Monday 7 October 2013

An evening at Al-Rawsha

Assalamualaikum w.b.t!!

I love nasi arab especially Kabsah. Port yang selalu aku gi of coz la Saba Restaurant at Cyberjaya. Tak semua yang suka nasi arab ni. So x semua kawan2 aku yang boleh layan masakan ni. But for Yayah, both of us memang suka nasi kabsah. Last kami belasah nasi arab on the last weekend. And  who knows, weekend baru2 ni (semalam - Sunday) kami makan lagi... yahuuu!!

Actually, x rancang pun nak makan nasi arab. Kebetulan the whole day (on Sunday) aku x kuar. Duk rumah jer. Makan pun ala kadar. So perot agak lapar la. Petang tu Yayah ajak aku temankan dia ke Desa Pandan. Nak gi hantar barang kat adik dia. Masa kat dalam keta, aku dah request nak makan sebab lapar kan. Dapat Mc'D pun jadi laa... This is my 1st time gi rumah adik dia (Edlin). Tak sangka plak dekat jer dengan Al-Rawsha (yang dekat bulatan kampung pandan). Aku sendiri dah lama tau tempat ni. Tapi takot nak masuk. Mak mana mampu nak makan tempat mahal2 ni kann... huhuhu... Banyak kali jugak aku tanya mereka yang biasa makan kat sini, bila tanya harga berapa.. kebanyakkan bagi jawapan "not bad".... Hhmm.. sungguh tak meyakinkan aku... Yayah plak pantang diajak kan... So let us judge by ourself kan!! 

Lupa aku nak snap pic bangunan dia. Agak klasik. Ala-ala istana from middle east gitew. Oh ya, parking free yer.. Pak guard ramai duk jaga parking. Walaupun bukan kerabat cam bini mat yo, tetap boleh parking depan skali hokay!! Masa aku sampai tu baru jam 6 petang. Orang tak ramai sangat sebab baru buka kot.
Tempat nya sangat luas dan agak selesa. Bila dah duduk, waiter tu bagi la menu. Berdebar gak nak tengok kann... hehehe....

Ni muka depan Menu dia nooo...

 Yayah order #90 - Chicken Kabsa

 My order #98 Half Roasted Chicken with rice

 Side order, sib baik aku x order... hehehe. Kenapa? sat lagi aku cite.

Selection of drinks

Harga dia not bad.. betul la yang di cakap kan tuu.. Mula tu aku nak order Jordan Mansaf Chicken, tapi takot tak sedap plak.. that's why aku order Half Roasted chicken tu. Sambil2 tunggu order sampai, aku snap ler pic kat dalam tuuu....


Agak menarik kann.. dah la dia pasang lagu2 arab. Perghh!! memang feel la kan. Kami tunggu tak lama. Dalam 15 minit makanan sampai. Yang sampai dulu nasi kabsa. 


Harga RM17 sepinggan untuk quater chicken. Kalo kat Saba, RM15 untuk half chicken. So uols boleh bandingkan sendiri yer. My opinion, kat Saba laaaaagi best laa.. Nasi dia agak kering. Ayam pun cam biasa jer rasa nya. Ok, my order plak...


Nasi yang sama cuma ayam jer berbeza. Masa aku order, aku x perasan plak ayam tu half. So agak terkejut la bila tengok portion ayam dalam pinggan aku. Tapi aku kan penggemar ayam.. so x der masalah la kan. And u know what, roasted chicken memang TERBAIK!! sebagai penggemar tegar ayam, this is the best roasted chicken ever!! Bila di bandingkan dengan Chicken kabsa,  aku punya nasi lagi banyak.. and of coz la ayam lagi besar sebab half. Yang kabsa tu dia bagi quarter jer.. dengan perbezaan harga hanya RM1. Perghhh!! Kami hanya order air kosong jer sebab dah plan balik nanti nak singgah chatime. Mana leh minom banyak2 air manis kaaannn... hehehe... Sib baik jugak aku x order sharwarma. Kalo tak, confirm tak abes sebab nasi dia memang banyak. Next time datang boleh kongsi 2 orang makan yer. 

Tumpang posing dengan nasi yayah... ehehehe..

Dalam kol 7 petang, kami dah selesai makan. Perghh!! kenyang uols... masing-masing x abes nasi. tapi ayam tetap tinggal tulang jer.. hehehe...buruk lantak betul kan... Bil perlu gi ke kaunter ok. And total yang perlu di bayar ialah :



No tax ok. Hahahaha... Kalo kat Saba ada govt and service tak. And one more thing, plain water FOC!! Kalo kat Saba kena bayar RM0.50 segelas. Conclusion nya, aku akan repeat lagi la makan kan sini. Kan Yayah.. kan.. kan... hehehe.. Haaa... to those yang nak gi, sila ajak aku sekali yer... hehehehe...





No comments:

Post a Comment