Thursday, 18 December 2014

Winter trip to Beijing [Part 2]

10 Disember 2014 (Rabu)


Hari ke-3 di Beijing. Seawal jam 7 pagi sudah berkumpul di lobi hotel. Hari ni ada 2 group yang join for our tour. The 1st one dari Malaysia  seramai 6 dewasa, 2 kanak-kanak. The other group from Jakarta, 3 dewasa. Kesian gak la sebab they all just check in hotel jam 3 pagi. Kol 7 dah ready kat lobi. Aku rasa ada yang x tido tuu.. x per laa.. boleh tido dalam bas kan.
Hari ni agak sejuk. Sib baik aku dah beli winter jacket semalam Hehehe.. Semasa dalam bas, Acik ada tanya kat Tony bila nak bawa ke tempat shopping. ye laa.. semalam masa tanya dia cakap nak tunggu group lain sampai. So hari ni semua dah ada kan.. duit dalam purse aku pun duk menggelupur nak kuar.. hehehe.. As usual si Tony cakap "Don't worry.. we will go. But not today".. Haiyaa!!! 
Pagi ni, tempat yang dituju Tiananmen Square & Forbidden City. Kedua-dua tempat ni just side by side. Masa turun dari bas tu, pergghh... sejuk giler.. Terasa beku di hujung jari & muka.. x per.. bila lagi nak rasa cuaca cam ni kan. Di sebabkan cuaca yang sejuk, kebanyakkan manusia kat sini jalan punya la laju. Sampaikan group aku asyik tertinggal kat belakang. Eh.. harus la nak snap pic here and there kan.. Cousin aku cakap, jalan dah macam Paul Walker.. hahaha..
Di Tianenmen Square ni agak ketat sket kawalan nya. I'm not sure polis or tentera. Tapi they all duk jaga semua pintu masuk ke kawasan tu. Muka semua serius giler. Memang x mesra alam langsung. Kalau local people kena tujuk identity card. So pelancong cam kite ni memang kena ikot rapat dengan tourist giude. Ramai jugak la manusia kat dataran tu. Bila lepas jer security check, kami terus ke tengah2 dataran tu. Tapi rasa cam pelik plak. Kenapa ramai sangat polis kat sini? pas tu nampak cam kalut-kalut jer. So Tony tanya la pihak security kat situ. Rupa-rupanya, they all nak closed tempat tu. Ada event jap lagi. Laaa.. sib baik ler datang awal. Kalo tak tengok dari jauh jer la. So kami cepat-cepat snap gambar. Ye la.. sebab kat hujung sana dah nampak beberapa tourist kena halau kan.. hishh!!! apa daaa...
 Sebab dah ramai kuar, so cantik ler background aku.. hehehe
 Nyampah plak aku tengok muka apek ni.. This is The Tony!!
Tadaa...

From Tiananmen Square, iols jalan kaki jer ke Forbidden City. Untuk ke sana, kena melalui satu terowong bawah tanah. Mak aih.. ramai giler orang. Dah rasa cam berebut nak masuk stadium tgk final bola plak. Berhimpit-himpit gitew. At that moment aku duk fikir, memang x sesuai kalo nak bawa Mami datang sini.. dah la jalan kaki.. 
Bila dah kuar dari terowong tu, Tony bagi masa 10 minit to those yang nak ke toilet. Aku lepak jer kat tepi tu sambil tengok pemandangan. Haaa.. mak nak cite sket apa yang terjadi kat sini. My cousin, Along bawa 2 anak dia, Sufi (4 tahun) & Saif (2 tahun). Muka they all ni seakan-akan local people. Waktu duk menunggu yang gi toilet tu, kami di kerumuni oleh segelintir pelancong China. They duk sibuk nak ambik gambar budak2 tu.. cute katanya dan mereka agak terkejut bila cakap kami ni dari Malaysia. They all ingtkan local people. Salah satu sebab kenapa mereka raza amaze dgn budak2 tu, ialah kerana di sini, satu keluarga hanya boleh melahirkan SEORANG ANAK SAHAJA. So bila tengok budak2 kecik.. they all rasa seronok & teruja. Tetiba rasa cam retis sebab masing dengan fon nak ambik gambar budak-budak tu...

 Sufi & Saif
Tu dia.. dah macam artis plak.. hehehe...

Ok, Jom masuk Forbidden City. Nak masuk ke sini kena bayar. Berapa yuan aku x tahu sebab semua dah covered dalam package. Tempat ni tersangatlah besar. Tony busy explain sejarah tempat ni, tapi aku dgn my cousins sibuk duk snap pic sana sini... Alaa.. sejarah x penting sangat.. yang penting capture the moment tuu..

 This is the main entrance. Tiket beli kat dalam yer..


 Teingat cite The Karate Kid yang Jayden Smith berlakon tu. Katanya untuk luck kalo sentuh tombol emas tu.. haa.. mula la gedik nak pegang jugak.. Tapi jangan percaya laaa.. hehehe
 Kami berada dalam tu untuk tempoh sejam. Aku x explore semuanya sebab besau samgat. Just look around.. snap pic here and there.. semasa otw turun dari tangga, ternampak this group bawa bendera Malaysia. Terus aku jerit "Malaysia Boleh".. sambil tu sempat ler menjeling ahli rombongan tu kann.. Tetiba ternampak this guy.. macam kenal walaupun muka hampir separuh tertutup dgn mafla. Tanpa segan silu aku jerit "Nizar!!".. terkedu mamat tuu... hahaha
Kawan aku daa.. what a small world. Dia bw budak2 under KPM. Ada event katanya di sini.. masyuk ko nok!! hahaha... Apa lagi, terus snap picture...


After Forbidden City, kami jalan kaki ke tempat parking bus. Agak jauh tapi ok jer kan.. sambil2 jalan, tengok ler pemandangan kat situ.. menarik.. mana yang x der kat Malaysia, kami mesti nak snap pic. Ok.. next kite naik Trishaw at Hutang plak. Yang ni pun termasuk dalam pakej. Tapi si Tony tu cakap awal2.. kalo nak bagi tips boleh la sebab they all memang dari golongan miskin dan punya pendapatan hanya dari kayuhan beca. ye ker??? Tak berapa nak percaya sebab ramai yang menipu kat sini.. Tapi x per laa.. anggap jer la sedekah. Bila tengok pakcik yang kayuh beca tu, memang niat nak bagi tips kat dia.. nampak kesian.. ^_^
This is Maya. Group from Jakarta.

After naik beca pusing2 celah rumah orang, hahaha.. betul.. lalu kot celah2 rumah org jer.. Then kami terus ke local restaurant for lunch. X sempat nak snap pic sebab kelaparan. After lunch kami ke masjid yang bedekatan untuk solat. And once again aku lupa nak snap pic hadapan masjid. After solat, ada org berniaga kat depan tu. Nampak cam local dish.. kalo kat tempat kita macam bepang tapi this one lebih lembut sebab dia mix dgn kismis & apricot.. sedap!! 3 bekas untuk 25 yuan (RM15).

Sedap ni..

Now, kite masuk part yang sangat "seronok".. 
Masa ni la Tipah rasa tertipu. Katanya nak ke Galeri Silk. Galeri? mesti something like showroom kan. Masa kat sana, mamat yg  entertain us tu cina Malaysia. So cakap malay laa.. So dia cite la asal usul sutera tu.. jenis2 ulat. Macam mana nak klasifikasi sutera.. bagus laa.. dapat ilmu kan. After that dia bawa masuk satu bilik. Kat dalam tu dah standby 3,4 orang pekerja. They all tutup pintu then bermula la adengan menjual cadar.. dushh!! dah rasa dengar orang MLM bagi ceramah. Sampai kan ada sorang dua nak kuar dia x bagi. Kira macam kena kurung kat dalam tu.. lama gak.. sebab ada yang berminat nak beli cadar sutera tu.. Aku x mampu la sebab harga mencapai lebih rm500 ...yang x nak beli duk ler berdiri kat tepi. Dekat 30 minit kami kena kurung dalam tu.. Bila kami kuar dari bilik tu, di suruh masuk bilik satu lagi. katanya exit kat situ.. tu dia.. another ruangan yang penuh dengan kain sutera. Hishh!! aku x nak beli laa.. tapi sibuk duk promote itu ini.. Last2 jumpa pintu kecik, terus kuar dari situ and tunggu dalam bus.  lebih kurang 10 minit, baru bas gerak. Maka bermula lagi satu episode di mana si Tony nampak cam x puas hati sebab kami lari.. x mo dengar promotion dari pekerja kedai tu.. mula la dia duk buka cite yg dia hidup susah.. cari duit utk menampung study laa..
Dia cite la kedai2 cam ni la duk sponsor pakej kami. That's why murah... katanya!!
This is what we call KEDAI KERAJAAN!!
It's COMPULSORY!! kalo x masuk, kite kena bayar denda dengan travel agent.
WHAT??? memang giler aaa..
Apakah selepas ini ada lagi kedai2 macam ni??
HARUS LA ADA.. So mana yang ambik pakej dengan travel agent tu,
BARE IN MIND LAAAA....
Ok next!!
Ke mana kite?? haaa... satu lagi KEDAI KERAJAAN..
Foot massage.
Dah la tempat nya agak jauh.. Bila sampai semua macam dah penat. budak2 semua dah lelap dalam bas. So bila sampai sana, ada la a few stay dalam bus sebab anak nyenyak tido. And u know what.. TAK BOLEH!! semua WAJIB turun.. nanti kena BAYAR DENDA..
Giler laa rules dia...
Bila masuk dalam bangunan tu, berderat pekerja duk menunggu. Kami diarah masuk ke dalam satu bilik yang tersedia sofa dan susun atur cam dalam bilik kuliah. semua ngadap ke depan. Satu sofa boleh duk 2 orang. Tak lama selepas tu datang ler manusia2 yang membawa bucket kayu yang berisi air. Warna kekuningan. macam teh gitu. Then kami disuruh untuk tanggalkan kasut then rendam kaki ke dalam tu. Aik?? ni macam paksaan plak. Bila tanya Tony, dia kata free..
ooo..FREE.. OK FINE!! so masing2 buka la kasut.. best la juga sebab air tu suam.. suasana plak sejuk. Kemudian masuk la sorang pompuan cina ni.. duk cerita la pasal ubat2 kat kedai dia.. Then dia cakap ler dia study kat San Francisco selama 5 tahun untuk belajar herbs & medication. Hai.. belajar 5 tahun kat negara omputeh, tapi speaking ke laut.. sampai berkerut-kerut muka aku untuk memahami apa yang dia cakap. Sambil2 dia cakap, masuk ler students (kononnya) untuk massage kaki kami. Best la sebab seharian duk berjalan kan. Bila abes jer urut mintak tips. Siap cakap nak 20 yuen (RM12). Mak aih.. ni melampau laa.. kata free.. then mintak tips.. pas tu siap cakap harga tips tu berapa yang dia nak. Sakit plak hati ni.. aku bagi 20 yuan utk aku & my cousin.
Pas tu aku cakap NO MONEY!!! Geram pun ada gak...
Lepas sesi urut kaki tu, pompuan cina yang duk bercakap kat depan tu pun cakap ler dgn air muka cam bangga yang amat "please give a big hand to our professor". Student2 dia semua bangun tepuk tangan. Wah!! hebat professor ni.. tapi bila tengok muka dia.. mak aih!! Cam muka orang mabuk tepi jalan jer.. Aduh laa.. Pakai lab coat yang sangat lusuh.. gigi berkarat, nafas berbau.. cakap macam org nak gaduh jer..Yang kelakarnya, dia aim yang gemuk jer untuk test tahap kesihatan termasuk la aku. Yang kurus-kurus tu langsung x gi dekat. Pas tu mula la cakap aku ni terlalu gemuk.. masalah situ masalah sini. Then dia ckp kalo makan ubat dia, 2 bulan boleh slim melim.. Aku buat muka poyo jer masa dia duk cite depan muka aku. Then aku cakap ler aku dah ambik ubat dari hospital kerajaan Malaysia. tau dia cakap apa?? "NO GOOD!! MY MEDICINE VERY GOOD!!"
Mak aih.. dia ajer yang terbaik..
Kami semua buat muka lemau.. muka poyo.. semua macam dah semak dengan taktik orang kat sini..
So x der sapa pun beli ubat kat situ. Hahaha... padan muka!!

Depan kedai Professor serba tahu!!

Selepas adengan di foot massage, kami terus balik ke city center untuk Beijing Acrobatic Show. Sib baik dalam bas, si Tony x membebel.. Show start kol 5.30 petang. Kol 5 petang kami dah duk dalam theater room tu. Dapat seat yang agak ke depan. Haaa.. yang ni memang best. Kira paling best la untuk xtvt hari tuu.. Sebelum balik ke hotel, kami singgah makan malam dulu.
Perghh!! xtvt penuh hari ni... Masa untuk rehatkan badan & minda.
Trauma sebab Professor kata aku terlalu gemuk.. hahaha..



To be continued....


No comments:

Post a Comment