Assalamualikum w.b.t...
Aku bukan kaki novel..
Memang dari dulu aku memang x suka baca novel..
Rasa cam azab jer nak abeskan sampai bab terakhir...
BUT,
Lately ni jiwa mula terbuka untuk membaca..
Apakah faktor umur??? huhuhu...
Tak kisah laa...
Since I'm not the expert in this area
My frenz banyak memberi cadangan dan guideline...
F.Y.I...
Aku x suka baca novel yang menggambarkan hero tu hensem giler ngalah kan retis..
Aku x suka baca novel yang menggambarkan heroin tu cun mengalahkan supermodel..
Yang tu anak Tan Sri... yang ni anak Dato'..
Tapi kebanyakkan novel cam tu ekk...
So bagi nak mengelakkan watak yang stereotype tu...
Aku kena tau character tuu...
Penyampaian penting.. Bait2 ayat yang di luahkan juga penting...
Leceh kan aku!! hehehe...
So I'll try my luck...
Beli 2 novel...
The 1st one : Cinta Bersaiz XXL by Aliesha Kirana

“Awak
dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak
tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala
keputusan awak.”
“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”
Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana.
Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz
badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah,
badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran.
Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?
Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun
sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat
pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.
“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”
“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”
Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.
Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif
dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.
Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak
mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?
Mungkin kerana aku ni kategori XXL, maka terdetik la hati nak beli novel ni...
At 1st cam ok jer baca citer ni...
Watak Adiba tu ok ler...
Tapi lama kelamaan aku rasa cam boring...
Too good to be true..
Such a fantasy for XXL...
Tak sampai separuh, aku dah stop baca..
Entah ler...
Kalo betul ada lelaki cam Hadif tu, heaven laaa...
Tapi ada ker??? huhuhu...
Ada kot...
Sampai sekarang aku lom abeskan novel ni...
Terbengkalai begitu sahaja...
2nd : Pelangi Cinta Buat Suami by Acik Lana

Kata
orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara.
Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu
saja.
Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud
serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah
itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi
seorang suami dengan sepenuh hati.
Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi
bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana
cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.
Menyedari
keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu
membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan
menolak dan menepis setiap bantuan darinya.
Dan ketika Imanina
melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati
kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri.
Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju
untuk menikahi Imanina.
Perkahwinan yang awalnya dialas dengan
kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu
bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang
datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat
Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.
Namun
kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati
Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya
kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk
menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.
Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?
Novel ni terbaik laa..
Strongly recommended!!
Just like i said before, aku x suka gambaran watak hero yang hensem, anak orang kaya..
Dalam novel ni, gambaran Tengku Qalif sememangnya anak orang kaya yang hensem gitew..
Tapi aku boleh baca sebab di sebalik kehenseman dia tu..
Dia sasau, hilang arah, hanyut dalam dunia dia bila isteri dia meninggal...
So apa guna muka hensem tapi jiwa mental kan....
Dan watak Imanina.... sangat kental...
Berani kerana cinta dia pada Tengku Qalif yang mental itew...
Dugaan datang tanpa henti.. tapi Imanina cekal menghadapi nya...
Jalan cite not bad...
Tanpa segan, aku menangis baca novel ni...
See... aku bukan kaki novel tapi jiwa kental aku tersentuh dengan jalan cite dia...
Tahniah Acik Lana!!
Aku rasa cam nak jer suh mana2 production wat drama bersiri cite ni...
Hehehe...