Monday 22 December 2014

Winter trip to Beijing [Part 3]

11 Disember 2014 (Khamis)

Wah!! hari ni sangat berkobar-kobar sebab nak gi The Great Wall.. selalu duk tengok dalam TV.. dalam gambar.. and now, I can see with my own eyes.. By the way,
HAPPY BIRTHDAY ACIK!!
Kebetulan hari ni birthday my aunty. Kelass nok.. sambut birthday kat Beijing.. hehehe..
Seawal jam 7 pagi kami dah gerak dari hotel. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Perghh!! boleh tahan gak jauh. Macam biasa laa.. naik jer bas, mata terus lelap.. ngantuk uosl!!
Hari ni cuaca sangat baik.. but no snow (keciwa tau). 
Otw ke tembok besar tu, kami singgal di Galeri Jed. Another KEDAI KERAJAAN. Cuma kali ni ada yang excited sket sebab memang nak beli jed. Sapa lagi kalo bukan aunty aku. The whole family dia memang minat jed. So masa kat galeri jed tu, they all borong jed. Maybe harga agak mahal compare to kedai kat luar tapi nak play save. Kenapa? sebab kami dah x percaya dengan janji kosong si Tony tu.. kata nak bawa kat tempat shopping but untill now x bawa2.. 
And you know what, sib baik beli kat situ sebab sampai balik ke Malaysia kami x jumpa kedai jed.
Nampaknya tercapai ler hasrat si Tony tu untuk kami berbelanja kat KEDAI KERAJAAN. 
Dapat ler habuan sket kat ko kan.. kan..kan..

 Me & birthday girl. Kapal tu 100% jed
Drawing based on jade

Dekat sejam setengah kami kat situ. Sorry geng sebab terpaksa menunggu lama.. hehehe.
Lepas menjana ekonomi Jed, kami terus gerak ke great wall.
Dah x jauh.. dalam 15 minit kami sampai kat sana. Wah!! teruja yang amat..
Macam x percaya kaki ni berjaya menapak kat situ. Semua tempat nak ambik gambar termasuk la area parking bus. hehehe..

 Ni kat parking bas
Original picture. Muka mulus kat sini sebab x berpeluh. 

Masa di beri 1jam 30 minit. Cukup ker? rasa cam nak mendaki tangga tu tapi mak aih.. tinggi & curam. Last2 aku duk main kat bawah jer... hehehe.. rugi? sikit pun tak..
Ni ada satu lagi cite pasal si Tony. Dia bagi masa sejam setengah. Means kol 11.30 pagi nak gerak kuar dari tempat tu. tapi biasa la kan.. tempat cantik, tak pernah sampai.. so kat tepi bas pun kami tengah syok ambik gambar. and ada a few ahli group duk hisap rokok kat situ. Tiba2 bunyi macam accident. Laaa.. berlaku betul2 depan exit nak kuar dari parking. 
Punya la bodoh si Tony ni, duk ulang 5,6 kali.. 
"if u follow the time, we will miss this accident. And now we have to wait for police to come. It will take 4,5 hours to settle"
Amboi.. ko x paham ker itu semua ketentuan dah.. benda nak jadi..
Cara dia cakap memang nak salahkan kami.. hishh!! sakit plak hati.. pas tu dia duk cakap laa nak balik bandar jauh lagi.. nanti rugi masa nak shopping.. macam2 laa..
Kemalangan tu melibatkan bas pelancong & sebijik keta. memang menghalang both side. Dan keta tu x boleh dialihkan sehingga polis datang.. ayooo... nak buat macam mana.. pasrah jer laa..
Hishh!! x der maknya kena tunggu 4,5 jam macam si Tony cakap tuu.. 30 minit after that keta tu dialihkan tanpa kehadiran polis. 


After great wall, kami terus ke restaurant berdekatan for lunch & solat. Kat situ memang disediakan ruangan solat. Sungguh selesa..Makanan dia pun not bad. kena dengan selera. Hampir 2 jam kai kat situ. Next pit stop, another KEDAI KERAJAAN. Yang ni aku x tahu nama apa sebab x der dalam itinerary.. tapi kedai yang jual ubat-ubatan ler. MAcam biasa, kami di "kurung" dalam bilik dan dipaksa rela mendengar apa yang cina tu nak cakap. masa tu semua buat muka seposen.. Tak der sapa pun nak beli.. kat situ saja rugi 30 minit. Dah la nak sampai ke situ ambik masa 40 minit, Hishh!! baik ko bawa kami gi shopping.


Masing-masing dah fed up.. siap bagi bahan bacaan tuu..

Ok, now aku nak cite lagi kisah menarik pasal Si Tony.
Masa dalam bas, dia ada tanya la kepada semua ahli rombongan pasal xtvt untuk esok. FYI, besok group aku dah check out.. last day kat Beijing. So dia tanya pendapat ramai sama ada nak pergi atau tak ke Tianjin. Untuk makluman, nak ke sana mengambil masa 6 jam untuk pergi balik. Yang ni aku agak x puas hati. Kenapa? banyak sebab...

1) Kalo ko rasa x menarik tempat tu kenapa masukkan dalam tentative 
2) siap ckp kalo nak gi jugak disarankan ambik bullet train yang hanya mengambil masa 25 minit sehala tapi kena bayar sendiri dgn nilai 150 yuan seorang (RM88).
3) Besok last day group aku, bila masa ko nak bawa kami gi shopping?? bodoh!!

Bagi group lain x per la sebab they all ada 2 hari lagi. Memang group aku rugi sehari gara2 nak tunggu another group yg datang sehari lewat dari kami. Satu lagi, sekiranya shopping, of coz la kami nak packing betul2 barang yang di beli. Takkan la last day baru nak beli semua tu.. takkan nak packing kat airport.. hishh!! semak sangat rasanya.. Masa tu aunty aku mmg dah nak marah.. ramai yang x puas hati.. Sepanjang perjalanan balik ke city center, my cousin, Cik Ngoh & mak cik aku duk tanya Tony. Susah betul nak berbincang dengan dia. Then dia cakap laa, skrg ni kite on the way ke tempat shopping gak. so pada masa tu diam ler seketika sebab finally ada tempat shopping. 
Nak tahu ke mana?? Wang Fu Jin. memang tempat tu happening.. tapi semua barang yang dijual kat sini, Malaysia pun ada..malah lebih mahal dari harga di Malaysia.
Apa da kat sini?? ala2 cam Jalan Bukit Bintang.
H&M, Giordano, Forever21, and kat hujung sana ada Prada, Tiffany&Co. macam2 lagi laa..
Aku x nak semua tuu.. aku nak beli fake item.. hahaha
So 1jam 30 minit abis cam tu ler.. cuba tanya polis kat situ, night market ada jual apa, tu dia.. x tau speaking plak. Tanya pekerja kedai.. pun x tau speaking.. mati kutu laa.. Maka masa terbuang begitu sahaja. Kol 7 malam berkumpul di parking bas.
Dari parking tu just jalan kaki ke tempat makan. Area situ jugak laa...

On the way ke Wanfujin, singgah kejap tengok Stadium Sarang Burung. Sadis rasa sebab Kerajaan China x bagi tourist masuk area sana. So sayup2 mata memandang ler ambik gambor..

 Wan Fu Jin
Apple kena gigit

Semasa dinner, aunty aku cuba bincang skali lagi dgn si Tony.
Since ahli group sepakat x nak gi  Tianjin, so we all request la nak gi Silk Street pagi esok. Then after that baru gi KEDAI KERAJAAN yang si Tony sibuk nak bawa gi.
Perbincangan yang hampir2 nak gaduh. Si Tony refuse to change the itinerary. Dia nak jugak gi KEDAI KERAJAAN belah pagi.. petang baru gi Silk Street, dinner & terus ke airport.
Katanya sempat la masa nak shopping belah petang..
Adoi.. Aku x suka shopping last minutes.. in fact x pernah dalam hidup aku, SHOPPING  just a few hours before balik Malaysia. Memang x suka laa.. Dah la Mami aku kirim suh beli cadar laa.. alas meja laa.. nak beli souvenir kat ahli keluarga / kawan2..
Actually dah nampak taktik si Tony.. dia nak iols spent all the money dekat KEDAI KERAJAAN.. sebab dia jugak dapat komisen nanti.. aunty aku ugut nak complain dengan Mangga Travel. Si Tony dengan selamba cakap, "ok, u can call mangga"... perghh.. mati kutu seketika..
Nak call macam mana.. fon x roaming..
Masa tu ada beberapa ahli group satu lagi datang dan bicang sama2.. masa tu muka semua kerut2 la.. masam mencuka pun ada.. tgh syok bincang tibal apek Tony muncul.
Dia cakap, dia boleh bawa ke Silk Street pagi besok dengan SYARAT...
Hambik ko.. siap ada syarat ok.. Dia nak kami semua spent masa at least 40 minutes at Tea Shop & Pearl Gallery then masa di Silk street hanya 2 jam sahaja.
Tapi dalam duk bagi syarat tu dia siap gertak/ugut kami..
"tomorrow is Friday. The traffic will busy. Are u sure 2 hours enough for u to shopping? if we go after lunch, u can spend more than 4 hours shopping"...
Hishh!! x payah la nak gertak cam tu.. cakap ko memang x boleh pakai...
Tengok jer la esok...

12 Disember 2014 (Jumaat) - Last Day

Last day at Beijing. Tak sabau aku nak balik Malaysia. X suka la orang kat sini.. haiya.. Masa aku duk lepak kat lobi (saje turun awal sebab nak online), tetiba ada orang cina tegur aku..
"are u Malaysian?"
"Yes".. simple jer aku jawab..
Terus nyonya tu salam aku... "Seronoknya dapat jumpa orang Malaysia"
wah teruja nampak nyonya tu.. Rupanya dia orang Malaysia jugak.. datang rombongan from Kudat, Sabah. Borak punya borak, dia pun ada masalah dengan tour guide. Dah tahu time winter ni agak windy belah petang, apasal bagang sangat buat itinerary  ke Great wall belah petang. 
Last2 kena cancel ke Great Wall.. Nyonya tu x puas hati. dia siap warning tour guide tu, kalo x bawa jugak, dia nak sama travel agent tu.. Haaaa.. terkedu tour agent tuu...
Pagi ni kami akan terus ke Silk Street. walaupun x der dalam itinerary, tapi kami berkeras nak gi sebab si Tony pandai2 ubah jadual since the 1st day lagi. Beside, hari ni kan dah cancel ke Tianjin.. so sepatutnya hari ni free & easy. Tapi tu laa.. nasib badan ler bila datang dengan tour agent ni. Nak brutal2 sgt kan dia campak kami dalam tasik yang membeku tu, baru padan muka.. hehehe
Kedai buka kol 9.30 pagi. Tempat tu memang besar dan selesa untuk shopping.
Sejam masa dah abis kat kedai beli cadar.. Aku x berani nak split dengan mak cik aku. Dah la tempat tu besar..  Lagi pun makcik aku ni bab tawar menawar harga, dia memang terhebat!! hahaha..
dengan berbaki masa yang x seberapa tu, kami terus pi cari t-shirt yang tulis I ♥ Beijing etc..
Musim sejuk uols.. mana ada orang jual t-shirt. Semua duk jual winter outfit..
Sib baik jumpa jugak kedai kat bawah.. Tapi punya la kedekut oarang kedai ni. Dia x nak buka plastik baju tu banyak2.. so susah gak la nak pilih. Tapi dapat harga murah la juga.. 20yuan (RM11). Kain tebal. Ok laa.. nak gi survey kat kedai lain, masa dah x mencukupi.
Kat sini ada satu cite.. MEMANG DASAR PENIPU peniaga kat sini..
cousin aku mintak la size M 2 helai. Bila balik Malaysia, nampak pelik kat tagging baju.
u know what, label M tu di tampal gitu jer. bila buka tu dia... size XXL. Bila buka lipatan baju tu, memang sah size XXL.. so berhati-hati la yer..


Ok.. another cite tragis.
Suppose kol 12 semua berkumpul dalam bas. Masa tu aku dah berpecah dengan family aunty aku. Time tu they all x sampai lagi. Group lain semua dah ada. Ada salah sorang dari ahli group cite yang suami dia kena marah dengan Tony. Kalo uols nak tau, si Tony ni masuk dalam kedai cari iols semua. masa tu member ni tertinggal stroller anak kat floor atas, so suami dia nak naik ambik la. Masa tu jugak la apek bodoh ni jerit "LET'S GO!!" terkejut si isteri dengar Tony menjerit cam tu kat laki dia.. apa daaa... time tu aku tengok jam. Alahai... mana family aunty akuu ni. Tetiba nampak they all muncul. Lewat 5 MINIT SAHAJA.. tapi si apek Tony ni membebel dalam bas hampr 30 MINIT.
Amboi.. lewat 5 minit pun marah.. yang ko suka2 tukar jadual x per plak.
Dia syik duk ulang ayat
"if u respect me, I respect u"
Masalahnya dari awal lagi ko x respect kami ni...
Then dia duk sambung membebel.. jalan jem laa.. may be stuck 2,3 jam laa.. paling best dia cakap group iols ni mungkin terlepas flight.
Mabuk ke apa.. Jam baru 12.30 tengahari. Flight aku 2.30 pagi
DIULANGI.. 2.30 PAGI
Masa lunch, semua makan cepat2.. aku tanya laa.. "lapar ker?".. ada suara menghanjing cakap
"nanti Tony marah".. hahaha.. mmg lepas tu.. ayat tu la kami guna...
Masa kat Tea Shop, kami masih lagi duk gelak2 menghanjing kan Tony.
Sini pun konsep menjual barang jugak...
Since dalam purse aku masih berbaki 250 yuan, so aku beli la sebotol teh tu.
Memang mahal ler sebab harga dlm 100 yuan (RM50). Tapi x per laa...
Sebab lepas ni dah x der menda nak beli..

Demo bancuh tea katanya..

Selepas Tea Shop, kami terus ke Pearl Shop. Masa dalam bas, si Tony ada cakap, kalo sempat nak singgah satu lagi tempat shopping. X der maknanya kami nak percaya.
Masa mula2 sampai ke Beijing, si Tony ada cakap pearl ni x se famous jade. So kalo x pergi pun tak per. Tup tup hari ni ko bawa jugak kami ke sini.. Nampak tak permainan si Tony ni...
As usual, kami x layan sangat ler apa they all nak cakap kat situ (walaupun dia tu katanya anak manager). Bukan boleh percaya pun.. siap cakap atok dia orang Sarawak. Di sebabkan sama2 ada darah orang Malaysia, so gelang pearl yang di jual 500 yuan tu nak bagi harga special.. 100 yuan (rm52). Perghh!! ada la yang berebut nak beli. Family aku tengok gitu2 jer sebab nampak lebih kurang jer yang harga RM10 kat pasar Filipin di KK.
Before dinner, singgah solat di masjid dahulu.
Another sory menarik. Semasa dalam bas, ada seorang ahli group datang ke seat kami kat depan. Dia cakap ler dgn makcik aku.. tak best sebab hari ni last day bersama-sama. Dia siap cakap'
"Mak cik tak der, sapa nak jadi jurucakap ni.."
Hahaha.. kenapa plak cam tu...
Rupa-rupanya ada cite baru. Itinerary group Malaysia x sama dang itinerary Group Jakarta.
Untuk last day they all, ada tempat yang group Malaysia cover tapi tidak bagi group Jakarta. Boleh si Tony tu suh they all choose yang mana nak gi. So group yang x terlibat kena stay dalam bas.
WHAT??? datang jauh2 suh duk dalam bus??
Kalo nak masuk gak kena bayar sendiri tiket.
Amboi.. senang nya cina Beijing buat duit kan.. Ye laa.. kalo bawa group x ramai, ko dapat tips sket. Itenerary x sama pun x per laa, janji ko masyuk kan..kan...

gambar copy paste jer

Dinner malam terakhir, aku x tau la apa motif nya, si Tony bawa makan kat kedai dalam bangunan  yang ada tempat shopping. Kali ni dia bawa ke Yashow Market.
Eeee.. sakit plak hati. Kenapa?
Kat sini lagi banyak barang compare to Silk Street Market. Paling penting lagi mudah nak bargain harga. Adoi.. duit hanya ada 200 yuan. Yang paling sakit hati, winter coat murah giler. Mencecah harga RM50  jer!! Terkedu mata aku.. Nak beli dah rasa rugi sebab another a few hours dah nak ke airport. Macam2 pesen.. macam2 colors.. Kat sini aku sempat beli beg sekolah untuk anak buah. Tu pun sebab boleh bayar dengan RM. Tapi kena beringat sket.. make sure tukaran wang sama masa tukar kat money changer. Sedikit reminder, bila dah beli barag kat sini sila pastikan dalam plastik yang diberi tu memang barang yang kite pilih. Sebab makcik aku dah terkena.. beli yang lain tapi di bagi yang lain (lebih buruk & kecik). Sib baik makcik aku perasan. So sempat la tukar.
After dinner, group aku di hantar ke airport dengan menaiki van 12 seater. The other group terus balik ke hotel. Masa kat aiport, mula la kalut nak packing barang. Buat pertama kali, aku berpeluh kat situ.. Orang yang lalu lalang sudah tak dihiraukan..
Lama menunggu untuk check in. Ye laa.. flight kol 2.30 pagi. Kol 9 malam dah ada kat sana.
Just reminder, segala power bank & lighter TIDAK DIBENARKAN  di sini.
Check in luggage x boleh.. hand carry pun x boleh. Sib baik power bank aku tu yang free. Kalo tak sadis la jugak. Staff di kaunter check in ok. Barang2 kami lebih 3kg tapi x dikenakan apa2 bayaran.
Imigresen pun x der masalah. Cuma bila pemeriksaan kastam agak leceh. Satu2 dia buka. Dan yang paling aku confuse bila dia calit sejenis bau-bauan di tudung aku dan juga dalam beg aku. Semua orang kena.. Nak tanya, muka serius jer yang kerja kat situ.
Flight pagi tu delay 30 minit. Sib baik selesa kat departure hall..
Around 9.30 pagi kami selamat sampai kat KLIA 2.. Alhamdulillah.
This the closure for 2014. Next year.. inysyallah.. kalo murah rezeki & panjang umur akan pergi melancong ke tempat lain plak.. maybe Korea.. tak pun Australia..
Hehehehe...

trip-to-Beijing-part-1
trip-to-Beijing-part-2


*next entry aku bagi sket tips bila melancong ke Beijing ekk.. hehehe

No comments:

Post a Comment