Tuesday 16 April 2013

Otak berkarat nak jawab exam

Assalamualaikum w.b.t!!

Korang pernah ambik exam ni tak? Bagi yang tak tahu, meh sini Cikgu Lynn nak citer. To those degree holder yang teringin sangat nak koje gomen, boleh isi borang SPA8i secara online di www.spa.gov.my . Banyak job selection, tapi atas nasib ler kann.. sebab memang susah nak dapat jawatan pegawai dalam sektor kerajaan ni. In fact yang apply memang ramai. Dalam banyak-banyak jawatan tertinggi dalam gomen, yang paling glamer (katanya...) adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Haaaa.. job title pun dah terasa kekelasannya ok!!! Ramai yang nak jadi PTD tapi nak dapat memang susah ler.  So, salah satu cara bagi SPA nak short listed candidates by giving an exam. Perghh!!! berkarat otak teman!!! 

Aku dah lama tak ambik exam ni. Dah 6 kali ambik tapi asyik lingkup jer!! May be dah give up, so aku dah x apply jawatan PTD ni. Dalam tempoh 3 tahun aku berdiam diri... hehehe.. until this year, my frenzz, Yayah suh aku apply semula sebab katanya SPA nak ambik ramai PTD untuk tahun ni... Oh ya, Yayah tu memang PTD.. hebat kan dia... ^_^. Tapi memang dari zaman UiTM lagi she's always brilliant then me...

Kali ni aku memang berharap sangat untuk dapatkan jawatan ni. Mami pun x putus2 berpesan kat aku, suh solat hajat, doa banyak2... Alhamdulillah, apa yang Mami suh buat, aku buat... So, pada 13.04.13 (nice date) aku attend exam PTD di Sek. Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi. Exam ni ada 4 paper (dulu ada 5 paper rasa nya). 2 paper objektif dan 2 esei (Bahasa Melayu & Inggeris). Agak nervous nak jawab exam sebab dah lama kaannn... 1st paper, Pengetahuan AM. Ada 50 soalan dan harus menjawab dalam masa 45 minit.

Dah rasa cam jawab soalan SPM plak...

Alhamdulillah!! Aku rasa aku boleh jawab paper ni. Lebih kepada current issues di Malaysia. So mana2 yang rajin tengok berita utama setiap malam, sure boleh jawab soalan ni. Aku? boleh laaa.... 2nd paper ni masalah sket bagi aku. 40 soalan dalam masa 45 minit. Paper Daya Menyelesaikan Masalah. Memang tak berdaya aku. Simple math tapi aku lemah sket nak congak2 ni... So abes kertas soalan aku conteng untuk calculation... Untuk 30 soalan terawal, alhamdulillah, boleh jawab... masuk jer soalan ke-31, pengawas peperiksaan cakap "Masa menjawab sudah habis. Sila letakkan pensel anda"... mula la aku kelam kabut. Last2 aku tembak for the last 10 questions using machine gun!!! 

 Budak pompuan tu kecewa kot.. lom apa2 lagi dah tido...

Paper ke-3, esei Bahasa Melayu. Hhhmm... dah lama aku tak "menggoreng' ni... Di beri masa hanya sejam. Tiada had berapa patah perkataan. So, kalo ada idea banyak, tulis ler sebanyak mungkin...


Alhamdulillah!! Di beri 3 soalan, pilih satu sahaja. Harus ler aku pilih yang paling senang. Esei tentang langkah2 yang perlu diambil untuk menjaga kebajikan golongan warga emas. Segala informasi yang ada di kepala otak dicurahkan dengan sepenuhnya... Rasa cam confident sket... hehehe...


Untuk 10 minit pertama, hand writting memang cantik... lepas tu, cam hampeh!!! Doctor tengok pun jelezz...

Dari kol 12.30 tgh till 2.00 pm, lunch break. Perot dah la lapar.. kat luar panas terik. Nak gi solat rasa cam x sempat. Memandangkan last paper hanya sejam, so aku decide solat Zuhur kat rumah jer. Perot yang berkeroncong perlu di sis.. Sib baik Mc'D just around the corner. 

Kol 2.00 petang, last paper. Esei Bahaga Inggeris. Yang ni lemah sket sebab writing skill aku memang lemah. Kalo communication tu cam ok sket la kaaann... Tak per.. aku bantai jer... Sib baik soalan senang gak. Sama dengan esei Bahasa Melayu, masa di beri hanya sejam. Bercerita tentang job satisfaction... Hhmm.. cam banyak plak idea aku, Tapi grammar ke langit laaa... Tak per!! Janji point ada kann... hehehehe...


Syukur!! for the 1st time ever, aku rasa cam confident sket. Before this, abes jer exam PTD mesti muka kerut2.. tension.. Semoga Allah murahkan rezeki aku... Amin!!


No comments:

Post a Comment