Monday, 31 December 2012

Sum of Year 2012

18 Safar 1434H

Assalamualaikum w.b.t!!

This is it!!
The last day in the year 2012.
Hopefully it will ended nicely for all of us...
Maybe some of us already achieved our resolutions...
And maybe some of us still searching for something to make it happen..
But u know what,
You can carried forward your previous resolution to 2013... right???
For me, my 2012 full of bittersweet memories...
Full of activities...
Something that i will cherish forever...
And something need to be left behind as a hidden history (teeeettttt!!)
Here's my 2012 review :-

JANUARI
* My uncle had an operation (Salruan jantung tersumbat) and on the same day, my car was broke down.. and it's mean... I'm also BROKE!! (banyak gak ler duit melayang untuk repair keta tuuu)
* Movies marathon : 2 days in a row  with Syida (Mission Impossible & Keramat)
* Bought my 1st smartphone (Broke lagi...)
* Picnic marathon : for 2 continuous Sunday, Picnic at Sungai Congkak and Sungai tekala.
* Bye bye gigi!! Terpaksa cabut sebab dah x boleh diselamatkan lagi... oucchh!! (Broke lagi)
* Watching movie again... with my dear Yayah!! (my friend since UiTM)
p/s: Banyak aliran wang keluar telah berlaku!! $$$$$$$

FEBRUARI
* Balik kampung, family gahthering at Sudara Beach Resort (Kelantan)
* Out station at Port Dickson
*1st time at Desa WaterPark.. since blom gaji lagi, so orang tak ramai sangat. So kolam itu ana yang punya.. hahahaha....

MAC
* Something happen.. will not forget it!! Grateful to have a wonderful and supportive family!!
* Balik kampung...
*Out station at Melaka.
* Bought new parfume...
* Kak Long Nurul engagement's day!! (my cousin on my mom's side)
* 1st time jadi Blogger...
 p/s: The most break down moment... 

APRIL
* Start my diet!!
* Out station to Melaka... again!!!
* Family holiday at Kota Kinabalu.. Fall in ♥ with Kundasang!!
* Bought jogging outfit (Kopak lagi!!)
* Bertugas di Pesta Buku Antarabangsa KL 2012.

MEI
* Sambung bertugas di Pesta Buku.
* Movie with Syida.
* Mami & Buja (my bro) gi Umrah...
* Bertugas di Himpunan Jutaan Belia (I kan masih belia gitew!!)
*Puasa ganti (5 hari)

JUN
* Puasa ganti & sunat
* Balik kampung to celebrate Mami's Birthday!!
* 1st time jejak kaki ke Parlimen.
* Off to Mabul Island (Tawau, Sabah) with Zauyah & new geng... Mabeles!!

JULAI
* KPSL Exam at UKM Bangi.
* Off to Miri with Syida and followed by Angoh on the next day to attend Baun's wedding.
* Balik kampung lagiiii...
* It's Ramadhan!!!

OGOS
* Surprise birthday to Mama (miy sis in law)
* Making cookies for Hari Raya.
* Shopping for Raya
* Manage to lose 10KG!! Alhamdulillah!!
* Balik kampung.. it's AIDILFITRI!!
* Working on 4th of Raya..

SEPTEMBER
* Open house sana sini..
* Puasa sunat / ganti
* Attend Azah's wedding (my friend from UiTM)
* Balik kampung for Ayu's Wedding (my friend from high skol till now... and she was my housemate)
* Ayu's wedding at Senawang.

OKTOBER
* Make over my bedroom (beli yang baru la uolss)
* Puasa sunat / ganti
* My BIRTHDAY!!!
* Live for final Piala Malaysia. Tak sia-sia tengok kat stadium... TRW Menang!!
* Rumah Tok Ma (keluarga mentua Abe yo) terbakar.. masyallah!!
* New hair style for Raya Haji... hahahaha..
* Raya Haji.. of coz balik kampung..
* My car was left behind at kampung.. ada rosak sket ler... so bawa keta abah ke Putrajaya.
* Migraine!!!

NOVEMBER
* Migraine x hilang lagi... stress plak rasanya...
* After a while, i'm back for out station... off to Kota Kinabalu (and yes.. i bring my migraine with me all along... terbaik laaaa!!)
* sambung dengan World Robot Olympiad at Sunway Convention Center
* 1st time using Fellina.. and i feel good!!
* Balik kampung lagi.. (ambik keta daaa)
* Bought new camera. Love it!!
* Family holiday at Cameron Highland (skol holiday kaaaannnn...)
* Bertugas di PWTC.

DISEMBER
* For the 1st time, i didn't write anything on my diary/planner
* Seminar Pementoran di JPA
* Claim masyuuk.. so semua di masukkan dalam Tabung Haji.
* Aliran wang keluar yang banyak since dapat half bonus & claim November kan...
* Mayan's theory suck!!

Setiap tahun, aku ada 3 azam yang tak pernah terlaksana. Keep renew my resolution from year to year.. Tapi tahun 2012, salah satu azam tu, alhamdulillah tercapai!! Walaupun x sepenuhnya.. aku tetap bersyukur!! So untuk tahun 2013, lagi 2 azam tuu... in sya Allah.. akan aku usahakan!!! Semoga niat baik aku ni.. di berkati oleh Allah s.w.t!! Amin!!

Bye bye 2012!!
Welcome 2013!!!


Tak payah la nak celebrate lebih2 la kann...
Duk umah jer... laaagi bagus!! Kaaaannn... ^_^

Friday, 28 December 2012

12 Kumpulan Di Padang Mahsyar

Untuk renungan bersama di hari Jumaat:

Menurut Rasulullah s.a.w, umatnya akan dibahagikan kepada 12 kumpulan di Padang Mahsyar:

Kumpulan Pertama
Mereka keluar dari kubur tanpa lengan dan kaki
Mereka adalah orang yang selalu menyakiti tetangga.

Kumpulan Ke-2
Mereka keluar dari kubur dengan bentuk seperti babi-babi hutan.
Mereka adalah orang yang meremehkan solat.

Kumpulan Ke-3
Mereka keluar dari kubur dengan perut seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka adalah orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat .

Kumpulan Ke-4
Mereka keluar dari kubur dengan mengalir darah dari mulut.
Mereka adalah orang yang curang dalam jual beli.

Kumpulan Ke-5
Mereka keluar dari kubur seperti hembusan angin yang busuk (lebih busuk dari bangkai)
Mereka adalah orang yang selalu membuat maksiat kerana takut pada manusia, bukan kerana Allah s.w.t.

Kumpulan Ke-6
Mereka keluar dari kubur dengan leher terputus
Mereka adalah orang yang memberikan saksi palsu.

Kumpulan Ke-7
Mereka keluar dari kubur tanpa mulut dan dari tempat mulutnya keluar muntah darah.
Mereka adalah orang yang tidak mahu bercakap benar (Pembohong).

Kumpulan Ke-8
Mereka keluar dari kubur dengan kaki ke atas, kepala ke bawah.
Mereka adalah orang yang melakukan zina.

Kumpulan Ke-9
Mereka keluar dari kubur dengan wajah yang hitam, mata biru dan perut yang penuh dengan api.
Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim.

Kumpulan Ke-10
Mereka keluar dari kubur dengan penuh penyakit kusta.
Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa.

Kumpulan Ke-11
Mereka keluar dari kubur dengan mata buta, hati dan gigi seperti tanduk banting, bibir sampai ke dada, lidah menjulur panjang dankeluar kotoran daripada perutnya.
Mereka adalah orang yang minum arak.

Kumpulan Ke-12
Mereka keluar dari kubur seperti bulan purnama.
Mereka adalah orang yang membuat kebajikan, dan menjauhi kejahatan serta takut mengerjakan dosa.




Pilih lah kumpulan mana yang anda suka...
Tepuk dada, tanya selera....
Segala pilihan beranda di tangan anda.....


!Wassalam~

Reminder to me, myselft & I

15 Safar 1434H

Assalamualaikum w.b.t!!


Suka dengan kata-kata ni...
It's true...
Bukan nak jadi ustazah...
Apatah lagi Ilmuan Agama...
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk teman-teman...
Sekurang-kurangnya, hati kita tahu apa yang dibaca... apa yang ditulis...
Semoga apa yang mata dan hati kita nampak/baca...
Memberi kesedaran pada diri kita.... membantu diri kita...
Untuk cuba menjadi yang terbaik di sisi Allah s.w.t..
In sya Allah!!!

Wednesday, 26 December 2012

Kisah mistik dalam hidup ku...

13 Safar 1434H

Assalamualaikum w.b.t!!

Wah!! tengok tajuk entry semacam jer kan...
Well.. aku rasa bukan aku sorang jer yang pernah mengalami situsi mistik kan...
Ramai yang cakap,
Bila kita rasa something wrong somewhere.. 
Bila rasa seram sejuk...
Mesti cakap itu hanya perasaan kite jer..
Tapi kenapa kite rasa cam tu kan..
Mesti ada sebab kan...

My 1st experience encounter with  paranormal activities was not that good
(Mana ada pengalaman manis kann....)
Masa tu aku baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.
Form 1 dah kena duk asrama (Sek. Men. Dato' Ahmad Maher)
Minggu tu bukan minggu balik, so all the students must stay at hostel for the weekend.
So, petang Khamis tu, dah jadi rutin bebudak asrama untuk basuh baju..
Di sebabkan ampaian jauh & penuh, so tingkap dorm menjadi tempat sangkut baju basah kami.
Memang penuh dengan baju kat tingkap dorm aku tuu...
Malam tu (malam Jumaat), cam biasa la kan...
Lepak sampai tengah malam, borak2 sambil makan meggi...
Dalam kol 1.30 pagi baru tido...
Aku punya la ngatuk, letak kepala jer terus lelap
(F.Y.I : Dorm aku menempatkan seramai 20 org pelajar and divided by closet in the middle)
Tapi entah cam ner dalam kol 2 lebih tu, aku terjaga dari tidur...
Cari selimut.. sejuk weh!!
Di saat mata melilau mencari selimut, di saat itu jugak ler mata aku terpandang di tingkap dorm.
Apa aku nampak??
Satu bayangan... berjalan di kaki lima dengan keadaan bongkok...
Nampak dalam bentuk bayang sebab semua tingkap tutup dan di penuhi denga baju2 kami..
Masa tu mana aku tau menda kan...
I said to myselft "Oooo... rajin nya kakak senior cek bilik junior"..
Tapi masa tu heran gak.. sebab dia jalan smooth giler.. cam jalan atas skateboard pulak..
Bayangan tu 2,3 kali buat lintas langsung...
Aku x ambik port sangat.. jumpa jer selimut (Jatuh di kaki katil)
Terus lelap..
The next day, bila aku cerita kat kengkawan..
Semuanya terdiam!! Saling berpandangan...
Dan masa itu juga aku tahu yang aku lihat itu bukan kakak senior!!
Mami!!! nak balik!!!...hehehehe...
Ini la dorm kami... Abaikan wajah2 suci murni itew...
Pernah terjadi (dalam tahun yang sama)...
Aku bangun dari tidur, baju tidur aku terbalik!!
Yang depan di belakang....
Confuse aku!! Mistik kann!!
Sepanjang aku di asrama SMDAM, memang banyak citer2 mistik..
Dan aku rasa semua asrama memang cam tu kot...

Bila aku masuk UiTM Kampus Machang,
Mistik tetap hadir dalam hidup ku...
Pernah terjadi di sewaktu malam di saat hujan turun renyai2...
Aku terdengar sorakan kuat dari Dewan Serbaguna...
Actually, dalam jam 8 mlm sebelum tu, memang ada tournament badmintan kat dewan tuu..
Dalam keadaan hujan, kol 3 pagi... takkan masih ada orang bersorak di dewan kan..
Eh!! macam ler bilik aku ngadap dewan tuu...
Seram mak!!

Abes belajar, aku kerja kontrak di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya.
Yang ni bukan aku yang nampak...
Tapi officemate nampak aku...
Cam no tuu...
Masa tu kami out station ke Penang.
Aku sebilik dengan Ros, Kak Ina sebilik dengan Kak Jem.
Masuk hari ke-3, Kak Jem kena balik Putrajaya...
So Kak Ina sesorang ler kat bilik tuu..
Aku dah ajak dia untuk tidur jer kat bilik kami.. tapi dia x nak..
So malam tu, terpaksa ler kak Ina lihat "aku" duk tercongak depan dressing room sambil charge handphone...
Tak suka tau... dalam banyak2 orang kenapa benda tu nak menyerupai aku kan...

Masa aku kerja kontrak kat KDN (rasa cam pendatang plak)
Aku tinggal dengan family abang aku di Presint 7.
Pernah terjadi, aku dengar suara budak duk jerit "Ayah!! Ayah dah balik!!"
Anak sapa yang x tido lagi ni!! Tengok jam... kol 3.15 pagi!!
Haishhhh!! Biar betul... Takkan dalam waktu cam ni budak tu x tido lagi...
Dah ler suara cam ceria semacam jer kannn...
Banyak kali jugak aku dengar suara budak tuu...
Tapi aku abaikan dengan baca ayat Kursi banyak2...

Aku nak share sket dengan penghuni Putrajaya...
Korang mesti selalu dengar bunyi guli jatuh kan...
Tak kira la di kuaters ker... di office ker...
Mesti ada kan..
Pas tu, kalo kat rumah mesti dengar orang atas duk heret kerusi...
Duk main lompat2...
Kalo rumah apartment cam lojik la kan sebab ada orang tingkat atas..
Kalo rumah teres??? Jawab sendiri ler... hehehehe...

Thursday, 20 December 2012

Watch it over and over again!!

Cartoons only for kids???
Non sense!!
It's for everybody ok!!
Cartoons can make u laugh... at the same time,
Dapat release tension... nangis pun bleh gak...
(Eh?? ada ker?? .... hehehe)
Here's some my all time favorite cartoons...
In fact, I can watch it over and over again....
*Pssttt... rumah i ada channel cartoons ok!!

SPONGEBOB SQUAREPANTS

 Suka dengar Spongebob gelak....

OGGY AND THE COCKROACHES
Kesian Oggy... Lipas pun boleh buli dia...

MR BEAN
Senang jer watak dia.. No Dialogues!! 

Kalau movies plak (yang aku tengok more than 5 times) :

MADAGASCAR (Ketiga-tiga movies aku follow)
BFF katanya (Mellman, Marty, Alex & Gloria)

RATATOUILLE
Bak kata Chef Gusteau, everybody can cook!!

Yang membuatkan hati ku tersentuh (almost nak nangis lerr... eh!! dah nangis dah pun...)

UP
Apa yang membuatkan aku touching ialah kasih sayang Mr. Fredricksen terhadap isteri dia, Ellie.

WALL-E
Eh sedih laa.. left alone in this world kann.. tau2 jer jumpa Eva.. then fall in

Banyak lagi kartun yang aku suka tengok...
Kalo wat list kat sini... harus ler kena buat entry lain kann...
Just remember, you never to old to having fun watching cartoons... kaaannn...

Terkonang di 20.12.2012

7 Safar 1434H

Assalamualaikum w.b.t!!

Nice date.. again!!
Hari ni, pepagi buta dah felt guilty but of course with pleasure lerr..
Why??
Setelah sekian lama, I'm craving for nasi lemak..hehehe...
Apa salahnya kann... "Buke sokmo pung!!"

Pagi ni, Kak Hasni (officemate/jiran sebelah meja) duk teruja sebab nak balik Baling malam ni..
Cuti sekolah kann.. anak2 dia dah lama balik kampung....
So, beside rindu kampung (Mak & Pak), dia rindu anak2 teruna dia tuu..
Tetiba kami duk share kenangan dulu2 di kampung...
Kelantan & Kedah memang bleh geng laaa..
We share almost same culture/way of life... gitew
Mungkin sebab itu la ramai orang Kelantan kahwin dengan orang Kedah kot!! hehehe...

Bagi kami (kami = Kedah & Kelantan)
Jumaat adalah hari yang paling best..(weekend)
Penghulu segala hari...
Hari yang diraikan pada setiap minggu...
Hari Jumaat ler ada kuliah subuh yang panjang then terus menziarah kubur sedara mara
(Dekat dengan masjid)
Hari Jumaat ler boleh rehat di rumah..
Hari Jumaat ler family berkumpul reramai...
Hari Jumaat ler orang ramai di pasar basah & pasaraya
(Aku, of course ler gi Pasar Wakaf Bharu.. meriah uolss)
Hari Jumaat ler mak sibuk di dapur untuk masak lauk2 besh sebelum ayah gi solat Jumaat
(Of course ler anak2 pompuan tolong kannn...)
Hari Jumaat ler ramai orang di bandar KB untuk dengar ceramah agama (pagi)
Hari Jumaat ler ramai orang di pantai, air terjun, etc....
(Family aku suka lepak di Pantai Sri Tujuh, makan kepok gote & air nyor)
Hari Jumaat ler ramai duk terconggak depan TV after solat Jumaat..
(Tunggu cite Hindi kat TV2.. tapi sekarang dah x der laaaa...)

Tapi sekarang,
Jumaat di Putrajaya hanya seronok sebab rehat panjang jer (12.15 tgh - 2.45 ptg)
Seronok sebab esok nya tak kerja (Sabtu)...
Itu jer laaa..
Hishh!! rasa cam nak isi borang balik negeri jer... hehehehe.. kan Kak Hasni!!

Kak Hasni & Me...

~ Baibai uolss!! ~

Tuesday, 18 December 2012

Where to eat at Putrajaya???

Aku dah jadi warga Putrajaya since late 2003.
Almost 7 years... perghh!!
Masa aku mula jejak kaki di Putrajaya... masih banyak bangunan dalam proses pembinaan..
2012.. still banyak bangunan dan proses pembinaan...
Banyak betul fasa-fasa pembangunan kan...
Dulu, Alamanda x der...
Apatah lagi tempat makan yang happening kan..
Tapi sekarang,
Macam-macam ada...

Among my friends, aku selalu di jadikan tempet rujuk bila mereka nak datang Putrajaya.
Soalan paling femes di tanya --> "Mana tempat best untuk makan??"
Kalau soalan ini ditanya 6,7 tahun lepas,
Confirm aku cakap "I have no idea!!"
Paling tak pun, aku suh they all gi makan kat area Bangi, Kajang or Serdang...
Tapi sekarang dah ada a few selection to those yang baru nak datang Putrajaya...

My suggestions:

1- Umai D'lake Cafe
Aku x tahu pun wujudnya kedai ni...
Abang aku yang rekomen last 2 years... kawan abang aku pernah bawa dia lepak situ after solat terawih di Masjid Sultan Mizan...
Yes.. nearby Masjid Sultan Mizan or formerly known among Putrajaya citizens as Masjid Besi..


Ingatkan mahal makan kat tempat cam ni...
Rupa-rupanya tak... Harga amat berpatutan!!
Makanan pun boleh tahan plus.. you've got the best view ever...
Nampak tasik, nampak Masjid Besi, nampak Monumen Alaf baru...
My favorite selection, Lempeng kelapa & Bandung Umai... 
Sedaaaapppp!!

Bandung Umai. Kalo x salah aku, harga dalam RM3.50 segelas.

2- Medan Selera Presint 9
Haaa... ni tempat favorite untuk lepak after work...
Pelbagai makanan ada kat sini...
Masakan panas, western, roti canai, hot plate.. etc...
Di buka dari pagi till malam...
Dulu, aku suka order Nasi Lemak Ayam Dara (RM5.50)....
Beratur panjang tu setiap kali nak makan nasi lemak ni..
Tapi sejak mengamalkan pemakanan sihat (kononnya laa)
Aku dah jadi pelanggan tetap Gerai Pak Tam...
Nasi Ayam (RM4.00) memang terbaik... so far, aku rasa nasi ayam Pak Tam ler paling besh!!
Korang cuba la nanti yer...
Medan selera Presint 9 (Berhampiran Klinik Kesihatan Putrajaya)

3- Medan selera Presint 16
Tempat ni pun best jugak...
Dekat dengan my office di Presint 1...
My selection will be Nasi Kukus Ayam Rempah (RM5.00)
Perghhh!! nasi kukus orang Kelantan memang besh laaa...
Tapi siang hari jer ada... malam hanya disediakan masakan panas jerr.


Tapi kalo my suggestion tak bersesuaian dengan selera korang,
sila lah ke kedai mamak sebab kat Putrajaya kedai mamak memang bersepah lerr...
Kalo rasa nak banyak variety lagi, sila ler ke Alamanda...
Kat situ segala fast food ada....
Kat Presint 15 pun banyak selection tapi aku x recommended sangat ler.. mahal!!
But if you are staying here for a few days...
Boleh ler Jalan-Jalan Cari Makan kat pasar Tani Putrajaya Presint 2.
Setiap Selasa & Jumaat...

Selamat Makan yer uolls!!

Jadikan Amalan Harian...

5 Safar 1434H

Assalamualaikum w.b.t!!

Aku ni bukan ustazah..
Ilmu agama tak ler sehebat mana pun...
Tapi cuba mencari keberkatan dan keredhaan dalam hidup..

Ayat 1000 Dinar

 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Kelebihan amalan ayat 1000 Dinar
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Aku ada tengok dalam YouTube...
Ustaz Azhar Idrus ada cakap...
"Ayat ni x guna di baca sampai 1000 kali kalau tak dalami maksudnya"


Ayatul Kursi


Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). 
 (al-Baqarah ayat 255)
 
 Kelebihan amalan ayat Kursi:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan Rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
 
 
Jom kita amalkan yer!!! ^_^

Monday, 17 December 2012

Visitng "NEGARA".. [Skol Holiday kan]

4 Safar 1434H

Assalamualaikum w.b.t!!

Hey uols!! Sihat??
Apa?? Tengah kering?? Standard arr orang gomen kan...
Gaji bulan November dapat 06hb.. So agak semput bila nak tunggu gaji Disember kan..
But, don't worry!! Besok gaji dah masuk (18 Dis).. siap sekali dengan Bonus kann...
Walaupun di bayar separuh (another half will be pay on Jan).. Tetap Syukur!!
Dapat ler bantu untuk menbeli barang sekolah anak kan...
[Macam ler aku ni ada anak sekolah plak!!]

Walaupun tengah 'nyawa2 ikan'...
Weekend tetap berjalan dengan lancar...
My Aunty (Busu) from kampung ada datang Putrajaya.. Ada kursus itensif Cosway..
Alang2 dah datang sini, Anak-anak dia pun ada jugak ler..
They all lepak kat rumah my other aunt (Acik).. dalam Putrajaya jugak ler...
While my Busu attend those short course, Acik cuba ler bawak bebudak tu jenjalan kan..
So, weekend yang lepas, aku sempat ler join rombongan budak sekolah tuu.. hehehe..

On Saturday (15.12.12)
Pagi tu aku lepak rumah dulu... ngemas.. laundry.. masak...
After Zohor baru gi rumah Acik..
Our destination --> Sunway Pyramid!!
Since Busu bawak Innova, so muat ler kami semua himpt2 dalam MPV tu kann..
Seriously memang nampak cam lawatan sambil belajar...
Ada 2 Cikgu (Acik & anak dia, Cik Ngoh), the rest adalah pelajar sekolah (4 orang)..
Aku jer yang bukan cikgu cikgu... So aku upgrade myselft as GURU BESAR!! (sesuai kan..)
Tu diaaa... Sale sana sini... Dah berpinau mata aku tengok perkataan SALE/ DISCOUNT UP TO 70%..
But, I'll mange myself no to but anything accept for makan2 la kan...
Malam tu aku sleep over kat rumah Acik coz pagi esok ada program lagi...

On Sunday (16.12.12)
Hari ni plan nya nak melawat semua tempat yang ada perkataan NEGARA!!
Hambik ko!! Larat ker?? huhuu..
Abang aku, Buja pun nak join gak.. so kena gi 2 keta laaa..
Our 1st destination --> ISTANA NEGARA LAMA
Kelass... bukan senang nak masuk tempat ni kan...
Bayar RM2 seorang, dapat ler kami masuk ke dalam kawasan Istana...
Tetiba rasa kembali ke zaman P.Ramlee.. klasik sangat senibina tmpt tuu..
Hulubalang Melayu Lama a.k.a Pak Guard.. Boleh!!

Nak sampai ke Istana.. kena hiking sket yer... nampak tak jalan belakang tuu...

Macam aku plak Raja kan.. kan belakang tuu.. bersimpuh segala dayang,,, hahaha...

Orang lain sibuk duk tengok/baca bahan pameran. Aku?? Duk wat cam rumah sendiri... Posing sana sini... hehehe...


Veragan sangat!!

Setelah memporak perandakan Istana orang... kami menuju ke NEGARA lain plak..
Our next destination ---> MUZIUM NEGARA
Giler.. last time aku gi muzium, masa tu kecik lagi...
La ni, bila dah tua bangka.. aku jejak sekali lagi ke sana...
Parking kena bayar RM3 per entry.. Nak masuk bayar lagi RM2 per head..
Apa yang aku dapat?? Entah ler.. cam boring sangat muzium tuu..
Entah apa2.. Tapi bagi bebudak sekolah, seronok kot sebab bahan sejarah tu semua ada dalam silibus pembelajaran mereka... Aku?? just snap sana... snap sini...

Nampak cam menarik, tapi depan kami tu construction sana sini... Semak plak!!

Creepy plak tengok skull tuu...

Cave man!!



Perasan tak?? aku jer ada dalam pic tuu... Kenapa??
Sebab bebudak sibuk duk baca dan melihat bahan sejarah.
Me?? Boring!!! Coz i already knew my History... katanya...
So nak ilangkan boring, snap pictures sana sini laaa... and my assistant, Cik Ngoh pun merasakan tahap keboringan itew!!

Cik Ngoh with Hang Tuah

After Muzium Negara, aku dah rasa cam boring + penat. So aku x join ler next destination they all tuu..
Kira aku balik awal dengan Buja...
The rest.. siap gi Tugu NEGARA & solat Zuhur di Masjid NEGARA...
Kelass.. memang gigih ler rombongan sekolah itew...
Aku pun gi melawat negara gak lepas tuu..
Mid Valley NEGARA!! Hahahaha...
Padan muka aku!! Kopak duit sebab beli Parfume.. hehehe..
Tapi x per.. janji hati aku puas!!

~Babai~

Friday, 14 December 2012

Upgrading Ur Life...

01 Safar 1434H

Assalamualaikum w.b.t!!

Alhamdulillah.. dah masuk pertengahanan Disember...
Another 2 weeks dah masuk tahun baru... Yeay!! [makin tua la mak]
Sepanjang 2012 mesti macam-macam dah berlaku dalam hidup korang kan...
Yang pasti, banyak dah "upgrade" kehidupan masing-masing kann...
Dari naik bas dah beli keta...
Dari single dah Ehem!! Ehem!!
Dari sorang anak dah bertambah jadi dua...
Dari muda dah kena tambah setahun lagi umur tu kan...
Tapi,
Yang paling best dari telefon cokia.. dah pakai smartphone...
Kelass.. internet dihujung jari katanya!!
Masih ingat lagi aku.. masa mula-mula pakai handphone...
Besau x hingat!! Pas tu makin lama makin kecik size nya...
Lagi kecik... lagi mahal ler harganya kaaann...
Tapi,
Sekarang ni.. lagi besau lagi mahal...
Lagi banyak application, lagi canggih.. lagi mahal...
Semua nya nak main yang "touch screen" jer...
Aku ni x der la secanggih mana pun kalo bab2 pakai handphone ni..
selalu lambat dari orang lain....
Bila semua orang dah lama pakai smartphone...
Aku baru nak pakai... Mak x mampu noks!! hehehe..
Korang nak tengok tak my 1st handphone??
Jeng!! Jeng!! Jeng!!

Nokia 5110
Kelass kan... Abang aku yang sulung bagi...
Katanya senang adik dia nak guna masa di UiTM (late 90's)
Masa tu, starter pack Hotlink almost RM240++ {sekarang ni RM10 jer]
Then aku upgrade lagi...

Yang ni pun aku dapat secondhand jer... Sapa lagi kalo bukan abang aku yang kasi...
Nokia 3310 ni sangat lasak... Paling best bila main game snake tu kannn...
Then upgrade lagi...
Nokia2300...
Cute kan!!! suka kombinasi color tuu... nampak girly sangat...
Then aku upgrade lagi...
Alcatel..
Time tu rasa macam dah canggih sangat sebab screen color kan...
dan size nya memeng kecil & cute..
Bila dah tamat zaman aku sebagai student,
Bila aku dah mula pegang duit sendir....
Aku upgrade lagi...
Samsung..
Actually bukan model ni... aku sendiri dah x ingat nama apa...
Tapi ala-ala this one laa.. pearly.. flip...
Kemaruk winter sonata katanya..[dalam drama tu kan semua pakai flip phone kannn...]
Yang ni aku aku beli dengan duit sendiri tapi Abah top up sket... huhuhu...
Then aku upgrade lagi...

Motorola L6...
Perghh!! dah la nipis.. Dah x main la polyphonic tones...
Kira puas hati ler kannn...
Bila balik kampung.. semua kata aku orang kaya sebab pakai telefon nipis..
Padahal aku beli dalam RM600 jer..
Then aku upgrade lagi...


 Actually aku beli Sony Ericsson yang hitam tu dulu....
Then gedix nak yang Walkman W901i tu plak... kononnya senang nak dengar lagu kann...
Puas hati ler sebab merah menyala uols!!
Kalo nak tukar lagu, kite shake shake jer...
Tapi yang hitam tu x lama dgn aku...
Diambik pencuri bodoh masa dia pecah rumah aku duluu.. (2008)
Sib baik masa tu yang merah tu aku bawa gi opis..
Then... aku upgrade lagi...




Mak tengah verangan dengan Nokia E5...
AKu beli last 2 years... dekat2 nak raya gitew...
Masa tu siap cakap dengan my Mom...
This is the last i tukar phone coz I've got everything with E5..
Tapi janji tinggal janji...
Aku aku upgrade lagi... [Bila la nak abes upgrading nih!!]

Ini la hand-phone paling mahal aku beli... perghh!! rasa x percaya laks...
Dulu aku selalu cakap dengang kengkawan...
Wat per membazir ribu2 beli hand-phone kan..
Akhirnya... kata-kata tu memakan diri aku sendiri...
On Jan 2012, RM2200 terbang dari poket aku...
Tapi sangat puast hati laa...
Then aku upgrade skali dengan talian..
Pakai Celcom exec+internet.
So broadband aku dah bagi kat my cousin (dia continue bayar)
Hasilnya... bulan2 aku bayar RM100++ kat Celcom...
Tapi x per la kan... Internet/FB dihujugn jari...
Senang aku nak cek tiket murah AirAisa... hehehehe..

Semua phone tu telah di lupuskan kecuali Nokia E5..
Aku masih gunakan nya (prepaid)
Sayang uols nak lupus... Beside, sayang kat number tuu...

La ni... Abang aku duk tayang Galaxy Tab...
Cousin aku plak, dah tayang Samsung Note II plak..
Ayo!! Temptation sungguh!!
Hampir2 nak beli dah...
Tapi sib baik ler aku dapat menahan nafsu kan...
Akhirnya duit yang kononnya nak upgrade (tukar) h.phone sekali lagi
Dah digunakan untuk beli...
 

Hopefully in a future, aku dah x gedix nak tukar phone laa..
But, who know kann...
Lagi 5,6 tahun... gadjet makin canggih..
So kena la mak ikut arus perubahan zaman kan.. [Alasan]
Hehehehe...

Thursday, 13 December 2012

MEN vs WOMEN

29 Muharram 1434H

Assalamualaikum w.b.t!!













Betul atau tidak, sendiri pikir lan kan...
Semoga anda dan pasangan anda saling memahami...
Semoga perhubungan yang sedia atau bakal ada kekal selamanya...
AMIN!!