Thursday 23 October 2014

♥ P a n d o r a ♥

Assalamualaikum w.bt!!

Pandora? apa ni? Bila tau apakah pandora yang sebenarnya, my 1st word.. "Mahal!!".. dan diikut kata2 carut yang x mampu aku tulis kat sini... hahaha.. Tapi tu la, orang-orang tua dah pesan kan.. cakap tu biar berpada-pada. Last-last dah kena jilat ludah sendiri. Yuck!! Padan muka aku!!
Mula-mula aku tengok my cousin pakai (Amal).. then my bff (Yayah). Ni x boleh jadi.. Nak jugak (walaupun hati ini pernah mengutuk Pandora).. Hahahaha...
And now aku dah terjebak.. Tak per laa.. Kepuasan hati katanya. Beside aku x suka sangat pakai emas. hehehe (alasan). Bagi yang 1st time nak beli, aku bagi sket tips laa.. jangan jadi cam aku, terkebil-kebil nak beli. Ada steps yang perlu korang ikot.. hahaha:

1) Bracelet
 Aku punya Moments Silver Clasp Bracelet size 20cm
Ada pelbagai pilihan. Kalo duit uols banyak, beli la yang Gold tu. Kalo nak beli, ambik la 1 size bigger than tangan  tuu.. sebab bila uols dah letak segala charms, dia akan menjadi ngam ngam sui!! hehehe

2) Safety Chains
Lepas pilih bracelet, korang kena beli safety chains ni. Ini bagi menggelakkan charms jatuh. Tapi aku sendiri tak beli lagi sebab bracelet aku x penuh sangat. Tapi memang nak beli la.. Security first katanya.

3) Clippers
Clippers ni penting sebab bracelet tu ada 3 section. Ini bagi menggelakkan charms korang bergerak ke sana sini...Yang ni uols memang kena beli sepasang.

4) Charms
Glass - Murano Charms
Decorative Charms

Charms ni ada banyak jenis. Uols pilih la ikot kesesuaian and tema yang uols nak. That's why theme Pandora "Your Story, Design By You".. Macam-maca tema ada. Festive. birthday, travel etc. 

5) Spacers

Spacers untuk diletakkan in between charms (especially glass murano). Ini bagi menggelakkan charms tercalar katanya. Tapi aku sendiri x beli spacer sebab in between 2 glass murano, aku letak decorative charms.

 ni baru lepas cuci

Uols x perlu beli in bulk. For start, beli bracelet, 2 clipper, 2 charms & 1 spacers. Nanti bila gaji or bonus or duit terpijak, boleh ler beli satu persatu. Tapi kalo poket uols memang tebal, silakan la untuk memenuhi segala ruang yang ada kat bracelet tu. Oh ya, bagi yang 1st time pakai, untuk seminggu yang pertama, memang tangan rasa berat sangat.. tapi lama kelamaan, should be ok la..

Ada a few pantang larang bila pakai Pandora. Yang ni memang aku x suka sebab pantang larang tu memang aku buat hari-hari :

TAK BOLEH KENA PARFUME
TAK BOLEH KENA LOTION

Sakit plak hati sebab 2 benda tu aku pakai hari-hari sebelum gi kerja. Sebab 2 elements ni akan membuatkan pandora uols cepat hitam or less shining. Leceh kan.. tapi minat punya pasal, hamba turutkan jua.. hehehe.. Kalo nak cuci, hantar jer ke outlet Pandora for Free!! 



♥♥♥ The End ♥♥♥

No comments:

Post a Comment