Tuesday, 5 January 2016

Chills at Chiling Waterfall

Assalamualaikum w.b.t!!

Meh sini iols nak cite. Ada cite best uols.. Hahaha.. best la sangat kan. Ni citer weekend aku nan lalu. Citer pasal me & my familia ber chills kat Chiling waterfall. Asal nya abang aku la, duk cite pasal tempat ni. Kebetulan plak iols x der pape plan for new year weekend tu. Dan kebetulan plak my uncle, pernah ke sana dalam tahun 1996. Katanya tempat tu memang best. So gigih la malam tu aku google pasal Chiling ni. Bila tengok jer pic waterfall tu, kami terus set the date. Since aku, abang aku (Buja) & uncle aku jer (Tok Li) yang pergi, so aku ajak my bff, Shida untuk meramaikan majlis. 

02 January 2016 (Saturday)
Kami gerak dalam 7.15 pagi. Sebelum tu singgah area Flat Hijau Presint 9, tapau nasi lemak yang berparu. hahaha... Dari Putrajaya ke Chiling Waterfall, abang aku ikot Elite - NKVE - PLUS then exit dekat Bukit Beruntong. Total tol RM10.90. Actually perjalanan kami agak santai. Singgah breakfast di Mc'D NKVE, then bila masuk kawasan Kuala Kubu Bharu tu, siap berhenti snap shot kat Empangan Kuala Kubu Bharu. Cantik tau kawasan ni. So kalo korang lalu area ni, please stop for a while, enjoying the view and of coz sesi possing fenfeeling Malaysia Next Top Model.

kite minom dulu



Dalam 9.50 pagi kami sampai di kawasan Sungai Chilling. Yang kelakar nya, keta memang penuh parking di kiri kanan jalan. Tapi aku x nampak pun signboard waterfall. Dan bila tengok pengunjung tu, ada yang menghala ke depan, ada yang menghala ke belakang. Confuse jap iols. So tanya la brader yang jual air kat tepi tu, katanya yg tepi sini tu kawasan picnic untuk family. Tapi kalo nak hiking ke waterfall yang cantik tu, kena jalan kaki ke depan sket. OOooooo.. memajang ber ooo.. hahaha.. From main entrance ke kawasan camping kat dalam tu, ambil masa dalam 10 -15 minit jalan kaki. Keta memang x leh masuk hokay. Bila sampai kat dalam tu, memang nampak ler khemah2 bertaburan, ada sungai/jeram kat tepi. Kat sini korang kena check in di kaunter pendaftaran. Bayaran dikenakan RM1 per person. Kena tulis nama atas buku uols. Sebelum ni, aku ada baca kat dalam blog, mana2 makanan dalam bungkusan plastik dikenakan deposit sebab kat atas sana x der tong sampah. So bila korang turun balik, dia nak tengok plastik sampah tu ada then baru boleh ambik balik deposit korang tu. In my case, x der plak they all nak cek. May be sebab makan semua dalam bag pack kot.

TIPS: kalo korang nak hiking ke waterfall tu, better tinggalkan jer pakaian kering kat bawah. Just pakai pakaian mandi & makanan jer. Kat tepi post pengawal tu ada bilik, so boleh jer letak kat situ but at your own risk la.

The entrance

Tempat ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad SAHAJA

The trail from main entrance to camp site (10-15 minutes walk)

Kaunter Pendaftaran

tulis, jangan x tulis.. hahaha

Di sarankan beli. Banyak giler ikan kelah kat sini.

Ok, sedikit info pasal tempat ni. Laluan untuk ke waterfall, jarak lebih kurang 3km sehala. Bagi yang sihat tubuh badan tu, ambik masa 40 - 50 minit jerrrr... tapi yang x berapa nak fit tu, maybe sejam jugak la perjalanan. Untuk sampai ke sana, uols kena mengharungi 6 anak sungai termasuk sungai paling depan ni haa (tepi kaunter pendaftaran). Crossing pertama kacang jer sebab ada jambatan. Lagi 5 crossing, korang kena harungi anak sungai yang berbatu dan arus yang agak ehem-ehem.. hahaha...so be careful ok!!

Seriusly aku memang suka track cam ni. Fun sangat. Meredah hutan belantara, ada jalan yang berlopak, siap kena panjang pokok yang tumbang lagi. Bab mengharung anak sungai tu x yah cite la kan. Memang best giler. Cuma arus dia agak deras la. Batu pun ada yang agak licin. Sepanjang perjalanan korang akan nampak sungai jer. Aku dah naik rambang mata. Semua tempat aku rasa nak terjun mandi. Sejuk giler air...

The trail. (Copy & Paste)

 crossing pertama
Yang baju oren tu pakcik aku. Yg sado gagah perkasa hitam tu abang aku.

 Ni antara laluan yang terawal korang akan jumpa

Crossing ke-2

Antara laluan yang korang perlu lalui

Crossing ke-3
Kat sini kena extra careful. Arus memang kuat sket. Dan kat sini jugak aku jatuh terduduk atas batu sebab licin. Sakit whoaa... 

Subhanallah!! jernih air nya

Crossing ke-4
Felling wonder women sangat

 Crossing ke-5

Crossing ke-6 (the last one)

Nampak penat kan? Tapi sebenarnya tak. Kalo korang 1st time ke sini, all the way korang duk teruja, terkinja-kinja cam aku. But, no worries, segala penat lelah korang akan hilang apabila sampai ke puncak. View memang lawa weh. 

Cantik kan? penuh dengan manusia. Hahaha

TIPS : Kalo nak datang sini, make sure datang awal. Kalo tak, ini la hasil nya.. terpaksa ambik gambar yang banyak model di dalam air. Siap bawa banner lagi.

Iols ambik masa sejam setengah untuk sampai ke sini. Memang slow sket perjalanan kami sebab my uncle x berapa sihat. Tapi bangga la sebab dia berjaya complete the journey (katanya.. hehehe). Nak possing pun, masih ramai orang kat dalam tu. So kami makan2 la dulu. Ada nasi lemak, ada sosej rolls, ada nugget dan mcm2 lagi. Jangan lupa, lepas makan, segala palstik & sisa sila isi dalam satu plastik. Nanti korang kena bawa turun balik yer. Jangan tinggal kat atas tuuu...

Tu dia, memang banyak ikan kelah. Siap gigit2 kaki I hokay. Best sangat






Time aku gi tu, pihak yang jaga kawasan tu pesan suh turun dalam kol 2 petang sebab kat sana selalunya hujan petang. So dalam 1.50 petang iols dah siap untuk turun. Bila sanpai ke crossing yang ke-4, we all stop untuk mandi manda kat situ. Best laa sebab x der orang kan.

Changing rooms & toilet memang ada area camp site. Cuma sangat limited. So korang kena bersabar la yer. Surau pun kecik jer. Tu pun unisex. Kena bergilir dgn lelaki. X per aa.. kami memang nak solat kat masjid besar kat pekan Kuala Kubu Bharu. So x yah nak berebut kat sini. Sebelum balik, abg aku sempat belikan air tebu dalam botol mineral. So refreshing...


Aku akan repeat untuk datang ke sini  lagi. WAJIB!! sebab tempat ni memang best. Memang x rugi kalo korang datang. 


Monday, 4 January 2016

KL New Year Run 2016

Assalamualaikum w.b.t!!

Alhamdulillah. Dah masuk 2016. HAPPY NEW YEAR!!

Ok, sebagai pembuka tirai 2016, aku mulakan dengan aktiviti yang paling menyihatkan. Apa dia? Haa.. aku join event larian : KL NEW YEAR RUN 2016. Dengan bayaran RM65 for 10KM run, aku join with my buddy Nisa. A lil'bit excited sebab last year, semua event larian aku hanya di Putrajaya. Bukan apa, dekat dengan rumah kan. So x der la kena bangun sebelum subuh. Tapi untuk event kali ni, berlangsung di Dataran Merderka KL. Based on schedule, flag off for 10 km at 7.00 am. Means that aku kena berada di sana at least before 6.40 am. Ye laa.. nak warm up lagi, cari parking lagi. Dah la x biasa park area Dataran tu. Aku ambik Nisa 5.30 pagi. Stop for Subuh prayer at Petronas Sungai Besi. Dalam 6.15 pagi aku dah sampai Dataran. Alhamdulillah, parking tepi2 tu jer (tepi jalan). Free park kata nya. Kalo hari biasa confirm kena tunda kalo park kat situ. 

Just a lil'bit info about the event. Organised by Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1Malaysia. Venue partner by DBKL. Event ini telah di rasmikan/flag off oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansur. Event bermula jam 7 pagi dengan zumba. Alahai... berzumba dalam gerimis iols pagi tu. Ya, hujan rintik2 uols. Memang cuaca pagi tu mendung. Tapi aku suka jer sebab tak panas kan. Kami berlepas  kol 7.30 pagi. Kire delay 15 minit la. Untuk fun run 5km flag off 7.45 pagi. 

Wow. Route dia sangat best. Kalo hari biasa memang tak ler nak berlari2 di tengah kota metropolitan ni. Cewah!! dari Dataran, pusing depan Maju Junction, depan Bukit Nenas, masuk plak depan Pavillion, lalu depan Tabung Haji, KLCC. Perghh!! dah macam tourist lak aku. Jenguk sana.. jenguk sini.. Oh ya, masa kat starting line, aku side by side dengan Nisa. Member aku ni dah banyak kali masuk event larian cuma ni baru pertama kali dia try for 10 km running. So, she's a lil bit nervous. But I know she can do it. Untuk 2 km pertama, we run side by side. Tapi, bila dah masuk laluan depan Pertama Kompleks tu, dia dah slow. Yang aku ni plak, jenis yang kena keep on running bila masih bertenaga ni. Kalo aku slow or walk, memang lemau ler nak lari balik. So, I'M SO SORRY BABE. Terpaksa meninggalkan Nisa kat belakang. And I will wait for her, cheer up for her at the finishing line. Yuhuuuuu!!!

The route

Feeling strong baby!!

Me & Nisa (before zumba)




Nak share sket pasal water station ni. Selalunya, bila aku masuk larin 10 km ni, water station at least ada 3. Tapi untuk event ni hanya ada 2 sahaja. Mak aih! dah la jarak antara 2 sation ni jauh. And for each station, meja kecik jer uols. All the runners serbu nak air. Sampaikan ada runner yang tuang sendiri air tu. Memang sadis gak la view ni. Untuk sampai ke water station ke-2 tu, aku rasa ada ler dlm 4 km jarak nya. setiap kali aku selisih dgn runners yg lain, semua nya duk tanya mana air.  Yang bawa cash tu , pakat menyinggah kat kedai or stesen minyak. 

Untuk larian ni, jarak yang di beri 10 km. Tapi jarak sebenar larian alomst 11 km. Dan kali ni aku berlari tanpa timing chip. Bila x der timing chip, means NO e-certificate. Memang tak best la. Penting timing chips tu... nak tau masa yang di ambil, nak tau jarak kite lari dan yang penting, nak tahu dapat nombor berapa dalam larian. Dan yang paling kelakar, masa aku sampai ke finishing line, tengok ramai jer duk bersusun kat situ. Masa lari tadi, depan aku x der la ramai sangat runners. X kan ler sampai serentak or lebih kurang dengan aku. Korang bayangkan ler, penat2 berlari 10km, sampai finishing line kena BERATUR!! diulangi... BERATUR!! Beratur untuk apa? Untuk dapatkan medal & goodies bag. Teruk betul pengurusan. Sebelum ni, kalo aku masuk event larian, at the moment we are reaching the finishing line, a few petugas akan terus tick kat bip number untuk dapatkan medal. Dan gerak ke belakang sket, untuk dapatkan goodies bag. Ini tak, semua petugas duk berkumpul tepi khemah urusetia. Long Que. Time tu kaki dah sengal2 mintak duduk. Tapi apa kan daya.. nak dapatkan medal & goodies bag punya pasal. Lepas beratur kat situ, kena beratur plak kat another khemah utuk dapatkan sijil kosong. Kosong jer.. nanti pandai2 la korang nak tulis nama kat situ. Sadis plak aku rasa.




We did it!!

Secara keseluruhan, event ni agak menghampakan especially dari segi pengurusan majlis. Sib baik la route dia ok kan.. Kalo tak, bertimpa-timpa kekecewaan iols tau. Oh ya, bagi pemenang larian ni, kalo yang kategori lelaki majoriti nya Awang Hitam yang menang (geng kulit hitam). Korang bayangkan ler, 10 km tu, they all lari dalam masa 33 minit jer. Perghh!!! aku lari pun dah ambik masa 1 jam 20 minit. Aku panggil depa pelari Kenya. Hahaha.. laju weh...