Dah 2 minggu aku duk simpan pic dalam camera.
Ni baru leh upload. Bz sangat la tuu.. huhuhu..
Meh sini Cik Bulatz nak story mory kat uolss...
Holiday at Redang ni dah lama aku duk plan dengan mak cik aku, Cik Yam
Aku pernah ke Redang pada tahun 2011 (rasa nya.. dah x ingat). Time tu aku ikot trip office.
Mesmerize with the view.. aku duk jaja cite dgn Cik Yam. Harus la dia tergugat hati.
Lebih2 lagi bila tengok pic aku duk ber hu ha di Redang kann..
From that moment, every year kami plan. Tapi x pernah jadi.
Macam2 hal.. macam2 event.. tambah lagi nak ke Redang kena tengok musim.
Hanya buka dari March till September SAHAJA!!
Hujung & awal tahun closed for monsoon season.
Bayangkan ler bertahun plan, akhirnya.. 12 - 14 April 2014,
Berjaya jua menjejakkan kaki buat kali ke-2, and for the 1st time my family members ke sana.
Ahli Rombongan
Family aku:
Abah + Mami
Abe Yo + Kak Ina
(Syafiq, Syahmi, Ammar)
Buja
Aku
Family Cik Yam (adik Mami):
Ayak Cik Man + Cik Yam
Kak Long and her son, Haziq
Mimi
Hakim
Additional members:
Tok Li (adik bongsu Mami)
Nadia (cousin)
JR (cousin)
11 April 2014 (Jumaat)
Pergerakan dari 2 negeri. Mami & Abah bertolak dari Kelantan (Jumaat pagi)
Dan kami bertolak dari Putrajaya & KL dengan 4 kereta (after work/11 malam)
My parents gerak awal sebab Abah x nak drive seawal pagi
(Kelantan - Terengganu hanya 3 jam perjalanan)
So, aku book hotel kat bandar Kuala Terengganu (KT) untuk mereka overnight.
Ambik hotel budget jer sebab nak tido jer kan.. (DJ Citi Hotel for RM80 per night)
Biasa la kann.. Mami nak jugak anak bongsu dia gi awal.. nak wat geng katanya..
So aku ambik flight petang ke KT. Yang selebihnya bertolak pada jam 11 malam
(6@7 hours driving via LPT)
Kali ke- 2 menjejakkan kaki ke Sultan Mahmud Airport.
My parents dah sedia menunggu.. (touch down at 8.35pm).
Sampai jer terus ke bandar KT, dinner ala kadar...
Balik hotel, mandi.. solat & zzzzz...
Esok nak bangun awal uols!! (>‿◠)✌
12 April 2014 (Sabtu)
Seawal jam 5 pagi aku dah bangun.
Mandi & solat. Dalam kol 6 pagi, abang aku yang sulung, Abe Yo sampai.
They all tumpang mandi & Solat di hotel.
Abang aku yg 2nd (Buja) singgah di masjid jer.
Family Cik Yam akan tunggu di jeti.
Setelah semua selesai, breakfast dulu kat depan hotel.
Then terus ke jeti Shahbandar (berhampiran dengan pasar Payang).
Last time aku ke Redang, naik bot di jeti Merang.
Tapi kali ni naik kat sini plak...
Oh ya, parking bersepah kat sini.
Kalo park dalam kawasan jeti tu, hanya ada 10-12 space parking.
Bayaran nya agak mahal (kata mereka di situ) hahaha..
Kami parking di sebelah jeti.
Parking lot yang besar.. murah tapi biasa ler, x der pagar. Just divider and palang jer.
So park at your own risk!!
Korang park jer keta kat situ. Nanti pekerja majlis bandaran akan letak resit di viper keta.
My Family ♥
Siap ada boarding pass hokay!!
Jeti Shahbandar, Kuala terengganu
Bagi yg takot naik bot kecik, don't worry.. kite naik feri hokay!!
Feri ini boleh memuatkan 300 penumpang. Besar kan..
Last aku ke sana, memang duk resort ni..
Simple & nice.. yang paling aku suka sebab lokasi nya sangat menarik.
Time aku gi, masih dalam Early Bird Promotion.
So dapat ler harga RM300 untuk triple sharing.
(Sedikit promo katanya)
Harga ni termasuk:
- Ferry transfer from Shahbandar to Redang
- 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner, 1 BBQ. Oh ya, minom petang pun ada hokay!!
- 3 trips snorkeling
- penginapan
Makan mewah kat sini (banyak pilihan)
Konsep bancuh sendiri air panas tu memang aku suka..
Nescafe or tea.. korang nak manis ker.. pekat ker.. buat ler ikot selera masing2..
Ok back to my story!!
Di jeti Shahbandar, pekerja resort akan cari kita untuk bagi boarding pass.
Time tu jugak kite kena bayar additional RM5 untuk ke Marine Park.
So simpan elok2 resit tu yer..
Feri kami bertolak 10 minit lebih awal (sepatutnya jam 9 pagi)
Ada banyak trip, tp pihak resort suh naik yang kol 9 pagi.
Feri yang selesa.. aircond sejuk jer...
Perjalanan mengambil masa sejam. Mana yang letih drive dari semalam tu,
Boleh ler tido yer... Nak tengok kat luar pun, laut jer... hehehe..
Alhamdulillah, dalam kol 10 pagi kami sampai di Pulau Redang.
Ketibaan kami di sambut oleh pemandangan yang sangat indah..
Subhanallah!!
Memang cantik..yang bumbung hijau dalam pic di atas adalah Redang Lagoon.
Oh ya, kawasan ni x der jeti.
Kalo ada pun di belah belakang dan agak jauh untuk berjalan kaki..
Last time aku datang, hanya ada jeti kecik (yg guna tong biru sebagai pelampung)
Tapi kali ni, jeti bodo pun x der..
Macam mana nak turun ni????
Tengah kami terkebil-kebil dalam feri..tetiba ada bayang kat tepi..
Apa ni?? Apa ni??
OOooooo.. dah ada bot transit rupanya!!!
So semua penumpang kena naik ke bot transit tu..
Don't worry about your luggage..
Pekerja feri angkut semua..
Senang kan!!
Ada sedikit cite di dalam bot transit.
Memandangkan kerusi x banyak. So keutamaan diberikan kepada warga emas or mother with child.
Yang sihat walafiat tu berdiri laa.. bukan lama pun.
Cuma kalo berdiri kat depan tu, x der bumbung.. so panas ler sket..
Tapi yang aku geram nya.. ada amoi2 yg x nak gerak ke depan..
Takot panas katanya..
Hello!! ko datang PULAU.. bukannya Genting Highland.
Sampai terjerit2 pekerja feri suh mereka gi depan...
Choi!!! dah la semua pakai baju nampak ketiak masham... hahaha...
Lega bila dah sampai resort...
Tengok jam dah kol 11 pagi.
Tapi x leh check in lagi sebab bilik belom ready..
So sesambil tunggu bilik siap,
Kami santai2 depan resort..
Dalam kol 11.30 pagi dah boleh masuk bilik. Aku request bilik yang agak ke depan sebab kesian ler kat Mami nak jalan jauh2 kan...
Untuk pakej ke sini, kami hanya bayar deposit RM100 sahaja.
Selebihnya bayar semasa check in yer...
Roommate aku : Mami & Abah.
Sederet 5 bilik kami conquer!!
Bilik simple jer.. korang nampak aircond tuu??
Haaa.. nampak jer zaman Hail Amir..
Tapi sejuk yang amat!!!
hehehe...
~ to be continued ~
♥♥♥ End Part 1♥♥♥
Sesape yg berminat nk ke pulau redang bleh coll/wasap no ini:
ReplyDelete0179799773 atau lawat fb page:
Holiday runner
Sesape yg berminat nk ke pulau redang bleh coll/wasap no ini:
ReplyDelete0179799773 atau lawat fb page:
Holiday runner