Wednesday, 17 December 2014

Winter trip to Beijing [part 1]

Assalamualaikum w.b.t!!

Wah!! dah lama rasanya x update entry pasal travel ni..
Rasa cam dah bersarang jer passport dlm drawer kat umah tuu... hehehe
Bersarang sampai expired dah passport tu...
Ok. ok.. kali ni aku nak share my bittersweet memories kat Beijing

This is unplan trip for me.. unplan sebab trip ke sana hanya melibatkan keluarga makcik aku. They all beli pakej kat Matta Fair (ground package 6D4N RM750++). This one include tipping.. so x yah nak pening2 pasal hidden charges. Pakej ni my cousin ambik dengan Mangga Travel . Since salah seorang anak makcik aku x leh join (clash dgn kelas dia), mula la aku duk verangan nak join.. Duk kira balance cuti.. balance duit dalam bank... hish!! macam x cukup jer nak ambik 4 hari cuti kan. Tapi bila sepupu aku duk tayang winter jacket dengan niat nak bagi aku "terbakar"... mula la rasa x senang duduk. Tak boleh jadi nih!! Bila cek tarikh, kebetulan minggu tu ada public holiday (keputeraan Sultan Selangor), eh.. macam lepas jer nak ambik cuti rehat 3 hari nih.. Ok, cek tiket plak... return tiket with check in beg RM920.. alaa.. nak gi laaa...
Hambik ko!!! Tetiba teruja nak gi merasa winter buat kali pertama... 
Total pakej + flight tiket = RM1600.. murah kan?? kan?? kan?? ^_^

8 Disember 2014 (Isnin)
Sudah dikira 1st day dalam itinerary walaupun masih di Malaysia. Rugi ler... tapi nak wat cam ner. Flight kol 7.10 pm dari KLIA2. A lil' bit excited sebab x pernah merasa musim sejuk. Group aku terdiri dari 7 dewasa, 2 kanak-kanak.


 Jauh ter gate Q12

Airbus D7 0316

Nasib aku ler duk seat paling last 51K. Masa take off memang terasa sangat. Penerbangan mengambil masa selama 6 jam. Sib baik dah bawa novel sebagai peneman.. hehehe.. yang duk sebelah aku pompuan Cina.. Dia diam.. aku pun diam jugak ler... hehehe


Macam biasa laa.. bila travel abroad, kena la isi borang dari pihak Imigresen sana. 
So jangan lupa standby pen dalam beg tau...
Sepanjang perjalanan aku bz dgn baca novel.. tido gak.. dalam sejam gitu...
Around 1.30 am touch down di Beijing Capitol International Airport. Since group aku duk belakang, so x der la nak kalut turun awal kan.. Sambil2 tu pakai ler winter jacket.. At the moment kuar dari flight, angin sejuk dah terasa.. mak aih!! ni belum kuar dari bangunan..
Bila dah settle di kaunter imigresen, kami terus kuar. Nampak ler mamat cina duk pegang kertas yang tertera MANGGA TRAVEL. Tourist guide kami namanya Tony. Muda lagi.. dalam 29 tahun. Dia siap pesan suh pakai winter jaket sebab kat luar memang sejuk. Aku sempat tengok jam kat tangan. dah kol 2.30 pagi. Oh ya, waktu kat sini sama dengan Malaysia. Bila kuar jer dari pintu bangunan.. 
Perghh!! Berasap mulut mak noks!! sejuk sampai ke tulang... Seriously.. Suhu waktu tu -4c. 
Bandar Beijing ni sangat besar. Dari airport ke hotel mengambil masa perjalanan selama 40 minit. Waktu tu dah kol 3 pagi. Tapi di sebabkan keterujaan di jiwa.. mata x ngantuk uols.
Kol 3.30 pagi dah masuk bilik masing-masing. Aku sebilik dengan my cousin, Cik Ngoh. Sebelum tido, sempat lagi set up mini pantry.. hahaha...


9 Disember 2014 (Selasa)
Kat sini Subuh jam 6.30 pagi. Lepas solat sambung tido. Sebab xtvt hari ni bermula jam 11 pagi. So baik aku charge tenaga.. Dalam kol 10.30 pagi dah turun ke lobi hotel. Bila kuar duk depan hotel tu.. Perghh!! ketor gitew.. best!! best!! sempat gak ler posing di sekitar hotel tuu..  Sharp kol 11 pagi Tony bawa we all pergi Lunch. Tempatnya x jauh dari hotel. so jalan kaki sudah. Masa kat kedai makan tu, Acik (my aunt) merangkap ketua rombongan tanya la Tony sebab kalo ikotkan itinerary, sepatotnya seawal pagi dah kuar gi Forbidden City. Tapi Tony cakap hari ni jalan2 di taman2 yang lain. Aik?? katanya nak tunggu the other group yg akan sampai malam nanti. Masa ni macam dah nampak bunga2 kelentong si Tony tapi malas nak berfikiran negative on our 1st day tour. Dia ckp, "Don't worry. I will cover all the itinerary"...  Hurm.. we will see!!!




Local Muslim Restaurant. 10 minutes walk from our hotel

Lepas lunch, kami kembali ke hotel untuk solat. Kol 12 tengahari kami menuju ke center Beijing. 1st place yang kami pergi ialah Jingshan Park. Cuaca untuk hari itu agak berkabus. Bagi aku ok jer. Kena la dengan cuaca yang sejuk tu. Kat sini memerlukan stamina sebab semua tempat kena jalan kaki dengan jarak yang jauh. Best jugak sebab boleh tengok suasana di sekitar kawasan kan. 
 After mendaki bukit, peluh x kuar uols.. suka.. suka..
 All of us

Dari Jingshan Park, kami jalan kaki ke satu lagi taman yang agak famous di Beijing -> Beihai Park

The lake already freezing...

Bila dah abes pusing2 kat taman tu.. keadaan pun macam dah nak senja. Aik? baru kol 4.30 petang. Rupanya kat sini siang nya pendek. Masa dalm bus, aku ada cakap dengan Tony nak beli winter jaket yang murah2. Yang aku pakai tu x tahan sangat. So dia bawa ke satu kawasan.. nak kata cam tempat shopping macam biasa jer.. tapi ada la beberapa outlet kat sini. Mak aih.. harga 399 Yuan (RM235). Giler apa!! Dah la ada satu jer kedai yang jual baju tu. Selebihnya jual local food. Sebelum balik ke hotel, kami singgah makan  malam dulu.
Bila sampai ke hotel, Acik ajak jalan-jalan sekitar hotel. Kebetulan dekat area tu, kedai2 yang menjual pakaian. So try luck laa.. ada la jugak pilihan nya. Harga pun x mahal 99 yuan (RM58). Malangnya x der size aku. Kecewa tau!! Org kat sini semua badan slim melim.. Tetiba salegirl suh aku tunggu.. dia naik ke tingkat atas.
Then dia bw turun 2 helai jacket. Nak tau size apa? XXXXL. Hambik ko!!! hahaha...


Aku terpaksa ambik yang oren sebab agak selesa compare to the other. Harga?? 120 yuan (RM70). Murah la kan sebab kat Malaysia mana nak dapat dengan harga cam ni. Jangan di tanya brand apa.. janji ado!! hahaha.. Lena la tido aku malam tu sebab dah ada winter jacket.. hehehe..
Sebelum naik ke bilik, masing2 lepak kat lobi hotel sebab ada free wifi. malangnya kat sini x leh bukak FB. So melayan whatsapp & wechat jer la.. instagram kadang2 boleh buka.. kadang2 x leh.. haiyaa!!!

*dah malas nak menaip.. sambung esok laa... hahah..


No comments:

Post a Comment