Assalamualaikum w.b.t!!
Perghhh!!...
Lama aku tak menjengah kat sini. Busy dengan kehidupan seharian... (bz la sangat!!). Ok, entry kali ni aku nak update about my recently visit to Makassar. Still jet-leg katanya... hahaha... Actually, tiket ni aku beli bulan Disember tahun lepas with AirAsia. Rasa nya laluan ke Makassar hanya disediakan oleh AirAsia (MAS blom ada flight ke sana) dan ianya baru beroperasi dalam 2 tahun. Dengan tiket RM195, aku ke sana bersama 8 lagi fellowship...
Sebelum ke sana, aku ditugaskan untuk mencari hotel, Aidil ditugaskan untuk mencari transport dan place of interest di sana dan Shida jadi budak ticketing. Aku search via AGODA. Since ianya terletak di kepulauan Sulawesi, so of course la aku nak hotel yang berhampiran dengan laut kan... Pilih punya pilih, our choice --> Losari Beach Hotel ( click sini for more info
http://www.losarihotels.co.id/lb.html ) Kalo melalui AGODA, rate for 1 night RM150. But, when I email directly to hotel management, they give us rate Rp440,000 (RM130) per night. So, aku terus book. And yes, staff hotel kat sana sangat peramah.
6 September 2013 (Jumaat)
Hampir 10 bulan menanti... akhirnya hari yang di tunggu tiba jua. Tapi malang nya, dari 9 fellowship tinggal 6 jer yang available for this trip. And Shida almost cannot make it on this trip due to stomach problem. Fellowship kami terdiri dari Aidil, Wan, Ayu, Ema, Shida and me. Kol 10 kami berkumpul di ERL Putrajaya to catch up the train on 10.20 am. Kami ambik pakej (ERL & Bus) ke Salak Tinggi then by bus to LCCT dengan harga RM5.20 (murah kan). Dalam jam 11.30 pagi kami dah sampai ke sana. Sambil tunggu Ayu, perot perlu diisi memandangkan flight ke sana akan mengambil masa selama 3 jam. Agk kecewa bila seat aku tercampak jauh ke belakang (24D). Yang lain2 tu semua kat depan... Sib baik aku bawa novel. Kalo tak, memang bosan giler.. dah la flight 3 jam 15 minit, kat sebelah plak couple Arab..
Touch down dalam 5.30 petang. A lil'bit excited sebab this is my 1st trip with buddies kaann... Oh ya, kat sini time zone sama dengan Malaysia. Cuma kol 6 petang tu dah sunset laaaa.. (macam kat Kota Kinabalu gitew). Aku nak share pengalaman sket kat Balai Ketibaan di Sultan Hasanuddin Airport. Biasa la kan. Bila sampai kat tempat baru ni, Turun jer flight terus nak capture the moment kan... So, sambil2 tunggu que yang panjang untuk cop passport dgn imigresen Indon ni, maka aku dgn Shida mula la duk snap sana.. snap sini... Mula2 tu ada sorang ni tegur kata x leh ambik gambar. Heran gak aku... kenapa x leh plak.. Kami abaikan jer. Ok sambung ambik gambar...
Haaa.. lepas jer snap pic di atas, maka secara tetiba bergegau hall yang kecik tu... Tu dia!! Punya la kuat sorang mamat ni jerit kat kami.. Hoi!! (terkejut mak tau).. Pas tu dia membebel dalam bahasa ibunda dia... GILER!! punya la tak peramah.. garang giler!! Lepas tu kami cam fobia seketika untuk ambik gambar. Awal2 lagi dah bagi bad impression masyarakat kat sini.. Aidil kata sini ramai orang Bugis. That's why level kegarangan mereka agak tinggi (maslah keturunan kot). Tapi bila kami passing thru kastam, eh.. elok plak peramah...hhmmm... entah ler...
Bila kuar dari arriving hall tu, tu dia... ramai nya manusia duk tunggu kat luar... sederet kaunter tiket teksi kat luar.. semua duk terjerit-jerit suh guna perkhidmatan mereka. Yang ulat tiket pun ramai gak duk panggil dari luar pagar.. To play safe, kami ambik khidmat teksi yang berdaftar. Don''t worry!! They have standardized price.. Siap ada resit lagi. So x leh nak bargain laa.. Untuk Avanza, kami dikenakan bayaran Rp125,000 (RM38) untuk ke hotel. Boleh laaa... Kami check in dalam kol 7 malam... Dan di sambut oleh Ida (she's the one yang duk berbalas emel dgn aku). And yes, she's so friendly... Siap list down kat kami tempat2 yang menarik, sharing some pictures from her phone.. and she willing to help us to get khidmat supir. Actually, pihak hotel ada sediakan khidmat supir gak. Tapi harga sudah ditetapkan oleh managemant. Kalo boleh, kami nak yang lagi murah. So Ida akan mintak kawan dia datang jumpa kami esok pagi. Great!! Dah... jom masuk bilik.. berat weh bag-pack ni!! hehehe.. Mandi dulu... then trus gi makan kat kedai sebelah hotel. Malas nak look around sebab badan penat (macam ler lama sangat dalam flight tu kannn)..
This Ida. Strongly recommended to stay here.. Bagus bangat!!
Minuman wajib bila ke Indonesia, Teh Botol
Cam biasa, aku suka makan bakso... tapi cam ciput giler dia bagi.. and yes, harga dia agak mahal.. ye laa.. kedai pun dah cam ala2 club house (katanya). Tapi yang best, orang sakit (shida) siap order Nasi ayam lalapan, tapi makan ciput jer.. Aku jugak yang kena tolong abes kann... hahaha.. Kesian dia, sakit perut menyerang balik. In fact dia naik dulu ke bilik, while we all duk lepak2 kat kedai tuu...
7 September 2013 (Sabtu)
Seawal jam 5 pagi aku dah bangun. Ye laa.. kol 6 dah terang kat sini kan. As always, aku orang pertama yang akan mandi dulu.. Alhamdulillah!! pagi ni, Shida dah ok..sakit perot, sila pergi jauh2 yer... hehehe.. Hotel include breakfast, maka laju jer kami gi makan.. hehehe.. tu dia... menu dah cam makan tengahari.. siap ada nasi lagi... Lepas jer breakfast, lepak kat lobby jap.. ada free wi-fi... apa lagi.. online ler... hehehe
Sambil2 online, sambil2 tunggu supir. Ida maklumkan yang supir akan sampai dalam jam 9 pagi. Tengok jam...hhmm baru kol 8.15 pagi. Apa lagi.. let's cross the road...Apa ada di depan hotel tuu??
Kaann.. dah nama kepulauan sulawesi.. harus la ada pantai... much better dari pantai di Padang. Nak kata 100% bersih tu tak ler.. tapi boleh ler nak duk lepak2 kat tepi tuu... In fact, local people bersepah duk lepak tepi pantai ni.. Dalam kol 9 pagi, supir sampai... ingatkan boleh trus jalan jer.. Rupa-rupanya miss communication plak.. Yang datang bukan supir, tapi bapak supir (Pak Manan). Dia igt kami nak diskus dulu... ayoo!! kami dah ready ni pak... So sambil2 tunggu the real supir sampai, kami diskus harga nya. Plan nak ke Malino hari ni. Katanya tempat itu "dingin, bagus sekali udara nya... pemandangan indah" ... Perghh!! harus la nak pergi walaupun perjalan mengambil masa 2 jam kann...
There's a few thing that uols need to know about Makassar. Kalo google, x banyak info sangat pasal tempat ni. Paling2 tak, korang akan baca blog dari orang Indon jer.. Untuk bercuti di sini, korang perlu bermalam satu hari jer di bandar Makassar ni. Selebihnya, uols boleh explore pulau or pantai nya yang cantik, kena bermalam di Tanjung Bira.. tapi nak ke sana kena drive dalam 4-5 jam. Sangat sesuai untuk snorkeling.. Perghh!! memang rasa menyesal la kaannn....
Menangis aku tengok pic ni...huhuhu...
So, kalo uols nak gi.. sila bermalam di Tanjung Bira yer.. nanti nyesal cam kami ni... huhuhu... Kalo nak best lagi.. Kena gi ke Taroja. Tapi yang ni memang jauh ler.. 8 jam perjalanan.. Sort of historical place, with local people.. kat tempat ni, mat salleh ramai yang gi.. Kalo aku, memang x minat sangat laaa.. Ok, kite sambung perjalanan ke Malino yer. Oh ya.. lupa pulak. Hasil perbincangan dengan Pak Manan, kami perlu bayar Rp550,000 sehari. So total untuk 2 hari, Rp1.1 milion (RM335). Kenderaan yang digunakkan ialah Toyota Inova. Kalo ambik khidmat supir hotel, kena bayar Rp600,000 dan hanya menggunakan Avanza jer.. So agak murah la kan...
Dalam kol 10.30 pagi, supir sampai. So kami terus ke Malino. Pada awal perjalanan, semua teruja la kan...Tapi, bila dah start masuk separuh perjalanan.. mula terasa seperti menaiki roller coaster. Mak aih!! Jalan sangat teruk.. lubang sana.. lubang sini.. dah la dalam keadaan mendaki bukit. Otw ke puncak, kami melalui satu tasik/danau yang besar. Di hujung tasik tu ada kilang proses batu yang digunakan untuk membuat jalan... No wonder la jalan teruk giler. Lori duk kuar masuk. Then supir yang bawa kami tu pulak, seems like x pernah ke Malino. Kejap2 dia kol Pak Manan.. seems like he also confuse and lost..tapi bawa keta cam driver F1.. Yang duk belakang skali dah mula kuarkan minyak angin. Apabila sudah melepasi kawasan kilang batu tu, baru la jalan ok... View di sepanjang perjalanan x menarik sangat. Lagi menarik di Bukittinggi, Padang. Tempat yang dituju ialah Air terjun Takapala. Kata nya 2 jam perjalanan.. tup tup, 3 jam kami duk tergolek dalam keta tuu.. perghh!! Rasa cam nak putus jer segala urat sendi ni kann... hehehe.. Tapi, bila sampai, segala sakit2 badan tu hilang bila melihat keindahan ciptaan Allah....
Memang sakan bergambar kat sini.. Oh ya, nak masuk kena bayar dalam Rp3000 seorang. Kawasan persekitaran nya agak confuse sebab air terjun ni di belakang rumah penduduk di sini.. so apa lagi, mula la penduduk sekitar tu buat duit. Jadi travel guide x bertauliah walaupun kami x minta pun.. last2 Ayu kesian. dia bagi Rp20,000 (Rm6) kat pakcik tuu...
Kuar jer dari tempat tu, perot mula berbunyi... laaa dah kol 2 petang rupa nya. Si wan pantang nampak kedai makan..Nak berhenti... lapar katanya!! Last2 kami berhenti di Rumah Makan Pondok Indah. Selection food cam biasa jer.. redah jer laa.. yang penting ada ayam.. hehehe..
Aku makan nasi + ayam goreng + sup. Harga Rp25,000. Mintak 3 set tapi nasi tu boleh makan sampai 5 orang. Banyak betul... . Lepas makan kenyang2, tanya la pak supir tu, mana lagi tempat yang menarik. Dia cam blur.. Nak ke kebun teh, baik x yah.. kat Cameron pun ado kann.. Kat Malino ni, femes dengan buah markisar. In fact Ida yg kerja kat hotel tu pun siap kirim dengan aku kannn... So singgah la kejap beli kan.. Beside, aku sendiri x pernah makan buah markisar. Kalo makan pun, yang dah jadi air.. hehehe...
Satu plastik Rp20,000. Tapi kalo beli 3, dia bagi Rp50,000 (Rm15). So aku share dgn Shida. Buah nya cam buah delima tapi agak lembik sket isi di dalam. dan perlu makan bersama biji nya... wahh!!! Agak manis dan sedap.. Kakak yang jual buah tu baik sangat. Siap bagi extra satu plastik untuk di makan dalam keta with some kerepek. Murah rezeki kami... hehehe... Lepas beli buah markisar, kami trus balik. Rasa cam x larat lak.. lagi pun dah dekat kol 4 petang kan. Plan nak tgk sunset kat depan hotel.
Dalam kol 5.30 petang kami sampai di hotel. Actually, aku agak teruja bila masuk kawasan hotel... kenapa?? Sbb bila masuk jer lobi hotel, handphone aku akan bertalu-talu masuk notification FB, message from WhatsApp & WeChat... Naik ke bilik jap.. simpan buah markisar dulu, then trus lepak kat bawah.
Di sebabkan laut tu dekat jer dengan hotel, maka kami still boleh online ler...
See... dekat kan!! Sambil2 tengok sunset... sambil2 online.. heaven!! Waktu tu memang ramai local people kat situ.. tapi satu pun yang menarik perhatian.. hehehe...
Bersama cowok laris...
Lepas lepak2 kat depan hotel, kami mula mencari juadah untuk makan malam. Dah x mo la makan kat kedai tepi hotel tuu.. mahal.. ada tax pulak tu. Maka kami menyurusi Jalan Penghibur, sambil2 cuci mata.. sambil2 cari rumah makan. Tup2 si Aidil nampak satu kedai yang agak terpesorok... keadaan nampak bersih jer.. ok jom!!
Warong Ponorogo... aduh! cam pelik plak bunyi nya kaann... F.Y.I, kat sini kalo makan kat rumah makan, keno tulis sendiri yer.. ala2 cam kat Old Town White Coffee.. Masing2 punya selera.. tak sangka plak kat sini ada nasi lalapan. Harus la mak order kann.... Harga jauh lebih murah dari kedai semalam...
And u know what, not bad la masakan dia.. sambal dalam ayam lalapan memang sedap. Perghhh!!! Harga hanya Rp22,000 (Rm7).. Kenyang sunggoh katanya... lepas makan, kami terus nak balik ke hotel. Badan penat, perot kenyang... mula la rasa nak zzzzz... Sebelum sampai ke hotel, aku ternampak pisang epe. Actually semalam aku dah makan kat kedai mahal tu. Rp15,000 (RM4.50). Pisang bakar dan di tabur dgn cheese yang telah di sagat. Memang sedap. Bila tanya kat warung tepi jalan tu, harga hanya Rp8000 (Rm2.50), laju jer aku order... Walaupun perot dah kenyang, aku nak jugak!! hahahaha...
Reminder: orang kat sini tahap gula agak tinggi... semua manis.. dah macam balik kampung aku pulak (Kelantan). So kalo x mahu manis sangat, kena pesan kat mbak yang bungkus pisang epe tu, suh kurangkan air gula yer... kalo tak.. perghh!!! memang manis giler...
~ End part 1 ~