Thursday, 12 September 2013

It's Makassar... not Madagascar (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t!!

Perghhh!!...
Lama aku tak menjengah kat sini. Busy dengan kehidupan seharian... (bz la sangat!!). Ok, entry kali ni aku nak update about my recently visit to Makassar. Still jet-leg katanya... hahaha... Actually, tiket ni aku beli bulan Disember tahun lepas with AirAsia. Rasa nya laluan ke Makassar hanya disediakan oleh AirAsia (MAS blom ada flight ke sana) dan ianya baru beroperasi dalam 2 tahun. Dengan tiket RM195, aku ke sana bersama 8 lagi fellowship...

Sebelum ke sana, aku ditugaskan untuk mencari hotel, Aidil ditugaskan untuk mencari transport dan place of interest di sana dan Shida jadi budak ticketing. Aku search via AGODA. Since ianya terletak di kepulauan Sulawesi, so of course la aku nak hotel yang berhampiran dengan laut kan... Pilih punya pilih, our choice --> Losari Beach Hotel ( click sini for more info http://www.losarihotels.co.id/lb.html ) Kalo melalui AGODA, rate for 1 night RM150. But, when I email directly to hotel management, they give us rate Rp440,000 (RM130) per night. So, aku terus book. And yes, staff hotel kat sana sangat peramah. 



6 September 2013 (Jumaat)
Hampir 10 bulan menanti... akhirnya hari yang di tunggu tiba jua. Tapi malang nya, dari 9 fellowship tinggal 6 jer yang available for this trip. And Shida almost cannot make it on this trip due to stomach problem. Fellowship kami terdiri dari Aidil, Wan, Ayu, Ema, Shida and me. Kol 10 kami berkumpul di ERL Putrajaya to catch up the train on 10.20 am. Kami ambik pakej (ERL & Bus) ke Salak Tinggi then by bus to LCCT dengan harga RM5.20 (murah kan). Dalam jam 11.30 pagi kami dah sampai ke sana. Sambil tunggu Ayu, perot perlu diisi memandangkan flight ke sana akan mengambil masa selama 3 jam. Agk kecewa bila seat aku tercampak jauh ke belakang (24D). Yang lain2 tu semua kat depan... Sib baik aku bawa novel. Kalo tak, memang bosan giler.. dah la flight 3 jam 15 minit, kat sebelah plak couple Arab..

Touch down dalam 5.30 petang. A lil'bit excited sebab this is my 1st trip with buddies kaann... Oh ya, kat sini time zone sama dengan Malaysia. Cuma kol 6 petang tu dah sunset laaaa.. (macam kat Kota Kinabalu gitew). Aku nak share pengalaman sket kat Balai Ketibaan di Sultan Hasanuddin Airport. Biasa la kan. Bila sampai kat tempat baru ni, Turun jer flight terus nak capture the moment kan... So, sambil2 tunggu que yang panjang untuk cop passport dgn imigresen Indon ni, maka aku dgn Shida mula la duk snap sana.. snap sini... Mula2 tu ada sorang ni tegur kata x leh ambik gambar. Heran gak aku... kenapa x leh plak.. Kami abaikan jer. Ok sambung ambik gambar...


Haaa.. lepas jer snap pic di atas, maka secara tetiba bergegau hall yang kecik tu... Tu dia!! Punya la kuat sorang mamat ni jerit kat kami.. Hoi!! (terkejut mak tau).. Pas tu dia membebel dalam bahasa ibunda dia... GILER!! punya la tak peramah.. garang giler!! Lepas tu kami cam fobia seketika untuk ambik gambar. Awal2 lagi dah bagi bad impression masyarakat kat sini.. Aidil kata sini ramai orang Bugis. That's why level kegarangan mereka agak tinggi (maslah keturunan kot). Tapi bila kami passing thru kastam, eh.. elok plak peramah...hhmmm... entah ler...

Bila kuar dari arriving hall tu, tu dia... ramai nya manusia duk tunggu kat luar... sederet kaunter tiket teksi kat luar.. semua duk terjerit-jerit suh guna perkhidmatan mereka. Yang ulat tiket pun ramai gak duk panggil dari luar pagar.. To play safe, kami ambik khidmat teksi yang berdaftar. Don''t worry!! They have standardized price.. Siap ada resit lagi. So x leh nak bargain laa.. Untuk Avanza, kami dikenakan bayaran Rp125,000 (RM38) untuk ke hotel. Boleh laaa... Kami check in dalam kol 7 malam... Dan di sambut oleh Ida (she's the one yang duk berbalas emel dgn aku). And yes, she's so friendly... Siap list down kat kami tempat2 yang menarik, sharing some pictures from her phone.. and she willing to help us to get khidmat supir. Actually, pihak hotel ada sediakan khidmat supir gak. Tapi harga sudah ditetapkan oleh managemant. Kalo boleh, kami nak yang lagi murah. So Ida akan mintak kawan dia datang jumpa kami esok pagi. Great!! Dah... jom masuk bilik.. berat weh bag-pack ni!! hehehe.. Mandi dulu... then trus gi makan kat kedai sebelah hotel. Malas nak look around sebab badan penat (macam ler lama sangat dalam flight tu kannn).. 

This Ida. Strongly recommended to stay here.. Bagus bangat!!

Minuman wajib bila ke Indonesia, Teh Botol

Cam biasa, aku suka makan bakso... tapi cam ciput giler dia bagi.. and yes, harga dia agak mahal.. ye laa.. kedai pun dah cam ala2 club house (katanya). Tapi yang best, orang sakit (shida) siap order Nasi ayam lalapan, tapi makan ciput jer.. Aku jugak yang kena tolong abes kann... hahaha.. Kesian dia, sakit perut menyerang balik. In fact dia naik dulu ke bilik, while we all duk lepak2 kat kedai tuu... 

7 September 2013 (Sabtu)
Seawal jam 5 pagi aku dah bangun. Ye laa.. kol 6 dah terang kat sini kan. As always, aku orang pertama yang akan mandi dulu.. Alhamdulillah!! pagi ni, Shida dah ok..sakit perot, sila pergi jauh2 yer... hehehe.. Hotel include breakfast, maka laju jer kami gi makan.. hehehe.. tu dia... menu dah cam makan tengahari.. siap ada nasi lagi... Lepas jer breakfast, lepak kat lobby jap.. ada free wi-fi... apa lagi.. online ler... hehehe


Sambil2 online, sambil2 tunggu supir. Ida maklumkan yang supir akan sampai dalam jam 9 pagi. Tengok jam...hhmm baru kol 8.15 pagi. Apa lagi.. let's cross the road...Apa ada di depan hotel tuu??


Kaann.. dah nama kepulauan sulawesi.. harus la ada pantai... much better dari pantai di Padang. Nak kata 100% bersih tu tak ler.. tapi boleh ler nak duk lepak2 kat tepi tuu... In fact, local people bersepah duk lepak tepi pantai ni.. Dalam kol 9 pagi, supir sampai... ingatkan boleh trus jalan jer.. Rupa-rupanya miss communication plak.. Yang datang bukan supir, tapi bapak supir (Pak Manan). Dia igt kami nak diskus dulu... ayoo!! kami dah ready ni pak... So sambil2 tunggu the real supir sampai, kami diskus harga nya. Plan nak ke Malino hari ni. Katanya tempat itu "dingin, bagus sekali udara nya... pemandangan indah" ... Perghh!! harus la nak pergi walaupun perjalan mengambil masa 2 jam kann... 

There's a few thing that uols need to know about Makassar. Kalo google, x banyak info sangat pasal tempat ni. Paling2 tak, korang akan baca blog dari orang Indon jer.. Untuk bercuti di sini, korang perlu bermalam satu hari jer di bandar Makassar ni. Selebihnya, uols boleh explore pulau or pantai nya yang cantik, kena bermalam di Tanjung Bira.. tapi nak ke sana kena drive dalam 4-5 jam. Sangat sesuai untuk snorkeling.. Perghh!! memang rasa menyesal la kaannn....

Menangis aku tengok pic ni...huhuhu...

So, kalo uols nak gi.. sila bermalam di Tanjung Bira yer.. nanti nyesal cam kami ni... huhuhu... Kalo nak best lagi.. Kena gi ke Taroja. Tapi yang ni memang jauh ler.. 8 jam perjalanan.. Sort of historical place, with local people.. kat tempat ni, mat salleh ramai yang gi.. Kalo aku, memang x minat sangat laaa.. Ok, kite sambung perjalanan ke Malino yer. Oh ya.. lupa pulak. Hasil perbincangan dengan Pak Manan, kami perlu bayar Rp550,000  sehari. So total untuk 2 hari, Rp1.1 milion (RM335). Kenderaan yang digunakkan ialah Toyota Inova. Kalo ambik khidmat supir hotel, kena bayar Rp600,000 dan hanya menggunakan Avanza jer.. So agak murah la kan...


Dalam kol 10.30 pagi, supir sampai. So kami terus ke Malino. Pada awal perjalanan, semua teruja la kan...Tapi, bila dah start masuk separuh perjalanan.. mula terasa seperti menaiki roller coaster. Mak aih!! Jalan sangat teruk.. lubang sana.. lubang sini.. dah la dalam keadaan mendaki bukit. Otw ke puncak, kami melalui satu tasik/danau yang besar. Di hujung tasik tu ada kilang proses batu yang digunakan untuk membuat jalan... No wonder la jalan teruk giler. Lori duk kuar masuk. Then supir yang bawa kami tu pulak, seems like x pernah ke Malino. Kejap2 dia kol Pak Manan.. seems like he also confuse and lost..tapi bawa keta cam driver F1.. Yang duk belakang skali dah mula kuarkan minyak angin. Apabila sudah melepasi kawasan kilang batu tu, baru la jalan ok... View di sepanjang perjalanan x menarik sangat. Lagi menarik di Bukittinggi, Padang. Tempat yang dituju ialah Air terjun Takapala. Kata nya 2 jam perjalanan.. tup tup, 3 jam kami duk tergolek dalam keta tuu.. perghh!! Rasa cam nak putus jer segala urat sendi ni kann... hehehe.. Tapi, bila sampai, segala sakit2 badan tu hilang bila melihat keindahan ciptaan Allah....




Memang sakan bergambar kat sini.. Oh ya, nak masuk kena bayar dalam Rp3000 seorang. Kawasan persekitaran nya agak confuse sebab air terjun ni di belakang rumah penduduk di sini.. so apa lagi, mula la penduduk sekitar tu buat duit. Jadi travel guide x bertauliah walaupun kami x minta pun.. last2 Ayu kesian. dia bagi Rp20,000 (Rm6) kat pakcik tuu...

Kuar jer dari tempat tu, perot mula berbunyi... laaa dah kol 2 petang rupa nya. Si wan pantang nampak kedai makan..Nak berhenti... lapar katanya!! Last2 kami berhenti di Rumah Makan Pondok Indah. Selection food cam biasa jer.. redah jer laa.. yang penting ada ayam.. hehehe.. 


Aku makan nasi + ayam goreng + sup. Harga Rp25,000. Mintak 3 set tapi nasi tu boleh makan sampai 5 orang. Banyak betul... . Lepas makan kenyang2, tanya la pak supir tu, mana lagi tempat yang menarik. Dia cam blur.. Nak ke kebun teh, baik x yah.. kat Cameron pun ado kann.. Kat Malino ni, femes dengan buah markisar. In fact Ida yg kerja kat hotel tu pun siap kirim dengan aku kannn... So singgah la kejap beli kan.. Beside, aku sendiri x pernah makan buah markisar. Kalo makan pun, yang dah jadi air.. hehehe...


Satu plastik Rp20,000. Tapi kalo beli 3, dia bagi Rp50,000 (Rm15). So aku share dgn Shida. Buah nya cam buah delima tapi agak lembik sket isi di dalam. dan perlu makan bersama biji nya... wahh!!! Agak manis dan sedap.. Kakak yang jual buah tu baik sangat. Siap bagi extra satu plastik untuk di makan dalam keta with some kerepek. Murah rezeki kami... hehehe... Lepas beli buah markisar, kami trus balik. Rasa cam x larat lak.. lagi pun dah dekat kol 4 petang kan. Plan nak tgk sunset kat depan hotel.

Dalam kol 5.30 petang kami sampai di hotel. Actually, aku agak teruja bila masuk kawasan hotel... kenapa?? Sbb bila masuk jer lobi hotel, handphone aku akan bertalu-talu masuk notification FB, message from WhatsApp & WeChat... Naik ke bilik jap.. simpan buah markisar dulu, then trus lepak kat bawah.
Di sebabkan laut tu dekat jer dengan hotel, maka kami still boleh online ler... 


See... dekat kan!! Sambil2 tengok sunset... sambil2 online.. heaven!! Waktu tu memang ramai local people kat situ.. tapi satu pun yang menarik perhatian.. hehehe... 



Bersama cowok laris...

Lepas lepak2 kat depan hotel, kami mula mencari juadah untuk makan malam. Dah x mo la makan kat kedai tepi hotel tuu.. mahal.. ada tax pulak tu. Maka kami menyurusi Jalan Penghibur, sambil2 cuci mata.. sambil2 cari rumah makan. Tup2 si Aidil nampak satu kedai yang agak terpesorok... keadaan nampak bersih jer.. ok jom!!


Warong Ponorogo... aduh! cam pelik plak bunyi nya kaann... F.Y.I, kat sini kalo makan kat rumah makan, keno tulis sendiri yer.. ala2 cam kat Old Town White Coffee.. Masing2 punya selera.. tak sangka plak kat sini ada nasi lalapan. Harus la mak order kann....  Harga jauh lebih murah dari kedai semalam...

And u know what, not bad la masakan dia.. sambal dalam ayam lalapan memang sedap. Perghhh!!! Harga hanya Rp22,000 (Rm7).. Kenyang sunggoh katanya... lepas makan, kami terus nak balik ke hotel. Badan penat, perot kenyang... mula la rasa nak zzzzz... Sebelum sampai ke hotel, aku ternampak pisang epe. Actually semalam aku dah makan kat kedai mahal tu. Rp15,000 (RM4.50). Pisang bakar dan di tabur dgn cheese yang telah di sagat. Memang sedap. Bila tanya kat warung tepi jalan tu, harga hanya Rp8000 (Rm2.50), laju jer aku order... Walaupun perot dah kenyang, aku nak jugak!! hahahaha...


Reminder: orang kat sini tahap gula agak tinggi... semua manis.. dah macam balik kampung aku pulak (Kelantan). So kalo x mahu manis sangat, kena pesan kat mbak yang bungkus pisang epe tu, suh kurangkan air gula yer... kalo tak.. perghh!!! memang manis giler...

~ End part 1 ~



Monday, 26 August 2013

26th : Planes (2D) (BM)

Title : Planes
Duration : 92 minutes
Director : Klay Hall
Distributed by : Walt Disney Pictures
Cast : 
Dane Cook as Dusty
Stacy Keach as Skipper
Brad Garett as Chuck

It's about :
A cropdusting plane with a fear of heights lives his dream of competing in a famous around-the-world series race.


My review :
Sapa2 pernah tengok cite kartun CARS??
Haaa.. sama la jalan cite nya..
In fact.. lagi boring citer planes ni laa..
Aku sampai kuar dari hall jap..
Ber wechat ok!!
Actually, anak buah aku si Syafiq tu la yang beria nak tengok..
So sebagai Cik Su yang baik hati, maka ku turutkan jua..
Kali ni dgn kakak aku skali join...
Untuk budak2 tengok.. sesuai ler..

Rating : 2*

~E . N . D ~

Wednesday, 21 August 2013

25th : Percy Jackson - Sea Of Monster

Title : Percy Jackson - Sea of Monster
Duration : 107 minutes
Director : Thor Freudenthal
Distributed by : 20th Century Fox
Cast : 
Longan Lerman (Percy Jackson)
Alexandra Daddarion (Annabeth)
Douglas Smith (Tyson)
Brandon T. Jackson (Grover)
It's about :
In order to restore their dying safe heaven, the son of Poseidon and his friends embark on quest to the Sea of Monster to find the mythical Golden Fleece while trying to stop an ancient evil from rising.



My review :
Tak best langsung!!
So x payah la nak membazir kan duit gi tgk citer ni...
The 1st one lagi best kot (Percy Jackson & the Olympian : The Lightning Thief)...
Dah la time aku masuk tuu, cite dah start 20 minit...
Tau2 jer Percy tu ada adik yg dia sendiri tak pernah tahu...
Sib baik ler orang belanja kaannn...
So layan jer laaa..
Oh ya... TQ sebab belanja saya!! ^_^

Rating : 2*

~ E . N . D ~

Monday, 19 August 2013

Listen it over and over again...



SANDIWARA CINTA BY REPVBLIK


Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

24th : The Conjuring (18PL)



Title : The Conjuring
Duration : 112 minutes
Director : James Wan
Distributed by : Warner Bros.
Cast : 
Vera Farmiga (Lorraine Warren)
Patrick Wilson (Ed Warren)
Lili Taylor (Carolyn Peron)
It's about :
Paranormal investigators Ed and Lorraine Warren work to help a family terrorized by dark presence in their farm house.

My review:
Agak seram...
Bila Roger bawak the whole family pindah ke pendalaman..
Dah la ada anak dara 5 orang...
Main pindah tanpa siasat dulu history rumah tu kann..
That farmhouse belong to a witch!!
Kononnya, orang dulu2 x suka kan ahli sihir...
So Witch tu disisihkan hingga dia sanggup bunuh diri...
Konon nya roh dia masih ada kat situ.. protecting her belonging (the land and the house)
So sapa2 yang cuba ambik harta dia (include mereka yang tinggal kat rumah tu)
She will posses them...
Based on true story ok..
For me, jalan cite x seram mana pun..
Tapiii.....
Sound effect dia.. gila babas ok..
Even, bunyi ketukan pintu pun mampu membuatkan kite takot...
Paling aku suka bila si ibu main nyorok2 dgn anak dia..
tetiba jer kan kuar tangan dari celah almari tuu...

On of the scene yang aku suka...

Kat GSC Alamanda x der... so kena la gi jauh sket..

Rate bape nak bagi ni?? hhmmm... 3.5* kot!! hehehe..

~ E . N . D  ~

Adilfitri ok!!

Di saat "Monday Blues" menerjah ke dalam diri ini
Baik aku update entry aku kannn...
Apa lagi.. let's talk about Raya!!
Last entry aku cite pasal my preparation before raya...
And to be more specific... Kegigihan me & my cousin duk mengadap oven
(baking cookies)...

Raya hari tu, aku cuti awal (3 days before raya)
So on 2nd August (after berbuka) aku gerak balik ke kampung with my 2nd bro & my uncle...
Keta x banyak ok...
Dan abang aku buat kerja giler.. 
Drive mengalahkan Schumacher.. 6 jam ok!!
Normally it will take 7 - 8 hours...
GILER!!!
Sib baik ler selamat sampai...

5 hari aku dapat berpuasa di kampung...
Heaven sangat!!
BABAI DIET, HELLO CALORIES!!! hahahaha
Selalunya, sahur aku just minom jer..
Kali ni belasah nasi sampai 2 pinggan dowh!!!
on 5th August, my unlce ajak berbuka kat rumah dia..
Dah la wife dia masak sedap ok!!

My fav. jubah...


Kalo aku upload pic makan jer...
confirm kena buat entry lain untuk raya kann...
So let cut the craps....
Maka, on 8th August / 1 Syawal 1434H...
Seawal pagi aku dah bangun...
Siap2 kan apa yang patot coz jap lagi nak ke masjid kann..
Usually, for breakfast.. my MAMI akan buat nasi berlauk..
Tapi kali ni dia nak ubah menu...
Tu dia... nasi lemak with sambal paru & kerang..
But, requested by my Abah (perot kelantan kaannn)
So Mami buat jugak ler nasi berlauk ikan ayo!! (ikan tongkol)...

1 Syawal 1434H 


All members in my family....


The ladies... concurring by baju bukit tinggi

With Teacher Amal...

Menu wajib di Kelantan : Ketupat daun palas & Tapai

Depan rumah jer ni....

2 Syawal 1434H
Raya pertama, kami semua tak ke mana-mana..
Just berkunjung ke rumah jiran tetangga jer..
But, on 2nd day of raya..
Mula la jalan ke rumah sedara-mara yang agak jauh sket...
Sebelum tu, sempat ke kubur.. melawat pusara sedara mara kat situ...
Then balik rumah, bekpes... baru gerak..
Kami konvoi 4 biji keta (my family 2 keta, acik's family 2 keta)
1st stop --> rumah Pak Cik Man (adik kpd my late grandpa)

Yang pakai kopiah tu Atok sedara.. with all cucu and cicit

Sakan noo...


Lepas tu, aku ke Open House Dr. Noor (on of our relatives)
Yang ni pun memang tempat wajib aku pergi sebab every year dia buat open house...


Setiap kali pergi.. ni la port yang selalu aku lepak.. 

Since it Friday, so perjalanan agak terhad.
Lepas jer dari rumah Dr. Noor... 
we all terus balik rumah sebab kaum lelaki nak solat Jumaat plak kann..
Petang tu aku x ke mana-mana...
Tetiba rasa penat + malas...

3rd Syawal
Kali ni aku ada 2 jemputan open house...
Satu, rumah my frenz from UiTM --> Azira (nama manja nya Ya)
Dekat dengan rumah aku...
Dia buat open house/house warming..
Memang best giler rumah dia sebab kat depan tu padang yang luas...

This is Ya.. Lecturer at UMK

Lepas dari rumah Ya,
Aku janji plak nak jumpa dengan seorang lagi YA..
My old skol mate...
Kali ni, nak menghala ke bandar KB...
Attend Mainy's Open house (sort of small gath for Maherians laaa)

Hey everybody, this Azura... gojes kan!!!

Mainy (tuan rumah), Yana, Ya, Eli with her new born and me...



4th Syawal
Plan x nak ke mana-mana..
Baju raya pun dah x der nak pakai sebab tailor jahit sket jer..
Tetiba teringat kat Yayah... EH!! jom jumpa...
Kebetulan aku nak beli barang untuk BBQ malam ni..
So, better hang out jap dgn besties...
Nak ke mana?? KB Mall laaa.. hehehe...
Tetiba ngidam nak makan KFC...
Sambil2 makan, aku whatsapp Tinie (my frenz since high skol)
Rezeki uols... dia masak2  untuk a few frenz...
So dia jak ler aku and yayah sekali...


With Arissa... cantik tak baju raya Kak Ton?? hahaha...

5 hari berpuasa... 4 hari beraya di kampung..
Rasa cam x cukup ker..
To those yang aku x sempat nak gi beraya tuu..
MAAF SENSANGAT!!
Next time, bila berkesempatan aku gi rmh uols ok...
apa2 pun...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN

~ Selamat menghadiri Open House ~

~ E . N . D ~

Friday, 16 August 2013

Cerita Sebelum Raya

Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk raya ke-9..
Mood raya masih ada ker???
Yang dah balik KL/Selangor/Putrajata etc..
Sure Aidilfitri masih berpanjangan kan... Open house sana sini kaaann..

Ok laa... i x nak cite pasal lepas raya...
I nak cite what happen before raya...
FYI, i cuti awal hari tu.. on 2nd August dah balik kampung..
Yahoo!!!
Since I have a few days before raya..
Maka i plan la dgn my cousin (Amal)  to bake some cookies..
Gigih dia bw balik oven dr Putrajaya...
Dan gigih juga la anak buah I, si Syafiq tuu...
Request biskut nestum cokelat...
As Cik Su yang prihatin...
Maka biskut nestum cokelat will be the 1st to bake...

♥ Biskut Nestum Cokelat

Don't ask me about the ingredient..
Main campak jer dlm bowl tuu...
Ikot resepi my Mami...
Tapi basic nya, 3 butter, 4 eggs yolk, assent vanilla, sugar, self rising flour, wheat flour..
Macam2 lagi laa...
Yang penting, doh tu kena mix dgn nestum (beli yang perisa original)..
Serbuk koko, I guna serbuk kok Van Houten
Di sebabkan nak cepat..
So iolls gentel2  jer... senang!!!


Nakk??
Sorry laa... x sempat nak hidang on Hari Raya..
Anak buah I duk ngadap biskut ni jer...
Tau2 dah tinggal bekas kosong...

♥ Biskut Peanut Butter with Choc Rice

On 2nd day, we make peanut butter cookies..
With the same basic ingredient.. cuma add on peanut butter jer..
For hiasan, tabur ler chocolate rice tuu...

Nampak buruk kan??
Tapi sebalang dah licin...
Turns out that my other nephew (adik Ammar) suka biskut ni..
Since dia x puasa (kecik lagi kan), so the whole day dia duk bawa bekas biskut ni jer...
Huhuhuhu...

♥ London Almond
Our 3rd recipes...
Basic cookies tu kami wat setelah selesai buat peanut butter cookies...
Means that, on Tuesday tu... kami start dari jam 9.30 pagi till 5.30 petang..
Penat whooo.....
Disebabkan cookies tu kena sejukkan dulu sebelum dunk dlm chocolate..
So we decide to continue tomorrow...


A day before raya.. seawal pagi kami dah buka "kedai"...
Kalo la x puasa, I dah jilat2 jari2 yg terkena chocolate tu kaannn...
Banyak gak dapat London Almond tuu...
Plan nak buat Biskut Badam plak lepas tuu..
Bila buka freezer.. buttercups plak dah abes..
So, break la kejap...
Amal akan ke kedai untuk beli barang2 yang x cukup tuu..
So I balik rumah dulu laaa..
Bantu Mami kat dapur plak...
Ye laa.. esok kan nak raya.. hehehe..
Tup Tup tengah bantu Mami di dapur..
Aku rasa semacam jer..
Apa kah??? oh no!!!
Terus ke klinik..
Hambik ko... GASTRIK!!!
Since this is last day in Ramadhan..
Doc cucuk sejarum.. so save la last puasa aku tuu..
Balik rumah terus terbaring kat katil...
Gara2 gigih buat biskut raya...
Collapse di sebabkan gastrik..
So biskut badam tu mmg x buat laaa..
Kesian i tau!! huhuhuhu...
Tapi HATI TETAP PUAS... hehehehe...


~ E . N . D ~