Wednesday, 29 January 2014

Medan - Parapat - Berastagi [Part I]

Assalamualaikum w.b.t...

Ni nak cite pasal trip family aku ke Medan pada 29 Nov - 02 Dis 2014. 
Iols plan percutian ni since Julai 2013... Dan dalam tempoh 5 bulan, aku sebagai ketua rombongan (kata nya..) terpaksa ler cari pakej yang terbaik kan.. cari punya cari, pakej dari Medan Tour adalah yag terbaik. Harga nya sangat-sangat berpatutan.. So, aku recommended la sapa2 yang nak guna service Rudy ni (travel agent dari Medan Tour)..

Kadar tukaran Rupiah
Feb 2013 : RM1 = Rp2800
Sept 2013 : RM1 = Rp3000
Nov 2013 : RM1 = Rp3533
* Ini sifir yang selalu aku guna bila guna matawang Indon. Always confuse sebab banyak sangat kosong..kosong... hehehe...

Day 1 (29.12.2014)
Seramai 20 dewasa, 3 kanak-kanak and 2 infants bergerak ke Medan dengan 2 penerbangan yang berbeza. Me and my family pergi dengan MAS (ETD 0825) and the rest with AirAsia (ETD 0845). 
Di sebabkan aku ni dah jadi ketua rombongan, so sesuai ler gerak awal dari orang lain. 
Oh yer.. x yah nak veragan nak duk lelama dalam flight. 
Penerbangan hanya memakan masa 50 minit jer (dah macam aku balik Kelantan jer). 
Walaupun dekat, perbezaan masa tetap 1 jam lebih awal dari Malaysia.

With my nephew.. Amar & Syahmi

Alhamdulillah!! we landed at International Airport Kuala Namu at 0825 (local time).
Airport baru hokay!!! Cantik, selesa dan agak bersih.
Since another flight lom sampai... so kami tak rushing mana laa... sempat lalala kat Arrival Hall.

Dalam 30 minit, selesai segala urusan dgn Imigresen Indonesia. 
Kuar jer dari balai ketibaan tu, aku dah nampak Rudy tersenyum sambil memegang kad yang tertera nama aku. Actually aku kerap juga chat or whatsapp dengan dia. 
So x rasa kekok sangat ler.. Jangan panggil pak yer sebab dia muda lagi.. 28 tahun and single hokay!! hehehe... Agak lama kami menunggu another group. 
Bukan sebab delay tapi kesibukan di arrival hall (sekali touch down, berderat flight lain masuk)... 
Beratur panjang ler kat kaunter Imigresen tuu.. dekat sejam gak baru they all keluar... 
Muka masing2 nampak penat but still excited la kan. 
Lupa nak bagi tahu, ni kali pertama our big family gi holiday oversea dengan pax yang ramai... 
So  untuk trip ni Rudy meyediakan bus 29 seater untuk family aku..(selalunya ambik van jer)


This is our bus 

Reminder : orang Indon ni badan semuanya slim.. so seat dalam bus pun agak slim ler.. So bagi yang gedek (gemuk) tu.. harap maklum la yer. Memang agak sempit ler kann... nasib ler!! huhuhu...

Dalam kol 11 pagi kami kuar dari kawasan airport. 
Next destination : Parapat!! Perjalanan ini akan mengambil masa 4,5 jam depan pada traffic. 
Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah makan tegahari di rumah makan Simpang Tiga. 
Agak kebulur la sebab waktu dah 2 petang (3 petang di Malaysia). 
Harus la perot berkeroncong semuanya kann... 
Jangan risau yer.. Pakej yang di tawarkan oleh Rudy ni termasuk makan, hotel, transportation.. 
So korang bawa duit belanja and tipping kat driver bus jer... 
On the way ke Parapat, kami singgah di Permatang Siantar. Apa ada kat sini?? 
Haaa.. kalo korang nak beli segala jenis  local jajan, boleh la beli di sini. 
Famous shop - Paten. Own by Chinese Indon. 
Nama janjan pun pelik2 jer such as Teng Teng or Ting Ting. 
Harga sepeket dalam Rp20,000 - Rp30,000. So beli la sket kan sebab alang2 dah singgah. 
Kebanyakkan nya sama jer dgn makanan kite such as dodol or kepingan kacang. 
Cuma beza in terms of taste laaa...


Kami sampai ke Parapat dalam kol 4.30 petang. Penat weh!!
Tapi bila tgk view di pinggir Lake Toba tuu... Masyallah!!
Hilang segala penat lelah yang terasa...
Trip kali ni, Rudy telah mneyediakan 10 bilik untuk kami (twin sharing)..
Dan bilik nya... nun jauh di bawah. Al maklum laa.. kawasan berbukit..
Oh ya, kat sini x der lift ok.. so kena la jalan kaki ke bilik masing2.
Since dalam group kami ada warga mas & anak2 kecil..
So terpaksa tumpang van yang angkut barang tuu...
Walaupun kami dapat bilik yang paling bawah... tapi itulah bilik yang paling hampir dengan tasik.
Best woooo....

Penginapan kami di Parapat

Font Desk (check-in uols)

Menuruni anak tangga... agak jauh.. kepenatan dalam keterujaan

View dari balkoni bilik kami...

Sederet depan tu.. semua billik kami.. lalalala...

Kol 7 ptg kami akan gerak ke tempat makan malam.
So dalam masa yang ada tuu... lepas mandi2.. lepak2 jap..
we all decide nak naik bot pusing tasik.. kat tepi bilik kami tu ada menyediakan speed boot..
So kalo nak, sila bayar sendiri laa (not include in package)
Satu bot boleh muat 12 dewasa.. harga setelah bargain Rp150,000 (RM43)

Geng harimau MUDA yang teruja nak naik bot

ini la bot nya...

Selepas pusing2 tasik, kami mula bergerak ke lobi..
Dalam 7.30 malam, kami gerak ke tempat makan..
Oh ya.. lupa nak bagi tau.. waktu kami di sana, musim hujan la pulak..
So malam tu hujan renyai2..
Dinner malam tu memang best.. selera Indon sangat..
Sorry, x sempat nak snap picture sebab masing2 kebulur kelaparan... hehehe..
Lepas makan, kami singgah kedai2 tepi jalan tuu..
Boleh la beli sedikit souvenir kat situ...

Reminder : Korang kena pandai bargain sebab peniaga kat sini akan letak harga tinggi. Make sure korang mintak kurang separuh dari harga yang dia letak hokay...

Perot dah kenyang... beg plastik dah penuh di jari...
Apa lagi.. jom balik tido..
Esok jadual sure pack giler kann...

~ End part l ~


Tuesday, 28 January 2014

The Big Bad Wolf Sale 2013

Citer lama... I know!!
Cuti sekolah akhir tahun 2013, sempat ler aku gi menjengah kat Mines Convention tuu..


My cousin (Elin) memang minat... 
Sajer aku nak nak join. Nak tahu gak, apa yang best sampai beria nak pergikan.. 
Kami pergi bertiga : Aku, Cik Ngoh & Elin. Aku ni bukan suka sangat bab membaca ni.. tapi lately ni semangat nak membaca datang tanpa diundang. 
In fact, tahun 2013 adalah tahun paling banyak aku beli novel (7 naskah).
Kalo tak, dalam memang tak beli laaa..

Masa sampai kat MIECC tu.. aku heran gak. hawat ramai yang bawa luggage.. bawa beg besau2.
Rupa-rupanya, masing2 nak memborong buku. Orang memang ramai giler. 
Sib baik dapat parking. 80% buku yang dijual ada lah buku bahasa Inggeris dan di jual dengan harga yang murah giler. Terkejut mak tau!
Ada yang RM10.. ada yang RM8.. malah yang RM3 pun ado noks!! 

Orang bawa kotak, aku pun nak bawa jugak... hehehe..

Menarik sangat!! dekat 2 jam kami kat dalam tuu..
sebab x nak membazir, dari 8 buku yang aku ambil.. hanya 4 jer yang aku beli.
Belom tentu abis baca kan. Aku x minat novel omputeh.. tapi aku suka buku pasal self built/motivation.


Inilah buku hasil tangkapan aku.
Novel aku ambik gak satu.. sajer gedix kann..
x tau ler nak baca bila. Tak per, janji beli kan.. murah jer..
On the way nak kuar dari hall tu, ada plak orang jual barang2 Halloween..
Apa lagi.. snapshot laa..



~ END ~

Anugerah Juara Lagu 28

Assalamualaikum w.b.t...

Masih belum terlambat nak wish TAHNIAH pada Hafiz.. lagu ko memang best dik!!
Tapi aku laaagi minat Hyper Act laa.. Dapat naib Juara pun jadi la kann...

Nak citer...
1st time aku gi tengok live AJL...
Kebetulan my newlywed couple, Elina & Titah ada tiket lebih.
So they all ajak ler me & Shida to join them.. Free kan.. apa lagi.
Tapi pada awal nya di maklumkan seat aku & Shida hanya di aras 3 (Arena), depa dapat VIP ticket..
Tak per laa.. janji ada tiket kan. Tup2 hari nak gi, adik Elle cancel last minutes.
So dapat ler seat VIP jugaks.. Yeay!!

Teruja uols!!

Before the show... 

VIP tiket!! Mula la aku duk terbayang duk sebelah dgn artis2 lain..
paling tak pun duk belakang depa kaa..
Bila masuk jer dalam... tu la view aku (tengok pic di atas).
Jauh jugak!! Seat nun di bawah sana rupa-rupanya untuk artis jemputan & VVIP.
Dan juga peminat fan club yang bawa sepanduk.
Hampeh tul.. Aku rasa aku dah bawa artis dari Pakistan malam tuu.. hehehehe...

Lagu yang di pertandingkan malam tu :

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

Bagi aku, sepanjang persembahan malam tu, HYPER ACT paling meletop. 
Kenapa??
this the only performance yang paling havoc.. 
dari awal sampai abis, semua penonton pakat nyanyi sama2.. bergema uols!! 
goose bumps aku tau.. 
Kalo lagu lain tuu, menang sorakan jer laa... 
Persembahan paling best patot diberi pada Altimate & Awi Rafael. 
Best siot bila duit jatuh dari atas.. semua terkinja-kinja nak ambik (walaupun duit tipu kaann).. 
Tapi nak wat macam mana kan. Peminat Altimate tak sekaya peminat Hafiz.. huhuhu...

Bersama artis jemputan dari Pakistan ^_^

Nampak pasangan bahagia kat belakang aku tuu?? Siap tenung2 hokay!!

KEPUTUSAN

Juara : Bahagiamu Deritaku (Hafiz)

Naib Juara : Hanya Aku (Hyper Act)

Ke-3 : Kalau Aku Kaya (ALtimate feat. Awi Rafael)

Vokal Terbaik : Jaclyn Victor

Persembahan terbaik : Hafiz

Malam tu, ada something yang menarik dan hanya penonton di stadium jer yang dapat tengok. 
Yang kat rumah tu memang x tau apa2 la kan... 
Semasa Ziana Zain wat persembahan, di belah atas, di celah2 penonton yang ramai..
muncul Ziana Zain wannabe...


Pakai dress biru.. siap bawa microphone sendiri hokay!! 
Masa Ziana duk nyanyi kat bawah, dia kat atas siap miming and catwalk. 
Walaupun tiada suluhan lampu spotlight, dia tetap maintain miming dalam gelap. 
Masa tu memang gimix stadium. Bersorak!! 
Sorakan itu bukan untuk Ziana tapi untuk KLON Ziana kat atas tuu... hahahaha... best whooo....

~ END ~

Monday, 27 January 2014

2nd : I.Frankenstein


Movie : I.Frankenstein
Genre : Action/sci-fi
Running time : 93 minutes
Distributed by : Lionsgate
Date release : 23rd January 2014
Showtime : 24th Jan 2014 / 8.30 pm
Venue : GSC Alamanda

Synopsis: 
Frankenstein's creature find himself caught in an all-out, centuries old war between two immortal clans.

Boleh laaa... much better than my 1st movie. Hero pun agak famous, Aaron Eckhart. Dalam cite ni, makhluk ciptaan Dr. Victor Frankenstein di beri nama Adam. Selepas Adam bunuh Dr. Victor, dia di buru oleh demon tapi diselamatkan oleh puak2 gargoyles (pelindung bumi). Since from that day, Adam di buru oleh geng2 demon atas arahan Prince Naberius. Selama 200 tahun akhirnya, Prince Naberius dapat mencari Adam. Then, gaduh2.. perang2 antara Demon & Gargoyles... 

Komen Aku:
Yang mana boring2 tu, boleh la layan cite ni. Aku ok jer tengok sebab aku mmg suka cite ala2 sci-fi ni. Cuma yang aku heran, punya la depa tu duk perang2 kat tengah2 bandar.. tapi orang sekeliling (manusia) x ambik port langsung.. may be dah pasang pendinding kot.. hehehe...

Score : 3

~ Selamat menonton ~

Friday, 24 January 2014

1st : Devil's Due (18)

Assalamualaikum w.b.t

Movie : Devil's Due
Genre : Horror
Running time : 89 minutes
Distributed by : 20th Century FOX
Date release : 9th January 2014
Showtime : 10th Jan 2014 / 8.30 pm
Venue : GSC Alamanda


Synopsis:
After a mysterious, lost night on their honeymoon, a newlywed couple finds themselves dealing with an earlier -than-planned pregnancy. While recording everything for posterity, the husband begins to noticed odd behavior in his wife that they initially write off to nerves, but as the months pass, it becomes evident that the dark changes to her body and mind have a much more sinister origin.

Komen aku:
Pembuka tirai 2014. Verangan nak jerit2 kat cinema kann.. beside, x der choice sgt kat Alamada hari tu, so kami (aku, angoh, arif & elin) decide nak layan cite ni...Cite bodoh la bagi aku... 1st of all, aku memang x minat filem yang ala2 guna handycam/footage... sakit mato woooo!!! For the 1st 10 minutes, seriously kepala aku pening.. x sanggup nak tengok.

Jalan cite ok jer.. walaupun berkaitan dengan pemujaan syiatan.. tapi konsep handycam ni, mmg aku x setuju laaa.. So memang x ppuas hati sensangat. Abes jer movie tuu.. semua pakat2 tergelak.. rasa cam rugi jer RM11 tuuu.. huhuhuhu....

Score : 1 (boleh?? hahaha)

Welcome Back Cik Bulatzz

Assalamualaikum w.b.t!!

Wah!! Lama betul x buka blog aku yang x seberapa ni...
Walaupun x ramai follower.. tapi ada la a few yang tanya aku, bila nak update blog...
Well baby, I'M BACK!!
So tunggu jer la yer..


~ Babai ~

Friday, 1 November 2013

35th : Thor : The Dark World (2D)



Title : Thor - The Dark World
Duration : 120 minutes
Director : Alan Taylor
Cast : 
Chris Hemsworth as Thor
 Natalie Portman as Jane Foster
Tom Hiddleston as Loki

It's about :
Faced with an enemy that even Odin and Asgard cannot withstand, Thor must embark on his most perilous and personal journey yet, one that will reunite him with Jane Foster and force him to sacrifice everything to save us all.


My Review :
Nak kata wow sangat tu x der laa.. But it's fun to watch. Tinggi imaginasi omputeh ni kan... watak pelik2 jer aku tengok dalam cite ni... Tapi part yang paling aku suka, Loki dah ada sense of humor.. Boleh plak melawak dgn abang dia tu kaann... hahaha... Apa2 pun, worth to watch laaa..

My Score :
3*