Monday 7 October 2013

29th : KL Gangster 2


Title : KL Gangster 2
Duration : 101 minutes
Director : Shamsul Yusof
Distributed by : Skop Productions
Cast : 
Aaron Aziz as Malik
Ady Putra as Jai
Rosyam Nor as Tailong
Ridzuan Hashim as King

It's about :
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.
Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Zeti (Shera Iskandar) telah diperkosa Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.
Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat.Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?


My review :
Sesuai dgn tittle cite ni... Gaduh memanjang. Almost 80% cite ni, bergaduh jer. Rasa cam tak sesuai plak kalo nak bawa bebudak tengok kan. Actually aku x minat cite gangster/aksi melayu ni. Ni 1st time nak tengok kat cinema. Sebelum ni aku tunggu tayang kat TV jer. But since everybody duk cite pasal cite ni, maka terasa nak tengok gak. Nak tau hebat sangat ker. Kalo yang KL Gangster (1st sequel) aku tengok tak abis pun. Separuh jalan jer aku tengok. Yang sambungan ni, aku tengok sampai abes la walaupun dalam hati ni, 3,4 kali terpikir nak angkat kaki kuar dari panggung.

Aku bukan nak ngutuk. Tapi bukan taste aku kot untuk tengok cite genre cam ni. Sorry ya. Jangan plak kata aku ni poyo ker apa. Kalo cite seram ker... cite lawak ker.. aku memang layan la. Untuk filem ni, ada certain scene, aku kena tengok subtitle kat bawah tu sebab tak paham apa yang they all cakap. Ye laa.. semua nak cakap slang Cina padahal yang duk cakap tu bawa character Melayu. Entah ler... lepas ni aku hanya tunggu cite seram arahan Shamsul jer laa sebab cite Khurafat dia memang terbaik!!

My score :
X yah score laaa.. sebab aku x suka cite ni... boleh?? hahahaha

~ Selamat Menonton ~


No comments:

Post a Comment