Wednesday, 21 January 2015

Bantuan Pasca Banjir 2014

Assalamualaikum w.b.t!!

Meh iter nak cite sket... hehehe
Last week aku seminggu x masuk office. Seronok sangat sebab seminggu x yah nak ngadap suasana suram durjana kat office tu. Ke mana aku pergi?? last 2 weeks aku ada bagi nama untuk sukarelawan under my jabatan a.k.a Jabatan Perdana Menteri (bunyi cam hebat.. tapi tak!!). Tup2 nama aku naik untuk kumpulan ke-2 yang akan gerak pada 12 Jan 2015. Last minit dapat email (biasa la tmpt aku ni.. semua nya suka main kat minit-minit terkahir). Dapat tahu petang Jumaat, Isnin pagi nak gerak.. so kelam kabut gak ler buat persiapan kan. Ye laa.. nak gi wat kerja sukarela.. bukan nya nak gi holiday. Takkan ler nak pakai vogue kaann... So weekend tu sempat ler aku pi cari:
◘ Selipar getah (x jumpa boot)
◘ Gloves
◘ Disposable rain coat

12 Jan (Isnin)
Seawal jam 7.15 pagi aku dah sampai ke Dataran Putrajaya. Masa tu bas baru ada 2 biji.. Peserta yang join pun x ramai lagi time tu. By the time 8 pagi.. orang dah mulai ramai. Bas pun dah tersedia 10 biji semuanya. Dari unit aku, hanya kami bertiga sahaja (termasuk Mira & Hana). So yang ramai2 kat situ memang x kenal laa.. Tapi kami semua mempunyai tujuan yang sama.. untuk membantu kawasan yang terlibat dengan banjir. Nama aku tersenarai dalam Bas No.10. So bila dah jumpa bas, terus masukkan barang2 then berkumpul di depan Kompleks A. Ada flag off by Tan Sri KSN. Misi kali ni akan ke Perak & Pahang. Misi terdahulu dah ke Kelantan. Kumpulan aku akan ke Perak. Tapi daerah mana aku x tau ler sebab x der sebarang taklimat. So ikot jer laa.. Kenderaan yang akan gerak ke Perak melibatkan :
◘ 4 biji bas
◘ 5 kenderaan 4x4
◘ 1 Lori 3 tan
◘ 1 treler 

Tepat jam 9.10 pagi kami semua bergerak ke arah utara. Teruja uols sebab polis traffic escort kami. Dari Putrajaya hingga ke Tol.. Semua kenderaan berhenti memberi laluan kat iols.. wah!! hehehe
Dalam kol 1 tengahari kami sampai ke IKBN Seri Iskandar. Di sini la para sukarelawan JPM akan berkampung selama 5 hari. So x yah nak verangan nak duk hotel ekk.. sekali sekala duk dalam dorm best gak. Teringat masa study duluuu...





 Antara barang2 yang dinuatkan dalam treler
Teruja jumpa katil double decker

13 Jan 2015 (Selasa)
Seawal pagi kami semua dah berkumpul di depan dewan serbaguna IKBN. Agak terkejut sebab masa konvoi semalam hanya ada 4 bas sahaja. Tup tup pagi ni ada lagi 2 bas dan 1 coaster. This one membawa sukarelawan dari sekitar Ipoh dan jugak pelajar dari IKBN sendiri. Wahh!! kagum plak dengan semangat mereka ni... Untuk task pagi tu, group aku combine dengan group 7 dan kami ditugaskan untuk membersihkan kawasan di Kompleks Kerajaan Kampung Gajah. Perjalanan dari IKBN mengambil masa 30 minit. Bila sampai di sana, aku agak terkedu la jugak sebab kawasan tu tak la seteruk yang aku bayangkan. Ye laa.. last week balik kampung (Kelantan), tengok kemusnahan yang terlampau.. yang kat sini air naik paras betis jer.. then x der lumpur pun. Team kami ditugaskan untuk membersihkan surau, taska dan sekitar kuaters yang berada di kawasan berkenaan. Hurm.. x per laa.. dah memang niat nak mambantu kan.. walaupun x seberapa kemusnahan kawasan tu, iols buat jer..


 Baju yang disediakan oleh pihak JPM

 Sekolah ni team lain yang bersihkan...


Geng Bas 10

Yang gelak sakan tu la Mira.. Ipoh mali!!

Hampir kol 1 tengahari kami selesai membersihkan kawasan berkenaan. After that bergerak ke masjid (aku x ingat nama masjid tu) untuk berkumpul makan tengahari. Selepas makan kami terus pulang ke hostel. Petang tu memang x der aktiviti. So aku & Hanna ambik kesempatan ni untuk jogging sambil menjelajah kawasan di dalam IKBN tu.. ok gak... petang2 kuar peluh kan. Pada belah malam plak, one of our roomate datang dari Perak. Kebetulan dia bawa keta. So malam tu pakat lepak kat Mc'D ramai. Kira nya masa untuk mingle around with new friends laa.. Thanks Mira sebab sudi bawa kami semua yer.. hehehe...

14 Jan 2014 (Rabu)
Untuk hari ni kami semua dihantar ke Sek.Men. raja Dr. Nazrin Shah. Sekolah ni memang besar kawasannya. Pengetua sekolah tu cakap yang kebanyakan kelas sudah di bersihkan oleh sukarelawan terdahulu (bukan dari JPM). So untuk team kami, kena bersihkan court volley ball (ada 3) then Pondok/wakaf di sekitar sekolah. Ada 15 semua nya. Hambik ko!! Elok plak satu bas jer dihantar untuk membersihkan kawasan yang besar ni. So dari kol 9 pagi hingga lah kol 2.30 petang baru selesai. Memandangkan jauh lagi nak sampai ke IKBN, so kami semua singgah makan kat medan selera yang berdekatan. Petang tu aku x jogging sebab memang penat. Malam tu join geng2 lelaki gi lepak kat pekan Seri Iskandar. 



 Bekerja dalam cuaca yang panas memang memenatkan


15 Jan 2015 (Khamis)
Last day untuk menyumbangkan tenaga.. hehehe.. Macam biasa laa, every morning memang x tahu nak menghala ke mana. Bila masuk dalam bas baru tahu. Pagi tu, sebelum ke lokasi banjir, semua sukarelawan JPM akan turut serta dalam majlis perasmian gotong-royong bersama exco negeri (x ingat nama apa). Ramai betul orang kampung turun untuk join sekali dalam aktiviti gotong-royong pasca banjir. Lepas jer perasmian tu, kami terus ke SK. Selat Pulau  yang lokasi nya x berapa jauh dari Sungai Perak. Haaa.. ni baru terasa betul2 membantu untuk mangsa banjir. Sekolah tu kecik jer.. x ramai student. Even bas pun x boleh masuk sebab jalan yang sempit. So kami semua jalan kaki sahaja. Rumah di sekitar sekolah tu pun masih digenangi air.



 Anak hekan

SK. Selat Pulau, Kampung Gajah

My team di tugaskan untuk mencuci peralatan sukan yang kotor terkena lumpur, tandas dan 1 kelas. Sempat ler guru kelas tu share cite masa air naik hari tu. Sehari sebelum air naik, dia baru jer hiasakan kelas tu untuk tahun 2015. Siap cat dinding kelas tuu.. sekali air naik paras peha.. Apakan daya.
By the noon, kami dah siap membersihkan kawasan tu.. memang puas hati laa.. lepas penat bekerja, ramai2 makan ais krim. Perghh!! kayo pakcik jual ais krim tuu... hehehe

On the way balik ke IKBN, geng Bas 10 dah pakat2 nak gi ke Lumut petang tu. Ye laa.. besok dah nak balik. Bila lagi nak mingle around dengan kawan2 baru kaann... Bila sampai kat IKBN, semua meluru ke kantin sebab lapar. Lagi pun masa tu dah kol 2.30 petang.. memang kebulur laa.. Tapi sangat mengecewakan bila makanan dah abis. Nampaknya semua sukarelawan lapar yer. So we all decide makan kat Lumut jer laaa... Petang tu dalam kol 4 petang gerak ke Lumut. Perghh!! all the way perot berkeroncong tau. Kami lepak kat sana till night. Kol 8.30 malam terus gerak balik ke IKBN.

InsyAllah.. next time aku nak join lagi kalo ada xtvt sukarela ni. Memang best.. dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yang menghadapi bencana... at the same time dapat tambah kenalan. Memang best!! Kalo nak cari jodoh pun boleh sebab ramai geng2 lelaki. hehehe... gedix!!

No comments:

Post a Comment