Assalamualaikum w.b.t!!
This my is my 1st entry for year 2015..
Ingatkan nak share cite or event yang best.. namun x berdaya nak huha huha.
As we all know negeri Pantai Timur di landa gelombang ke-2 banjir.. dan kali ini gelombang yang di bawa membawa kemusnahan yang ekstrem especially di negeri kelahiran ku KELANTAN.
Tak tahu nak gambarkan macam mana.. everybody panic!!
News feed kat FB aku penuh dengan cerita banjir yang di update oleh kawan2 & family di sana.
Minggu terakhir 2014 sangat menyedihkan...
Walaupun rumah aku x dinaiki air... tapi kesan nya sangat terasa especially bila Jambatan Sultan Yahya (yg menghubungkan daerah Tumpat - Kota Bharu) di tutup.
Jambatan di Pasir Mas di buka tapi nak ke sana, air sudah naik hingga ke paras pinggang.
Terputus hubungan.. bekalan makanan x der.. eletrik tak der..
Katanya ada yang jual ayam sampai mencecah RM35 seekor.. telur sampai RM5 untuk 3 biji...
Aku plan nak balik on Krismas tu.. tapi kebayakan jalan dah ditutup.
Flight penuh.. Kalau dapat balik dgn flight sekali pun, still x dapat balik rumah sebab jambatan tutup.
Sedih kann...
Sempena cuti tahun baru aku dapat balik ke kampung. Banjir sudah mulai surut dan ada beberapa jalan sudah pun di buka. Seawal jam 4 pagi aku gerak dari Putrajaya. Asalnya nak balik after work tapi ramai yang sarankan balik pagi sebab banyak jalan rosak antara Gua Musang - Kuala Krai.
Sepanjang perjalanan penuh dengan rakyat Malaysia yang prihatin. Semuanya menghala ke Kelantan dengan misi bantuan banjir. Dan buat pertama kali nya di atas jalan raya di penuhi dengan kenderaan 4x4 yang membawa segala barang bantuan.
Di saat sampai di kawasan yang teruk terjejas kena banjir (Kg. Karangan, Laloh, Manik Urai)..
Terkedu dengan apa yang dilihat...
Antara kenderaan yang membawa sukarelawan & juga barang bantuan
Yang ada arrow hitam tu menunjukkan paras air.
Bandar Kuala Krai
Sampah tersangkut sampai ke wayar letrik
Banyak barang yang rosak
Mak cik ni menerima sedikit bekalan dari rakyat Malaysia yang prihatin
Penempatan sementara
Terlampau banyak pakaian yang diberi sampaikan menjadi longgokan baju di tepi jalan
Aku buka cermin kereta untuk melihat dengan lebih jelas kemusnahan yang ada...
Bau lumpur di sana sini... That's why banjir kali ni di kenali sebagai BAH KUNING.
Lumpur/selut mencecah paras lutut.. sangat bahaya sebab kite x tahu apa yang ada kat dalam tuu..
Ada yang rumahnya rosak, senget sebelah.. tapi paling kesian bila yang ada tinggal hanya tangga rumah. Rumahnya ntah hanyut ke mana.. sehelai sepinggang..
Bandar Kota Bharu penuh dengan debu. Banyak kedai yang rosak. Seriously nampak seperti selepas di landa tsunami...
Group aku (my ex-schoolmate) ada juga memberi sumbangan. Cari sesiapa yang sanggup menderma.. sponsor apa yang patut. Alhamdulillah.. walaupun x seberapa tapi sangat bermakna. Barang-barang yang kami packing tu akan di hantar ke area Tanah Merah. Tapi aku x join la sebab dah balik Putrajaya.
Hari Ahad (4 Jan) aku balik ke Putrajaya. MasyAllah.. jalan jem teruk. Ini kerana ramai yang menghala ke Kuala Krai untuk misi bantuan malah ada juga yang saja2 pergi hanya untuk melihat keadaan di sana. Kenderaan misi bantuan banjir bersepah di atas jalan.
14 Jam baru sampai uols.. mengalahkan musim raya...