Tuesday 29 December 2015

Bila Balik Kampung

Assalamualaikum w.b.t

Lama weh aku tak balik kampung. Last aku balik time raya haji akhir September. Ni akhir Disember plak baru balik..Kalo tak, maunya 2x sebulan aku balik. Kali ni tak. Ekonomi gawat katanya. hehehe..
On 23rd Dec, aku balik dengan last flight 10.40 malam with MH1426. Aku sampai aiport just nice 9.40 malam. Sib baik aku dah check in online.. huhu.. Seharian aku x makan. Perot lapar giler. Siap berkeroncong tuu.. masa dalam flight siap request 2 gelas apple juice. 


Dalam 11.35 malam, aku touch down di Airport KB. Kebetulan my cousin, Amalin balik malam tu jugak, tapi dengan AirAsia dan flight dia delay. So makcik aku datang ambik sekali harung la dengan aku.. Kol 12.30 tgh malam baru sampai rumah. Tu dia, terus aku menuju ke dapur. Hambik ko, tengah malam buta aku belasah nasi.. hahaha.. memang CHEAT DAY kaw2 la ni. Bila perot dah kenyang, mula la susah nak tido. So layan astro dulu till 2 am. then... kroh.. kroh..hahaha

Seawal pagi aku dah bangun. Hari ni public holiday. Maulidur Rasul. Kebetulan, mak cik aku, Acik buat moklot (panggilan among kelantanese bila buat sambutan maulidur rasul). So lepas breakfast, aku terus ke rumah dia (belakang rumah aku jer) untuk bantu apa yang patut. Kali ni Mami jadi ketua chef. Aku and Amal in charge goreng ayam.. nyum! nyum!

h e a v e n

beria nak tiup bila aku cakap api nak padam. Fuh! Fuh!

Perghh!! sempoi giler... siap silang kaki sambil minom teh'o.. 

Majlis bermula selepas Isyak. Tapi sebelum maghrib aku kena gi airport KB, fetch my bro. Flight delay plak. So ngam2, sampai rumah, majlis baru nak bermula. Ramai gak jemputan malam tu. Makanan x yah citer la, semua pakat puji.. hehehe.. Selepas majlis, aku gi rumah mentua abang aku jap, melawat anak buah aku yang selamat di sunat kan.. hehe.. dah besau dah anak buah Cik Su...




with Ammar & Syahmi

25 Dec, Merry Christmas!! ho..ho..ho.. Pagi2 dah ke KB. Balik tu singgah jap kat pasar pagi kat Wakaf Bharu. beli macam2 makanan.. aduh laa.. dah naik kejung perot aku. Petang tu pulak ke Pantai Geting, pekena air nyor n kue teow sup. Perghh!! terbaik laa.. Malam tu pula, mami nak dinner kat PK Corner. Aku dah x larat nak makan.. Mami n Abah siap order Chicken Chop. Malam tu mmg org ramai kat kedai. Sib baik ada meja.. Lepas dinner, lepak kat PCB. Perghh!! Full moon uols. Angin sesepoi bahasa. Heaven sangat...

Air nyor sejibik.. RM4

Menu at PK Corner

Cantik nya bulan.. cam aku.. hahaha

26 Dec, Apa project hari ni? Seawal pagi dah bangun. Pagi menghala ke Rantau Panjang. Breakfast on the way.. Bila sampai kat sana, banyak kedai lom bukak. Ok la tuu.. kalo gi lewat2, confirm sesak dengan manusia kat sini. After 2 hours, aku balik rmh.  Belah petang, aku gi rumah jiran aku, dia buat majlis Aqiqah cucu dia. Makan lagi.. seriusly, sejak balik, kerja aku makan / minom air manis. Makan nasi tu x der la byk sangat tapi minom air sejuk/manis memang banyak. Dan akhirnya malam tu aku x leh tido. Cirit.. demam urat. Kesian I tau.. Memang sah la aku dah tua bila kena demam urat ni. Menyucuk-nyucuk uols.. 

Fav. spot utk possing, dinding rumah nenek aku...

The next day, seharian aku duk terperap dalam bilik. Tido, bangun, mandi, solat.. makan pun cam x selera. Sampai naik risau mami bila tengok aku. Asal nya malas nak ke klinik. Tapi cam x tahan jer. Yang kelakar, cousin aku. Amal pun demam urat cam aku jugak. So malam tu both of us gi klinik Amalin kat Chabang 4 tu. ubat bersepah, kena injection lagi.. sakit whoa.. huhuhu


Bersepah ubat

28 Dec, hari aku apply cuti rehat, tapi memandangkan semalam doktor bagi MC, so MC la aku hari ni. Gastrik still ada.. cuma dah berkurangan sket. Dan hari ni last day kat kampung, huhuhu... malas nya nak balik Putrajaya. Pagi tu sempat temankan mami n abah ke bandar KB. Beli barang sket.. Flight aku petang. so ada la masa lepak2 kat rumah kan. Tetiba dapat sms, katanya delay plak 40 minit. so dari 7.50 mlm, take off 8.45 malam. Almost 1 hour delay. 

Hari ni masuk office, lemau jer.. huhuhu.. tunggu CNY plak baru balik.. 


No comments:

Post a Comment