Thursday 1 November 2012

Migrain datang lagi...

Assalamualaikum w.b.t!!

Wah!! Dah masuk bulan November laa.. (tetiba nak layan lagu November Rain).. Tapi sehari dua ni, aku dah tau hari apa.. dah lupa hari gitew...kenapa?? Sebab aku MIGRAIN!! Ayoo!! Penyakit yang paling aku tak suka.. Actually dalam tahun ni (2012) aku belum lagi di serang migrain... 

"Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain."
[aku copy from google]

See.. semua symptom ada kat aku.. aku dapat penyakit ni dalam tahun 2009. Banyak puncanya.. secara logiknya mungkin sebab kerja kot.. tension katanya!! kadang-kadang berpunca dari badan yang letih.. Means tak cukup rehat.. tak cukup tido..

Migrain aku menyerang pada hari Isnin (29/10). Elok jer baru sampai dari kampung kaann.. kena plak Ahad tuu jalan jem merata tempat menyebabkan perjalanan dari kampung (Kelantan) ke Putrajaya menjadi 12 jam instead of 8 hours.. mungkin itu la punca nya.. entah lerr... Bangun jer dari tido hari Isnin tuu.. mak aih!! kepala nyut..nyut.. nyut.. gitew!! Kebetulan my mom ikot skali balik Putrajaya, so tetiba rasa cam ada nurse kat rumah... dia suh aku telan panadol laa, minom air limau suam laa.. macam2 lagi.. So in that day aku x kerja.. pergi Klinik Mediviron (klinik kerajaan penuh ok!!).. dapat ler MC 1 hari. The whole day aku berehat/tido kat rumah. On Tuesday aku masuk kerja. Unfortunately migrain masih melekat di kepala aku.. badan mula rasa nak demam.. tapi mengenangkan urgent matters kat office, aku redah jugak. And the whole day kat office, muka aku berkerut-kerut tahan sakit. Migrain ini berlarutan ke hari Rabu.Di sebabkan ubat dah habis, petang Rabu tu aku ke Klinik Kerajaan Putrajaya. And u know what, today (Khamis) migrain tu masih ada lagi.. ayooo... belum pernah aku migrain sampai 4 hari.. nyut..nyut.. rasa cam nak cabut letak kat luar jer otak tuu...

Aku ada post kat FB aku tetang migrain. Ramai kengkawan yang prihatin comment kat wall aku... bagi tips untuk hilangkan penyakit kronik ni. Antaranya:
  • Minom air limau nipis/kasturi atau sunquick (My mom tolong buatkan utk aku hari2 ok!!)
  • Bernafas dengan sebelah lubang hidung... selang seli selama 5 minit.. (hhmm.. aku x buat pun sebab sebelah lubang hidung aku memang tersumbat gara2 selsema)
  • Tarik rambut di kawasan kepala yang sakit (tarik jer.. jgn plak sampai tercabut rambut tuu)
  • Tumbuk daun inai.. cam pur dengan air sejuk then letakkan kat kepala. (mana nak cari daun inai uolss.. hehehe)
  • Minom gamat Healin. 
Ini adalah antara petua yang dikongsi oleh kengkawan FB aku laaa.. tapi yang effective bagi aku ialah:
  • Makan ubat migrain
  • Tido
  • Minom air limau kasturi (suam)
  • Sapu ninyak angin cap kapak kat kepala
  • Kasih sayang Mami ( hari-hari tolong picit kepala aku.. I ♥ U mom)
  • Percaya atau tidak, 2 hari aku bekerja.. then bila boss minta itu ini.. maka aku kalut duk settlekan apa yang dia minta.. tau-tau jer.. migrain aku hilang... magic kan!! Kawan aku cakap, itu ubat penenang aku..huhuhu...
*Ramai yang gunakan alasan Migrain untuk dapatkan MC.. memang x patot laaa.. 


No comments:

Post a Comment