Friday, 28 December 2012

12 Kumpulan Di Padang Mahsyar

Untuk renungan bersama di hari Jumaat:

Menurut Rasulullah s.a.w, umatnya akan dibahagikan kepada 12 kumpulan di Padang Mahsyar:

Kumpulan Pertama
Mereka keluar dari kubur tanpa lengan dan kaki
Mereka adalah orang yang selalu menyakiti tetangga.

Kumpulan Ke-2
Mereka keluar dari kubur dengan bentuk seperti babi-babi hutan.
Mereka adalah orang yang meremehkan solat.

Kumpulan Ke-3
Mereka keluar dari kubur dengan perut seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka adalah orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat .

Kumpulan Ke-4
Mereka keluar dari kubur dengan mengalir darah dari mulut.
Mereka adalah orang yang curang dalam jual beli.

Kumpulan Ke-5
Mereka keluar dari kubur seperti hembusan angin yang busuk (lebih busuk dari bangkai)
Mereka adalah orang yang selalu membuat maksiat kerana takut pada manusia, bukan kerana Allah s.w.t.

Kumpulan Ke-6
Mereka keluar dari kubur dengan leher terputus
Mereka adalah orang yang memberikan saksi palsu.

Kumpulan Ke-7
Mereka keluar dari kubur tanpa mulut dan dari tempat mulutnya keluar muntah darah.
Mereka adalah orang yang tidak mahu bercakap benar (Pembohong).

Kumpulan Ke-8
Mereka keluar dari kubur dengan kaki ke atas, kepala ke bawah.
Mereka adalah orang yang melakukan zina.

Kumpulan Ke-9
Mereka keluar dari kubur dengan wajah yang hitam, mata biru dan perut yang penuh dengan api.
Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim.

Kumpulan Ke-10
Mereka keluar dari kubur dengan penuh penyakit kusta.
Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa.

Kumpulan Ke-11
Mereka keluar dari kubur dengan mata buta, hati dan gigi seperti tanduk banting, bibir sampai ke dada, lidah menjulur panjang dankeluar kotoran daripada perutnya.
Mereka adalah orang yang minum arak.

Kumpulan Ke-12
Mereka keluar dari kubur seperti bulan purnama.
Mereka adalah orang yang membuat kebajikan, dan menjauhi kejahatan serta takut mengerjakan dosa.




Pilih lah kumpulan mana yang anda suka...
Tepuk dada, tanya selera....
Segala pilihan beranda di tangan anda.....


!Wassalam~

No comments:

Post a Comment