akan cuba kurangkan lagi another 10KG.  sedikit gambar untuk di kongsi bersama. Mana la tau kot2 korang semangat jugak kann.. hehehe.. :





FYI, seumur hidup, aku x pernah ambik gambar dalam posisi straight cam ni kecuali time ambik gambar passport. Kerana ATKINS, sekarang aku mampu... 

I  Atkins

So jangan lupa join Kelab Atkins Malaysia 
Banyak info kat situ.
Don't forget to drink plain water. Kalo lapar jer, minom air tau...
And one more thing...
EXERCISE!!

Selamat mencuba yer kawan-kawan!!

2 comments: