Monday 4 January 2016

KL New Year Run 2016

Assalamualaikum w.b.t!!

Alhamdulillah. Dah masuk 2016. HAPPY NEW YEAR!!

Ok, sebagai pembuka tirai 2016, aku mulakan dengan aktiviti yang paling menyihatkan. Apa dia? Haa.. aku join event larian : KL NEW YEAR RUN 2016. Dengan bayaran RM65 for 10KM run, aku join with my buddy Nisa. A lil'bit excited sebab last year, semua event larian aku hanya di Putrajaya. Bukan apa, dekat dengan rumah kan. So x der la kena bangun sebelum subuh. Tapi untuk event kali ni, berlangsung di Dataran Merderka KL. Based on schedule, flag off for 10 km at 7.00 am. Means that aku kena berada di sana at least before 6.40 am. Ye laa.. nak warm up lagi, cari parking lagi. Dah la x biasa park area Dataran tu. Aku ambik Nisa 5.30 pagi. Stop for Subuh prayer at Petronas Sungai Besi. Dalam 6.15 pagi aku dah sampai Dataran. Alhamdulillah, parking tepi2 tu jer (tepi jalan). Free park kata nya. Kalo hari biasa confirm kena tunda kalo park kat situ. 

Just a lil'bit info about the event. Organised by Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1Malaysia. Venue partner by DBKL. Event ini telah di rasmikan/flag off oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansur. Event bermula jam 7 pagi dengan zumba. Alahai... berzumba dalam gerimis iols pagi tu. Ya, hujan rintik2 uols. Memang cuaca pagi tu mendung. Tapi aku suka jer sebab tak panas kan. Kami berlepas  kol 7.30 pagi. Kire delay 15 minit la. Untuk fun run 5km flag off 7.45 pagi. 

Wow. Route dia sangat best. Kalo hari biasa memang tak ler nak berlari2 di tengah kota metropolitan ni. Cewah!! dari Dataran, pusing depan Maju Junction, depan Bukit Nenas, masuk plak depan Pavillion, lalu depan Tabung Haji, KLCC. Perghh!! dah macam tourist lak aku. Jenguk sana.. jenguk sini.. Oh ya, masa kat starting line, aku side by side dengan Nisa. Member aku ni dah banyak kali masuk event larian cuma ni baru pertama kali dia try for 10 km running. So, she's a lil bit nervous. But I know she can do it. Untuk 2 km pertama, we run side by side. Tapi, bila dah masuk laluan depan Pertama Kompleks tu, dia dah slow. Yang aku ni plak, jenis yang kena keep on running bila masih bertenaga ni. Kalo aku slow or walk, memang lemau ler nak lari balik. So, I'M SO SORRY BABE. Terpaksa meninggalkan Nisa kat belakang. And I will wait for her, cheer up for her at the finishing line. Yuhuuuuu!!!

The route

Feeling strong baby!!

Me & Nisa (before zumba)




Nak share sket pasal water station ni. Selalunya, bila aku masuk larin 10 km ni, water station at least ada 3. Tapi untuk event ni hanya ada 2 sahaja. Mak aih! dah la jarak antara 2 sation ni jauh. And for each station, meja kecik jer uols. All the runners serbu nak air. Sampaikan ada runner yang tuang sendiri air tu. Memang sadis gak la view ni. Untuk sampai ke water station ke-2 tu, aku rasa ada ler dlm 4 km jarak nya. setiap kali aku selisih dgn runners yg lain, semua nya duk tanya mana air.  Yang bawa cash tu , pakat menyinggah kat kedai or stesen minyak. 

Untuk larian ni, jarak yang di beri 10 km. Tapi jarak sebenar larian alomst 11 km. Dan kali ni aku berlari tanpa timing chip. Bila x der timing chip, means NO e-certificate. Memang tak best la. Penting timing chips tu... nak tau masa yang di ambil, nak tau jarak kite lari dan yang penting, nak tahu dapat nombor berapa dalam larian. Dan yang paling kelakar, masa aku sampai ke finishing line, tengok ramai jer duk bersusun kat situ. Masa lari tadi, depan aku x der la ramai sangat runners. X kan ler sampai serentak or lebih kurang dengan aku. Korang bayangkan ler, penat2 berlari 10km, sampai finishing line kena BERATUR!! diulangi... BERATUR!! Beratur untuk apa? Untuk dapatkan medal & goodies bag. Teruk betul pengurusan. Sebelum ni, kalo aku masuk event larian, at the moment we are reaching the finishing line, a few petugas akan terus tick kat bip number untuk dapatkan medal. Dan gerak ke belakang sket, untuk dapatkan goodies bag. Ini tak, semua petugas duk berkumpul tepi khemah urusetia. Long Que. Time tu kaki dah sengal2 mintak duduk. Tapi apa kan daya.. nak dapatkan medal & goodies bag punya pasal. Lepas beratur kat situ, kena beratur plak kat another khemah utuk dapatkan sijil kosong. Kosong jer.. nanti pandai2 la korang nak tulis nama kat situ. Sadis plak aku rasa.




We did it!!

Secara keseluruhan, event ni agak menghampakan especially dari segi pengurusan majlis. Sib baik la route dia ok kan.. Kalo tak, bertimpa-timpa kekecewaan iols tau. Oh ya, bagi pemenang larian ni, kalo yang kategori lelaki majoriti nya Awang Hitam yang menang (geng kulit hitam). Korang bayangkan ler, 10 km tu, they all lari dalam masa 33 minit jer. Perghh!!! aku lari pun dah ambik masa 1 jam 20 minit. Aku panggil depa pelari Kenya. Hahaha.. laju weh...

No comments:

Post a Comment