Thursday, 31 May 2012

Kembara Ke Tanah Suci (Genap setahun)

Assalamualaikum w.b.t!!

Cepat betul masa berlalu kan? Tau-tau jer dah nak masuk pertengahan tahun 2012 (penggal ke-2). Lagi 2 bulan.. Ramadhan pulak menjelma. Bestkan!! Hari ni aku nak share sket.. walaupun dah berlalu setahun yang lepas (masa tu aku blom aktif blog lagi).. just nak bagi tau on this date 31 MEI 2011, me & my parents (dengan keizinan dari-Nya) dapat menjejak kan kaki ke Tanah Suci (pertama kali bagi aku) untuk menunaikan ibadat Umrah. 

Bukan tujuan aku nak bermegah-megah (coz ada yang berpandangan macam tu bila aku cerita)... tapi aku nak share pengalaman bila berada di sana.. bukan semua orang terbuka hati nak ke sana... alasannya belum bersedia.. malah ada juga yang rasa takot nak ke sana.. Tapi tahukan kawan2..once we are there.. Masyallah!! satu kedamaian yang tak dapat digambarkan dengan kata2. So, apa tunggu lagi.. cepat2 daftar haji... while waiting for our turn (my turn is on 2020).. let's go for Umrah!! Korea ker... Beijing ker.. CAN WAIT OK!!!

Seingat aku, penerbangan bersama Saudi Arabian bertolak dalam kol 3 petang (aku pergi bersama Cantumas Travel & Tours). Berdebar-debar juga dalam hati ni... but excited at the same time. Duk terpikir cam no ler rupa Kaabah tu kan.. asyik tgk dlm TV and poster jer kan... Penerbangan mengambil masa 8 jam dengan perbezaan waktu 6 jam lewat dari waktu Malaysia, aku sampai ke International Jeddah Airport pada jam 5 petang. Kuar jer dari flight, terasa bahang panas... suhu masa tu lebih kurang 40°C. 

Abah & Me (muka serabai giler)

Dari Airport Jeddah, kami menaiki bas terus ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 8 jam jugak. so total perjalanan aku adalah 16 jam!! Tegang segala urat tau... tapi dah tak kisah semua tuu.. muka tetap teruja!! sepanjang perjalanan ke Kota Madinah.. gelap jer kat luar tu sebab dah malam kan. Tapi mata tetap x leh nak lelap... See!! teruja kan... hehehe... Rombongan kami sampai di sana dalam jam 12 tgh malam. Check-in hotel, dan trus ke Masjid Nabawi. Pertama kali jejak kaki.. I'm Speechless.. syukur sangat2 sbb dapat sampai ke Masjid Nabi ni.. Pada mulanya nak stay sampai subuh, tapi mata dah x larat.. so balik dulu ke hotel. Jam 3.30 pagi bangun untuk pi solat Subuh.

Istimewanya Masjid Nabawi ni, bersemadi nya makan Rasulullah s.a.w, makam para2 sahabat Rasulullah & keluarga dan ada nya Taman Raudhah. Dan aku paling seronok bila tengok payung gergasi tuu... cantik sangat dan begitu kreatif!!

Cantik kaann...
Depan pintu Masid Nabawi (women entrance)

After Solat Asar


Abah & Mami
Sepanjang di Kota Madinah, kami sempat di bawa melawat ke Ladang Tamar, Masjid Al-Quba, Pasar Tamar dan paling aku suka bila melawat ke Bukit Uhud. Here's some pictures to share with uols ok!!
Di Masjid Quba.. Sempat solat sunat & solat hajat di sini
Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. 

Ladang Tamar.. Yang kelakor nya, Indon bersepah duk kerja kat situ...
Bukti Uhud (dalam pagar tu bersemadinya para sahabat Nabi yang mati syahid semasa Perang Badar)
Segak dgn pakaian Ihram!!

Aku berada di Kota Madinah selama 4 hari. Dan buat pertama kali dalam hidup, aku menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi. Hari ke-4 itu juga rombongan kami aku bergerak ke Kota Mekah dan pertama kali jugak kami akan menunaikan ibadat Umrah. Masa nak check out hotel, jemaah lelaki dah siap berihram termasuk abah. Kami miqat di Bir Ali (untuk niat umrah seta solat sunat). 15 minit dari Kota Madinah dan lebih kurang 450km ke Kota Mekah. Sepanjang perjalanan ke Kota Mekah, aku tak tido. Mungkin takot terlanggar syarat2 di dalam ihram kot...hehehe...


Mula masuk ke Kota Mekah seawal jam 12tgh malam. Kami check in hotel dulu. Ada satu cerita aku nak share. Orang kata sepanjang di Kota Mekah, kena jaga tutur kata, tingkah laku...sebab kat situ, apa yang buruk keluar dari mulut mahu pun hati kite, Allah BAYAR CASH!! benda terjadi kat aku, walaupun x seberapa.. tetap tersentap di hati. Selepas makan, Abah, Mami & aku duk sebilik, So we all nak masuk ke bilik untuk segarkan diri sebelum menyempurnakan umrah kami. Mungkin di sebabkan kepenatan, Mami cuba buka pintu tapi agak terkial-kial bila gunakan kunci bilik tu. Aku terus cakap " Meh sini ore bukok!! lambat la Mami ni!!"... and u know what, lepas jer aku cakap cam tuu.. langsung x boleh buka.. banyak kali aku cuba. Mami & Abah diam jer belakang aku. pas tu Abah cakap, "biar abah bukok laa".. sekali pusing jer kunci tuu.. pintu trus terbuka. Mami tengok jer aku... dan aku paham maksudnya. Trus aku beristghifar.. so BE CAREFUL OK!!


Setelah selesai segala hal di hotel, kami bergegas ke Masjidil Haram. Laluan aku ke masjid adalah melalui pintu di Bukit Marwah. sepanjang perjalan kat dalam tu, mata aku duk cari Kaabah. Mana?? Mana?? And for the first bila melihat Kaabah..airmata aku terus kuar.. Masyallah!! aku x dapat gambarkan bagaimana perasaan aku waktu tuu.. semua bercampur aduk. Masa tawaf tuu.. tangan aku nak jer pegang Kaabah, tapi Mami cakap tunggu jer selesai Umrah.. so aku tahan jer perasaan tu. Aku selesai ibadat Umrah yang pertama dalam jam 2.30pagi. Mami & Abah x nak balik hotel. Kami berehat di dalam masjid sambil2 baca Al-Quran. Tapi Aku x boleh baca. mata aku terpaku kat Kaabah tuu. kebetulan plak dapat duduk di ruangan solat wanita depan Kaabah. Masyallah!! Syukur!! Solat Subuh pertama aku di Mekah adalah depan Kaabah!!


Sepanjang di Kota Mekah, Aku sempat buat umrah sebanyak 3 atau 4 kali (dah x ingat plak aku ni..) Insyallah!! next time aku nak buat more than 5. Sepanjang di sana, rombongan kami di bawa untuk melawat ke Jabal Rahmah, tempat Jemaah Haji Wukuf di Arafah, masjid terapung di bandar Jeddah.. banyak lagi laa..


Depan hotel penginapan di Kota Mekah ( time ni nak gi solat Zohor )

Laluan harian kami (Jemaah tgh Sa'i)

Jam Besar di sebelah Masjidil Haram

Jemaah berpusu-pusu utk kucup Hajarul Aswad


Di Jabal Rahman (tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa)

Masjid Terapung di bandar Jeddah

Selesai Tawaf Wida' (untuk ucap selamat tinggal)
 10 hari di sana.. meninggalkan 1001 kenangan manis yang tak dapat aku lupakan.. Insyallah!! dengan izin Allah... aku akan kembali lagi ke sini untuk Ibadat Haji.. Mana yang ada niat nak pergi... Insyallah akan dipermudahkan jalan nya.. Amin!!



Monday, 21 May 2012

And We Are The Champion!! (TRW)

Assalamualaikum w.b.t!!

As we all know, The Red Warrior (TRW) dapat menjulang trophy Piala F.A pada 19 Mei yang lalu. So aku nak share sket ler citer tuu...

All my life, i never been to live game at stadium. Ingat lagi masa aku student dulu2.. abah siap cakap.. "ore tino tok tengok bola di stadium".. agak kecewa la kan masa tuu.. but time have change.. skrg ni semua orang tengok bola. So for the first time (EVER!!) aku dapat menyaksikan secara live depan mata bagi perlawanan akhir Piala FA di mana TRW vs KL Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil. So petang Sabtu tu, aku bersiap2 untuk ke stadium. Aku follow family abang aku.. the whole family pergi sebab anak2 buah aku mmg peminat setia TRW. 

Peminat Tegar TRW (Amar, Syahmi & Syafiq)

Dalam jam 6 ptg aku sampai di area Bukit Jalil.. tu diaaaa.... sesak dengan kereta.. main road to stadium already closed!! Panik abang aku cari parking.. last2 kami blok keta orang (for sure kereta penyokong TRW sbb no.plate Kelantan kann...) It's a windy evening.. takot gak kalo hujan.. masa we all sampai tuu penuh sesak dengan lautan merah di perkarangan stadium.. kebetulan pulak penyokong KL Sime Darby pakai baju merah jugak... so seriously sakit plak mata aku sebab semuanya MERAH!!

Saat kaki aku melangkah ke dalam stadium... tergamam buat seketika... lautan manusia di dalam stadium... and with all the banners... sangat2 teruja!! rasa nak menangis pun ada... hehehe... di sebabkn we all agak lambat masuk.. so kena duk seat atas ler.. but still can get the great view... dari jam 6.30ptg kami menunggu.. macam2 gelagat manusia ada... dan yang paling penting... cuci mata la uols!!! x sangka ramai jugak jejaka Kelantan yang "Rangup2" ni... hehehe... 

Empty seat for supporters KL Sime Darby akhirnya di penuhi oleh supporters TRW

sepanjang di dalam stadium.. suasana sangat2 bingit.. bising.. dan semestinya meriah!! tu belum game bermula... yang kelakor nya, bila team KL Sime Darby kuar ke padang untuk warm up.. kena "Boooo" oleh supporters TRW... satu stadium bergema!!! Disaat permaina  bermula.. adrenalin aku bergerak kencang... x dapat digambarkan... kesian kan aku... dah umur2 cam ni baru dapat rasakan suasana live game at stadium... well!! better late than never kaaannn....

Tak sia2 aku bersesak2 di stadium... kemenangan milik THE RED WARRIOR .. perghh!! harus la lepas ni aku akan datang lagi untuk tengok live game... here some pictures to share with uols ok!!

Before the game....
Wau Bulan Gergasi
TRW sedang warm-up
Di saat Kemenangan TRW

Bituai... Bituai... Babai...


Friday, 18 May 2012

My Favourite "Status" on Facebook

Assalamualaikum W.B.T!!

Lama x update blog aku ni.. bz sket dengan xtvt KPM... walaupun aku tahu x ramai stalker kat blog aku ni... but I'll pretend it that i have thousands followers just like Fatin Liyana tuu.. huhuhu...

Hari ni aku nak cite pasal Facebook. Uols sure ada FB kan... boleh di katakan semua orang ada FB... hari ni aku nak share beberapa status FB aku yang aku masih ingat sampai hari ni... kire status yang menarik la kan... antaranya :-

"Kalau rupa tak secantik Rozita Che Wan, jangan lah harapkan anak ikan seperti Syahir" 

"Usah lah nak menjaga kain orang lain kalau kain sendiri dah koyak rabak" 

"Ku mengharapkan cinta kita seperti Twin Tower.. kau & aku berdiri seiring dengan jambatan kasih yang kukuh"

 "Kalo la aku ni celebriti cam Fasha Sandha ker.. Dato" Siti ker..Aaron Aziz ker.. Dah lama aku buat press conference.. jemput segala Media.. Biar terjawab segala andaian & gossip!!"

"Neraka itu di pagari dengan penuh kenikmatan dan keseronakan, manakala Syurga itu di pagari oleh ujian dan kesukaran"

"Saya mungkin x der suami.. saya mungkin x der boypren.. saya mungkin single.. So what!! saya ada FAMILY & BUDDIES untuk saya curahkan kasih sayang... and will do anything for them.. lalala"

" Kau ibarat full package di Astro Beyond... LENGKAP!!"

" First Impression always come with an emotion"

So far.. tu jer yang aku ingat... hehehe.. apa2 pun.. add ler aku ekk... just serach for "lynn megna anual"

Bituai... Bituai... Babai..

Monday, 30 April 2012

Langit Tak Selalu Cerah

Dear Kamoo...

Don't think that you are the only person in this world who got problems.. 
Don't think that you are the only person who can't forgive... and forget...
Don't think that you are the only person who struggle with life...
Don't think that you are the only person who always RIGHT in this situation...

Orang kata lidah lebih tajam dari pedang. And that's true!! amat..amat pedih. Luka kerana pedang boleh di rawat.. luka di hati dek terguris oleh tutur kata yang berbisa. Agak payah untuk sembuh dalam sekelip mata... Jangan kamoo berbicara sesuka hati tanpa memikirkan kesannya pada orang lain.. kerana tutur kata di saat hati kita marah, sedih, berkecamuk, maka di situ juga ada bisikan syaitan...

Just because I don't say it,
Doesn't mean I don't know!!
Just because i don't yell,
Doesn't mean I am not mad!!
Just because i am nice..
Doesn't mean I am a fool..

Pelbagai tomahan dan tuduhan dilemparkan. Sakit hati mendengarnya.. tapi aku pasrah.. aku redha.. Ingat lah wahai kamoo.. Langit tak selalu cerah kerana ianya berputar bagai roda. Kadang kita di atas.. kadang kita di bawah. Tapi ingat, bila kamoo berada di atas, jangan pandang rendah pada mereka yang berada di bawah. Jangan sekali-kali!!Jangan jadi insan yang cerdik tapi sombong. And now, I'm feel sorry for you.. sorry that you been treated that way by your own "tuuuttt"... siapa sangka kan.. berdosa bagi aku untuk bergumbira di atas perkhabaran ini... cuma aku berharap, kamoo buka lah mata seluas-luas nya... use all your senses.. kerana setiap yang berlaku adalah RAHSIA ALLAH S.W.T!! 

Perhaps our eyes need to be washed away
by our tears once in a while,
so that we can see LIFE with a clearer view again!!!

Semoga di suatu hari nanti, Allah memberikan kita mata hati yang terang untuk melihat segala percaturan hidup... semoga Allah memberikan kita kecekalan hati untuk menghadapi masa depan yang belum tahu di mana hujung pangkal nya... AMIN!!

~ Wassalam ~
 

Wednesday, 25 April 2012

Bergedix Santai Di Sabah bah!!

Assalamualaikum w.b.t!!

Di sebabkan hari ni Monday Blues.. aku nak update sket la kat blog aku ni (hilang sket boring nyaa..hehehe).. Last week.. 2 hari aku cuti + weekend, me and my family pi bercuti di Kota Kinabalu Sabah (this is not our 1st trip)..  Mami ler duk sibuk nak gi jenjalan...so aku book tiket ke KK along with abah, buja (my 2nd bro), angoh (cousin) & acik (my aunt).. penerbangan di taja oleh Mami (best kan!!).. dan kami memilih burung besi merah --> Air Asia. Kami gerak dari LCCT petang Khamis (19 April)... di KK, kami x perlu menginap di hotel sebab Along ada!! (anak Acik).. so lepak rumah dia ler...

Jumaat (20 April 2012)
Pulau Manukan menjadi destinasi pilihan pertama kami. Dalam jam 10 pagi kami dah sampai di Pasar Basah Kota Kinabalu. Naik bot di sini agak murah (RM20 per head) compare to Jessolton Jetty (RM27 per head). Dah banyak kali ke pulau ni..tapi dah menjadi kewajipan.. kalo ke KK.. sure nak snorkeling di Manukan. Sewa snorkeling gear RM15.. sampai jer di sana.. terus tukar outfit... sayangnya.. cuaca agak mendung.. so ikan pun agak segan silu ler nak kuar..alhamdulillah!! dalam 11 lebih.. cuaca mulai terang... tu dia.. ikan duk berenang-renang bersama-sama sampah sekali.. sayang betul.. tempat cantik.. tapi x di jaga dengan betul... dalam kol 1tgh, kami bertolak balik.. sebelum balik ke rumah, we all singgah di pasar basah.. beli seafood ok!! ada ketam.. udang.. and my faveret.. SOTONG!!... tapi di sebabkan aku on diet.. so kena la beli sedikit sayur2 segar.. no nasik ok!! hehehe... so petang tu we all sibuk di dapur.. hanya bermodal kan RM80... kami boleh makan seafood sampai membuntal semuanya (but not me laa..heheh)..



Sabtu (21 April)
Hari ni, me and my family menuju ke Kundasang. Berkonvoi 2 biji kereta (Along ikot sekali) dan perjalanan yang hanya 1jam 30 minit menjadi 2 jam di sebabkan cuaca mendung dan lori yang banyak menuju ke puncak Kundasang. Kali ni we all bermalam di sana.. resort yang menjadi pilihan ialah Kinabalu Pine Resort. Such a nice place.. and I'm already fall in ♥ with this place.. and affordable ok!! RM170++ per nite.. sebelum check-in, we all ke Poring Hot Spring.. kononnya nak lunch di sana ( kami bawa bekal dari rumah) tapi bila sampai di sana... tu dia.. tempat mandi mana rupanya..nyesal aku x bawa baju mandi. while the other berehat2 sambil rendam kaki di dalam open jakuzi tuu.. me, angoh & buja nak try Canopy Walk.. oh no!!! w/pon aku gayat.. tapi aku cuba jugak... pecah peloh aku.. dah la nak naik ke check point dia.. kena hiking!! and finally... aku berjaya juga melawan ketakutan aku... dan rasa sangat2 puas hati!! bila turun ke bawah..hujan mulai turun.. so we all terus bergegas pulang ke resort. Sedang aku duk berehat kat dalam bilik petang tu.. tiba2 Along duk jerit2 dari luar... terkejut gak aku.. rupa2nya dia suh tengok puncak Mt.Kinabalu... Masyallah!!Sungguh indah ciptaan Allah. tak sangka akhirnya dapat juga aku tengok puncak Kinabalu.. dulu (last 2 year).. langsung x nampak sebab hujan... tapi kali ni.. aku dapat menatap sepuas-puasnya...




Ahad (22 April)
Seawal 5 pagi aku dah bangun.. doesn't wanna miss the sunrise ok.. lama gak aku tunggu.. dalam kol 5.45 pagi... puncak gunung mulai kelihatan... yeah!!! dalam kol 9 pagi kami check out...dan destinasi seterusnya Desa Dairy Farm. Rasa cam New Zealand ok!! nak naik ke tempat tu pun agak mencabar... nun di puncak bukit sana... dah rasa cam bleh jer pegang awan... tempat ni adalah tempat ternak lembu susu.. sangat2 cantik tempat ni tapi x bleh tahan dengan bau dia daaa... busyuk!! after posing sana sini.. kami terus balik ke bandar KK.. flight kol 6.30 ptg... aku sangat2 berpuas hati dengan trip ni... and for the next trip.. aku nak ke Kundasang jer.. nak duk lama2 sket di Pina Resort.. sapa nak ikot aku?? jom..jom...

SUNSET!!! SO BEAUTIFUL!!




DAIRY FARM

~ Bituai.. Bituai.. Babai.. ~

Tuesday, 17 April 2012

My Favourite Shows in 80's

Assalamualaikum w.b.t!!


Tiba-tiba aku teringat zaman kegemilangan aku masa kecik2 dulu... hhmm.. to those yang seangkatan dengan aku ( growing up in 80's).. mesti mempunyai pengalaman yang hampir sama especially on how we spent our free time.. dulu-dulu mana ada video games.. apatah lagi PSP.. nak ber facebook jauh sekali.. hello!! masa tu mana ada internet kan... bagi yang duk di kampung cam aku ni... macam2 permainan tradisional we all main.. tapi kali ni aku bukan nak share permainan dulu2...tapi rancangan tv yang jadi fav. aku.. let's check it out the best kid shows ever!! (during my time laa...) :-

Saber Rider & The Star Sheriff
Cite ni officially di tayang kan di Malaysia pada tahun 1988 (kot!! hehe) tapi kejap jer di tayang... but i still like it.. dulu2 kan femes cite ala2 robot ni kan.. so same goes to this cartoon.. seingat aku sampai ke kuda pun jadi robot... sangat mengagumkan aku... masa tu laa...






ThunderCats

Haaa... cite ni sure ramai yang minat... sapa yang suka cite ni... maka sia2 la korang membesar di era 80-an... sangat2 femes.. paling best bila Lion-O nak panggil geng2 dia. "Thunder!! Thunder!! Thunder cats!! Hooooooo!!!"... tang tu ler pedang dia jadi panjang.... hehehe.. geng2 dia Cheetara, Panthro, Tygra, WilyKit and WilyKat, dan juga Snarf(kucing comel tuu).



She Ra : Princess of Power
Aku dah x ingat jalan cite dia... tapi dulu2 memang aku minat citer ni.. samapi verangan nak pakai costume cam dia... awal 80-an dulu kat Kelantan mana dapat siaran TV3.. so bila time cuti sekolah... family aku selalu turun KL.. so dapat ler aku tengok cite ni.. pernah sekali tu.. aku nangis2 x nak balik Kelantan gara-gara nak tengok She Ra.. katanya She Ra ni kembar dengan He Man... ntah ler.. aku pun dah lupa..  aku x minat He Man.. tapi abang2 aku memang minat giler aaa...




Space Cop Gavan (Gaban)

"Dia bertukar dalam masa 0.0005 saat"... giler ker apa... hahaha... tapi itu la kegilaan dulu2 kan... cepat betul dia BERTUKAR!!! lagu dia pun best... selalunya citer ni di tayangkan belah petang.. korang tengok la muka hero dia... huhu..orang tua rupanya... cam no ler bleh minat tengok citer ni... hehehe...








◘ Voltron : Defender of the Universe
Satu lagi cerita yang berkonsepkan robot.. siap boleh sambung2... pastu bertukar menjadi robot yang besau... kagum mak tau!! sebelah tangan pegang pedang... sebelah lagi ada mulut rimau... hebat kan!!! hehehe









◘ Moero Attack
The most influence show ever!! mana tak nya.. masa sekolah rendah dulu.. time kelas PJK.. bola tampar abes dalam stor.. semua nak main bola tampar.. semua perasan nak jadi macam CUN (betul ker nama ni...heheh)... lompat sana...lompat sini... semua nak buat "somersault berpusing"... pernah Guru Besar nasihat masa assembly supaya jangan obses dgn cite tuu... dgr citer ada budak patah tangan gara2 nak buat adegan somersault tuu... hebat kan!! hahaha...










Tapi tu citer dari luar... ada jugak cite2 originally from Malaysia ok.. terbitan Filem Negara. Dulu-dula ada siaran TV Pendidikan.. so kartun ni selalu di selitkan dalam program TV Pendidikan.. sure korang pernah tengok kan..kan.. Hikayat Sang Kancil... dia ada pelbagai versi... kisah dengan buaya laa... monyet laa... banyal nilai-nilai murni yang diterapkan dalam cite ni... best kan!!!




Monday, 16 April 2012

Calon Menantu Untuk Mami

Hahaha.. kononnya laaa.. veragan jer aku kan... actually list ni adalah "Lelaki Hangat" di mata aku laa.. kebetulan plak..semunya masih BUJANG!! kaann... verangan jer laaa... x salahkan.. coz VERANGAN IT'S FREE!!!

Bront Palarae

Nasrul Suhaimin B. Saifuddin tu sapa?? nama skema jer kan... tapi bila sebut Bront Palarae (BP) sure ramai yg kenal kan... apa?? muka cam gangster?? well.. itu yang aku suka.. hehehe.. ramai kawan2 aku tergelak bila aku ckp aku suka BP... there's something about him that i can't describe.. x per laa.. taste aku kan... bukan taste korang... hehehe... (jangan mare).. lakonan BP yang paling berkesan bagi aku ialah dalam Sindarela... menjerit2 mak tau bila tgk dia dalam drama tuu... tapi watak BP paling kelakau bagi aku dalam filem Lang Buana (jadi hulubalang orang kaya) dan juga dalam filem Man Laksa... jadi budak kugiran... suka..suka.. tapi sayang dalam filem Ombak Rindu (aku x suka sangat filem ni) BP dpt watak ciput jer.. aku tengok filem sebab BP jer.. apa?? Aaron Aziz?? sorry!! TAK MINAT!!

Fahrin Ahmad

Masih ingat lagi kata-kata Mami aku.. "kalu buleh nantu supo Fahrin Ahmad ni... gegea satu kapung"... alahai Mami... mana la nak cari yang cam dia...huhuhu.. sure ramai yang minat Fahrin Ahmad (F.A) ni...  he's got everything that every women want... he's got the look... the hot body.. the sweet smile (gugur jantung tau!!)..  F.A dah banyak berlakon filem dan drama... setiap kali tengok lakonan dia.. aku akan senyum sorang2.. paling berkesan bila tengok lakonan F.A dalam Puaka Tebing Biru.. tu dia.. sangat2 seksi... walaupun bawa watak sebagai nelayan.. tetap terserlah kehenseman dia.. aku pun nak kalo ada nelayan cam dia tuu... hehe... begitu juga dengan love life dia.. lepas dengan Linda Onn.. dengan Scha plak... semuanya kecundang gitu.. nak offer diri pun sure dia x nak aku kann.. tapi ada dengar citer yang dia dah ada jumpa somebody special.. semoga berkekalan yer!! (aku mampu geget jari laaa..)

Fizz Fairus

Mohd. Fairuz B. Zainal Abidin nama di beri... orang nya tak la sesegak F.A.. tapi ada aura tersendiri... mempunyai senyuman yang paling manis (bagi aku laa).. ramai yang menggilai Fizz Fairus (F.F) setelah terkena demam Nur Kasih... sama la dengan aku..kuikui.. F.F ni boleh bawak semua watak.. kalo yang kelakar tuu.. mmg kelakar habis... tapi kalo bawa watak serius.. melekat dihati tau.. tapi yang membuat aku betul2 rasa dia hot apabila terserempak dengan F.F di One Utama beberapa tahun dahulu... pada mulanya tak perasan dia tu sapa.. aku cam biasa laa.. bila nampak yang segak..mata mula la nak tengok lama2 kan..  sampai dia pun perasan aku duk tengok2 dia.. pas tu dia senyum kat aku.. eh?? takkan bagi respond kat aku. cam x logik kan... tapi bila kawan aku bisik kat aku.."Fizz Fairuz laaa".. baru aku perasan dia.. no wonder dia senyum kat aku... sure dia ingat aku ni peminat dia kan....hehehe... anyway congrats sbb dpt rangkul title Pelakon TV Lelaki Popular di ABPBH 2011...

Nazim Othman

Sapa dia?? aku pun baru kenal dia.. pernah tengok lakonan dia dalam Awan Dania.. tapi masa tu x tau nama dia... duk panggil Ehsan jer (watak Nazim dalam Awan Dania)... lepas tu ada jugak la beberapa kali tengok lakonan Nazim dalam drama2 di TV... kebanyakkan sebagai pelakon pembantu... dia ni sangat..sangat..sangat sweet... am i right?? hehehe...









☻So far ini jer yang menarik perhatian ku... sekarang ni memang ramai pelakon lelaki yang tengah naik di Malaysia ni such as Shahz Jaszle.. Aeril Zafril.. Johan Asari.. tapi semua tu lom layak untuk memikat pandangan mata aku..hehehe.. anak ikan sangat!! 

Bituai... Bituai.. Babai