Wednesday, 16 December 2015

Run Megna... Run...

Assalamualaikum w.b.t!!

As you all know, tahun 2015 ni adalah tahun aku yang paling aktif. Berpunca dari penurunan berat badan 20kg, I felt more lighter, more healthier and more confident. Cam ner nak turun 20kg? Buat jer diet Atkins + exercise. Anyway, kali ni aku nak share my new addiction, my new hobby. Dulu memang tak tercapai di fikiran ku nak involve dengan benda cam ni.. Bermula as my normal routine in weight loss, now dah rasa cam x leh tinggal jer xtvt ni.. It's all about my RUNNING!! Pada asalnya, aku jogging sambil lenggang mak limah jer.. pas tu inspired dengan my friends  Nieza yang aktif dengan larian. So aku mula la terjebak dengan acara larian. Bermula dengan Fun Run 3km, and now aku join larian 12km. Insyallah, 2016 akan datang, aku aim for Half Marathon.

9 Mei 2015 : 9To5 Run (5km)

10 Mei : Malaysian Breakfast Day 2015 (5km)

31 Mei : Fan Ran Team Malaysia (10km)

16 Ogos : Run With Us (12km)

5 Sept : MAKSAK 2015 (10km)

17 Oct : Statsrun 2015 (10km)

14 Nov : EE Run 2015 (10km)

Dari 9 event, aku berjaya join 7 jer. Another 2, HRDF tu batal terus due to haze (burn duit aku RM60). Yang satu lagi Penang Bridge International Marathon aku x join sebab celebrate anniversary my parents. For 2016, aku aim 10 larian dan akan cuba for Half Marathon. Mana la tau tahun depan aku dah dapat my ideal weight kan.. kan.. kan...

Oh ya.. kalo korang nak tengok up coming larian, dan x tau nak join cam ner, korang boleh layari web ni : Hooha / myraceonline / themarathonshop
Happy Running uols. Kalo terserempak dengan iols, just say hi ok..

BYE!!

Thursday, 10 December 2015

Roaring at Singapore

Assalamualaikum w.b.t!!

Last weekend, me & my familia buat ler program cuti sekolah. Al-maklum la, dalam group besar kami ni, ramai yang terlibat dalam bidang persekolahan. Ada murid-murid, ada pelajar, ada cikgu cikgi malah cikgu pencen pun ada juga. Kalo ikotkan selera aku yang ntah apa-apa ni, memang cuba dielakkan ler bercuti time cam ni. Apa-apa pun aku hanya menurut keputusaan jemaah menteri J.I.G (nama group iols). 2 keta dari Kelantan, they all road trip sampai ke Tengganu, Pahang and Johor. Another 2 cars from Putrajaya dan akan jumpa di JB. Untuk penginapan di JB, aku sewa homestay member aku, dan untuk transportation ke Singapore, aku guna khidmat my other member. Kenapa x guna keta sendiri masuk Singapore? Well.. malas nak pikir. Lagi pun ahli jemaah 19 orang. Mau nya sesat dalam Singapore.. rugi masa whoa.. hehehe...

5 Disember 2015 (Sabtu)
Hari ni trip ke Universal Studio sahaja.. dan yang join pun geng2 muda dan yang berjiwa muda. Geng otai ronda JB jer hari ni. Untuk ke USS, my cousin ambik pakej dengan Rajawali Travel. RM215 includes transportation from JB. Selain tu, dapat voucher makanan $5 dollar & shopping $5 dollar. Ok latu sebab tukar duit pun $1 = RM3. Jam 7.15 pagi iols seramai 8 orang berkumpul di depan Tune Hotel. Dalam 7.40 pagi iols bergerak ke Singapore.


Masa nak masuk tu ada isu sket. Geng2 iols kena tahan dengan kawanan yang menjaga entrance sebab dalam beg pack kami banyak makanan. Tu dia.. x leh wat bawa masuk. Actually boleh bawa as long as uols pandai sorok. Jangan bawa beg pack sekolah tu.. bawa yang cute jer.. tapi isi bagi penuh. Air boleh bawa masuk. makanan jer jadi isu sket. Then toilet kat sini mmg x der air. So standby botol kecil satu yer...






Cuaca panas terik sampai rasa melekit. Perghh!! panas ada makna tuu.. Hujan uols. Hujan!!! Tengok kat langit cam lambat nak reda tuu.. Masa hujan lebat iols stuck kat Far Far Away. Rugi.. rugi.. sebab kat situ cantik sangat untuk posing2.. Hampir 10 minit menunggu hujan reda.. tapi rasa cam hampa jer. Nak tak nak terpaksa beli rain coat bodo tu. $3 satu. Means RM12.. apa kan daya. Terpaksa cut bajet untuk beli freezer magnet. 



Maaf ler to those yang duk fenfeeling nak freezer magnet from USS. Satu jer dah RM25. Kopak mak.. kopak... hehehe... Conclusion nya aku kena repeat lagi ke USS ni sebab hujan kan. Separuh jer sempat ambik gambar. Dan di sebabkan hujan juga, parade x der petang tu.. huhuhu...

6 Disember (Ahad)
2nd trip ke Singapore. Seawal 7.45 pagi member aku dah tunggu depan homestay. Untuk ke sana, kami menggunkan 2 starex. Sharp kol 8  pagi kami gerak. Kali ni x der masalah nak bawa bekal/makanan banyak2 sebab naik kenderaan sendiri kan.. hehe.. So the whole day iols pusing2 pulau Singapura. Banyak tempat menarik tapi.. masalah yang sama datang balik. Time Zohor, hujan... Hujan lagi. Then banyak plak jalan tutup on that day sebab ada running event sekitar bandar. Huk aloh!! Nampak sangat nak suh aku datang lagi kan... hehehe






Assalamualaikum

Eh? Eh? ada rupanya Cik Bulatz. Lama nau aku tak update entry. Last rasa nya bulan April. Kenapa? banyak sangat masalah negara katanya... hehehe.. anyway, 

I'm back!!

Tapi ada yang cakap aku dah x leh guna istilah CIK BULATZ dah.. katanya aku dah makin "kecut".. Choi!!! bukan kecut laa.. mengecil jer.. hikhikhik..
Apa-apa pun, it's good to be back. Nanti aku update mana2 entry yang berpatutan yer...

♥ Bye Uols!! ♥

Friday, 3 April 2015

My Atkins Journey

Assalamualaikum w.b.t!!

Actually segan aku nak cite. Bukan apa, rasa cam tak perlu nak share benda-benda cam ni. Since ramai kawan2 suh share tips, so aku cite ler serba sedikit. Tak der niat apa2 pun tau. Just sharing my experience with ATKINS.

Apa tu atkins? Korang google la kalo nak details. For me, it's a diet plan with NO CARBOHYDRATE. Bukan langsung x leh makan, cuma had kan 20g untuk sehari. Dan dalam atkins ni ada 4 fasa. Aku ni x der la expert sangat. So kalo korang nak maklumat tambahan boleh like page  Kelab Diet Atkins . Aku tak follow sangat fasa yg ada dalam diet program ni. Just buat DA (induction) untuk 2 minggu (step pertama dalam atkins). Tapi aku buat DA ni lebih dari sebulan. Malas nak kira karbo. So for everyday menu, aku just buat menu yang aku boleh & suka makan.

For me, sapa2 yang nak buat atkins ni kena ada 2 SYARAT UTAMA (Tak der 2 benda ni, korang memang confirm x leh follow) :
GIGIH!!! 
Haa.. kalo setakat hangat-hangat taik ayam, memang x jadi. 

FOLLOW THE MENU
Bagi siapa yang x biasa meratah lauk pauk, memang susah ler. Bagi aku, benda ni sangat mudah sebab aku suka AYAM!! Heaven kalo dapat makan ayam.. hehehe... 

Basic things like nasi, roti, gula memang TAK BOLEH MAKAN. Dan korang perlu minom air kosong 3 liter atau lebih. MESTI, HARUS, WAJIB!!! Makanan yang paling femes among atkiners:

Telur
Ayam
Cauliflower
Cheese

Heaven kan tengok makanan diet atkin.. Sebab tu la aku boleh follow diet ni. Ok, now let me share apa yang aku selalu makan sepanjang diet atkins ni:

PAGI
♥ Sebelum turun ke pejabat, aku minom segelas air kosong + apple cider vinegar (200ml)
♥ Bila sampai office, minom teh hijau atau D'lite tea (cosway) dalam 300ml
♥ Selalunya, pagi aku akan makan telur. Samada scramble egg, egg rolls. Kalo x sempat nak masak, aku buat telur rebus 2 biji. Untuk telur ni, kalo lama2 sure rasa muak kan. So aku selalu letak cheese or Kewpie Mayo (Lulus atkins).
♥ Untuk sepanjang pagi aku akan minom 1 liters (air kosong) + 500ml (yang aku minom awal pagi tadi tuu)


Make sure uols beli yang warna merah yer. Sebab yang ni sahaja paling low carbo.

LUNCH
♥ Tapau makanan kat cafe. Selalunya aku beli ayam goreng 2 ketul with some mix veggies.
♥ Air kosong 1 liter sampai ler aku balik 4.30 petang.

DINNER
Untuk dinner, aku ada banyak selection sebab ada banyak masa kan. Antara menu yang aku selalu buat:
♥ Sup Ayam (only salt & original spice. jgn guna ajinomoto or other serbuk perasa jer)
♥ Eggs Fritata. Resipi kat sini yer --> fritata
♥ Eggs Muffin --> resipi
♥ Ayam Bakar
♥ Air kosong 1.5 liters
♥ Sebelum tido, air kosong + Apple cider vinegar (200ml)
Total air : 4.2 liters

Aku suka ayam.. that's why menu aku semuanya basic ayam. Kalo korang x suka, boleh la guna ikan, udang.. sotong carbo tinggi sket. So sekali sekala boleh laa..Jangan tak tau, ayam KFC boleh makan yer.. cuma kena buangkan kulit nya tu. Hahaha.. best kan?? Untuk 2 minggu pertama, uols manage to loose 5KG or more. Tapi dalam tempoh 2 minggu tu agak azab ler. Masuk hari ke-3 induction, aku dah start mual, loya & nak muntah. Symptom macam org mengandung plak. Peringkat ni nama nya ketosis. 

TANDA - TANDA KETOSIS
  • Nafas berbau 
  • Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
  • Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari)
  • Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
  • Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
  • Selera makan berkurang
  • Mulut kering (lebihkan minum air)
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
  • Sembelit (boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh org kampung)

jika ada SALAH SATU tanda2 diatas, bermakna anda berjaya mendapat ketosis..bermaksud penurunan berat akan berlaku.

Ada orang kata diet ni x elok. Well.. masing2 punya pendapat la kan. For me, basically atkins bukan la diet yang seimbang. Dan aku buat pun, bukannya 100% focus.. Hanya untuk sebulan pertama sahaja. Bila masuk bulan ke-2, ada dah start cheat (istilah yg dugunakan among atkiners bila ambik carbo lebih dari biasa). Tapi bila dah turun 10KG, automatik korang rasa x nak makan sangat. And for me, bila cheat day, x der la melantak nasi bagai. Selalunya aku cheat bila makan popcorn, subway sandwich, or sometimes craving for mocha or latte... Aku hanya ambik nasi bila balik kampung jer. Tu pun sekali sehari jer laa..

Untuk rutin harian setelah turun 10KG, weekdays aku akan buat menu atkins. On weekend, either Saturday or Sunday, aku akan pilih satu hari untuk cheat. Tapi sekarang ni, memang jarang ler aku minom air manis. Dah terbiasa minom air kosong & teh hijau. huhuhu... Kadang-kadang officemate bw kek ker.. atau bekal yang nampak sedap. Aku akan rasa secubit sahaja. Nak hilangkan rasa terliur tuu..

Satu lagi, ada orang kata atkins ni diet orang kaya. itu aku x nafikan sebab bahan-bahan untuk buat makanan atkin agak mahal. Sos pun pakai yang Nandos jer.. yang lain x lulus katanya. Telur 30 biji bertahan untuk 2 minggu. Perghh!! terasa sado jer.. hahaha... tu tak termasuk lagi bila beli cheese.. Kalo Parmesan cheese, sepekat dalam RM13 -RM20 ringgit. So, nak jimat aku beli kepingan cheddar cheese jer laa... huhuhu..

So, dari 1 Jan 2015 till now (April), nampak ler hasil nya. Banyak baju kurung aku dah x leh pakai. Size sluar pun dari 36 dah bertukar ker size 32 (tapi cutting lelaki laa). Alhamdulillah!! bukan riak ke apa.. cuma x pernah dalam hidup aku pakai sluar size tuu.. Insyallah... aku akan cuba kurangkan lagi another 10KG.  sedikit gambar untuk di kongsi bersama. Mana la tau kot2 korang semangat jugak kann.. hehehe.. :





FYI, seumur hidup, aku x pernah ambik gambar dalam posisi straight cam ni kecuali time ambik gambar passport. Kerana ATKINS, sekarang aku mampu... 

I ♥ Atkins

So jangan lupa join Kelab Atkins Malaysia 
Banyak info kat situ.
Don't forget to drink plain water. Kalo lapar jer, minom air tau...
And one more thing...
EXERCISE!!

Selamat mencuba yer kawan-kawan!!

Thursday, 2 April 2015

12th : Indigenous


Language : English
Genre : Horror
Running time : 86 minutes
Cast :
Zachary Soetenga
Lindsey McKeon
Release date: 26 March 2015
Showtime: 1st April  2015 (7.55 pm) 
Venue : GSC Alamanda
Date : Farra & Marry

Synopsis:
A group of 5 Americans friends on the cusp of adulthood travel to Panama to relax and party amid the exotic paradise. Befriending a local woman in their hotel bar, they learn of a pristine waterfall nearby, but also of ominous legend of a monster inhabiting the expense of unexplored jungle just outside their resort, ignoring the warnings, they convenience the woman to guide them to the pictureance falls. What begins as an innocent outing quickly turns frightening when she goes missing. As night closes in, the friends realize too late the truth behind the rumors - the legendary, blood-sucking Chupacarba is now taking them.

My Komen:
Tak takot punnnnnn.......

11th : I Fine, Thank You, Love You


Language : Thai
Genre : Comedy
Running time : 122 minutes
Cast :
Ice Preechaya
Sunny Suwanmethanont
Release date: 12 March 2015
Showtime: 25 March  2015 (8.20 pm) 
Venue : GSC Alamanda
Date : Ain, Marry


Tuesday, 17 March 2015

7th, 8th. 9th & 10th : perghh.. lama x update movie

Assalamualaikum..

Hampir sebulan x update pape kat blog cik bulat ni. Al-maklum laa, cik bulat sekarang busy dengan kerja (jaga keamanan negara). Busy plak dgn business desa ku.. hahaha.. Tapi, walaupun bz, cik bulat sempat tengok 4 filem tau. Gigih kan!!! Memandangkan tahap kemalasan masih ada dalam diriku ini, maka satu entry, cik bulat bulat jamakkan semuanya. Just make it simple and nice.

7th : Kingsman: The Secret Service


Language : English
Genre : Action
Running time : 129 minutes
Cast :
Collin Firth
Mark Strong
Samuel L. Jackson
Release date: 19 Feb 2015
Showtime: 02 March 2015
Venue : GSC IOI City Mall

8th : Focus (18)


Language : English
Genre : Comedy/crime
Running time : 104 minutes
Cast :
Will Smith
Release date: 16 Feb 2015
Showtime: 04 March 2015 
Venue : GSC Alamanda

Tahap keboringan yang amat sangat, maka Cik Bulat layan sensorang movie ni.
30 minit nak abis, Cik Bulat kuar sebab x tahan dgn kelembapan cite ni...

9th : Cinderella


Language : English
Genre : Fantasy/Romance
Running time : 104 minutes
Cast :
Lily James
Cate Blanchett
Release date: 12 March 2015
Showtime: 12 March 2015 
Venue : GSC Alamanda

10th : Chappie


Language : English
Genre : Action/Thriller
Running time : 120 minutes
Cast :
Dev Patel
Hugh Jackman
Release date: 05 March 2015
Showtime: 14 March 2015 
Venue : GSC IOI City Mall