Wednesday 29 January 2014

Medan - Parapat - Berastagi [Part ll]

sambungan....

Seawal jam 5 pagi dah bangun.. dah subuh pun waktu tuu..
Kol 6 pagi dah terang kat sini...
Semua nya bangun dengan muka yang bersemangat..
Nampaknya semua lena tido... maunya tak.. sejuk weh kat sini...
Setiap bilik memang x der aircond (jimat bil elektrik kaannn)
Hari ni hari tema bagi team J.I.G (Jah Ismail Group)
Apa tema nya??? See for yourself... hikhikhik..

Asal nya tema Electric Blue.. tapi ada yang x berapa nak electric sangat (kurang karan ni...) X per laa..janji ala2 biru kaann..

Abah, Mami & Me...

Cuaca mendung.. sib baik x hujan..

As usual, bekpes disediakan oleh pihak hotel. Tapi, coffee house memang nun kat atas bukit.
Sib baik Rudy sediakan bas untuk naik ke sana. Pagi tu kami trus check out.
Oh ya, segala mak nenek luggage hanya perlu di kumpulkan di depan bilik..
Nanti pihak hotel akan angkut dan masukkan terus ke bas.. senang kan!!
Cantik rupanya coffee house kat sini... walaupun kecik.. tapi view dia.. Masyallah!!

Pool ni betul2 depan coffee house (kat belakang tu la Pulau Samosir)


Lepas jer bekpes, kami menuruni bukit... nak ke mana tuu??
1st agenda hari ni, menaiki bot ke Pulau Samosir.
Tempat naik bot tu x jauh pun.. betul2 depan bilik penginapan kami...
Yang bestnya, Rudy reserved bot tu untuk group kami SAHAJA!!
Padahal bot tu boleh muat sampai 40 orang.. best kan.. privacy sangat!!
Dari hotel ke Pulau Samosir mengambil masa 45 minit..
Actually tempat tu dekat jer.. tapi bot ni ala2 manja gitew.. so x  laju mana laa..
Sesuai untuk tourist cam kami ni haaa...

Happy nampak....


Ni belah atas bot...


Ni belah bawah...

Sepanjang perjalanan dihuburkan dengan Pengamen Bot (nanti bagi la rupiah tu sket kat depa)

1st destination bila sampai ke Pulau Samosir ni --> Ambarita Village
Kat sini kami akan melawat ke Objek Wisata Batu Kursi Raja Siallagan..
Senang cite, depa ni keturunan Batak laa..
Kat sini, fav. word adalah HORAS!! 
(boleh diguna pakai sebagai greeting.. goodbye atau ucapan selamat)
WARNING!!!
Nak sampai ke perkarangan Istana Raja Siallangan tu..
Uols akan melalui deretan kedai.. haaaa.. standby la rupiah masing2 yer..
Yang tunggu kat jeti pun bersepah jugak..
Bab ni aku rimas sket sbb kite ni sibuk nak ambik gambar.. nak tengok pemandangan.
Kat tepi sibuk plak dgn peniaga2 kecil duk suh beli barang2 dia...
Nak wat cam ner kan.. buat bodo jer laa..

Reminder : Harga peniaga jalanan lebih mahal dari peniaga kat kedai tuu.. so pandai2 la yer...

Perjalanan ke kawasan Istana Raja Siallangan mengambil masa 5-10 minit.
On the way tu x yah ler nak menyinggah sangat kat kedai tuu..
Nanti on the way kuar boleh singgah yer ibu2...

Pintu masuk (ini jalan one way ok)

Di hadapan kediaman Raja Siallangan. Setiap anak dapat satu rumah...


Kerusi batu tu, tempat Raja bersidang dgn jemaah menteri dia...

Dua beradik yang verangan nak jadi hulubalang istana.. HORAS!!

Mau pancung kaa???

Orang Batak ni ganas skett..
Pic kat atas tu, ada batu kat tengah tu kaann.. ha tu tempat pancung kepala..
Mana2 ada pesalah, akan di bicara di sini..
Mana2 orang kampung yg x join perbicaraan itu di kira subahat.. dan akan di pancung jugak.
So kerjanya memancung orang jer kan..
Pas tu darah di pesalah tu, akan diminum oleh semua orang sebagai pengajaran..
Scary tau!!
Ok, next destination --> Tomok Village
Kat sini ada makan Raja Sidabutar.
Tapi masa kat sini, kami semua dah x larat nak jalan ke atas bukit tuu...
Agak jauh laaa..
Tapi itu alasan semua nya.. hehehehe... kenapa??
Kat sini happening dengan kedai..
Wah!! macam2 ada... tempat nya 3x ganda besar dari kampung Ambarita tadi..

Reminder : U can buy anything here.. accept for kain.. harga agak mahal. Tunggu beli kat Pasar Ikan di Medan yer...

Agak lama kami di sini.. perot dah berkeroncong...
In fact, kami dah delay 2 jam dari perancangan asal..
Sebelum gerak ke Berastagi, kami singgah lunch di kedai yang sama masa dinner..
Requested by us sebab makanan dia sedap dan banyak... yehaaa!!
Dalam 12 tengahari kami gerak ke Berastagi.
Masa tu hujan dah mulai turun.. musim hujan katanya..
Sepanjang perjalanan ker Berastagi, pemandangan yang indah di tutupi oleh hujan yang lebat.
Agak kecewa...
Perjalanan hujan.. basah dan dalam keadaan mendaki.. seriau gak dalam bas yang kecik tuu..
Sib baik supir kami dah biasa dengan jalan yang sempit tuu..
Dalam perjalanan, kami singah di Simarjarunjung.
Tempat ni kecil jer tapi cantik dan sejuk.. Famous with ginger tea and pisang goreng.
Tapi aku x makan semua tuu.... jagung bakar lebih menarik perhatian kuu...

Cantik tapi awas.. ada anjing berkeliaran.. 

Dingin sekali

Memang manis jagung ni (Rp10,000)

My family...

Kesejukan.. 

Di sebabkan kelewatan masa dan juga hujan non stop,
Maka kami x singgah kat air terjun sipiso-piso.. Terus ke Berastagi.
Pengalaman yang x dapat dilupakan...
Hujan non stop.. masa yang dah lewat (hampir malam) then bus macam ada problem jer (break)
Nervous hokay!!
Tak cukup dengan masalah yang sedia ada...
Tanah runtuh akibat hujan di Berastagi..
Masyallah!!
Kami stuck dalam kesesakan jalan hampir 3 jam..
Total perjalanan dari Parapat ke Berastagi hampir 8 jam (sepatotnya 4 jam shj)
What to do.. di luar kuasa kite kan..
Sampai jer kat Danau Toba Cottage Berastagi. semua rasa lega..
Masa tu dah 9 malam..
Lepas makan kat hotel, masuk bilik.. mandi.. solat.. tidoo.. Penat weh!!

~ End Part ll ~


No comments:

Post a Comment